Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APAKAH ? APAKAH ?.......

Siapakah begitu murah hati derma RM2.6 bilion tanpa syarat?


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan bahawa RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukan 1MDB.

Kini, timbul beberapa persoalan lanjut:

1. Mengapakah akaun itu ditutup jikalau ia dianggap bukan satu kesalahan?

2. Siapa penderma yang sebegitu murah hati?

3. Apakah ini derma dan bukan rasuah untuk habuan tertentu? Apakah siasatan SPRM telah melihat perkara ini?

4. Apakah syarat-syarat derma RM2.6 bilion? Sudah dibayangkan derma sebesar ini dilakukan tanpa syarat ke akaun Perdana Menteri.

5. Apakah ini sekadar permainan perakaunan?

6. Jika betul ia bukan duit 1MDB, mengapa sehingga kini saman kepada Wall Street Journal masih tertangguh?

7. Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara?

8. Mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri berdiam diri apabila ada akaun perseorangan yang memiliki dana sebanyak RM2.6 bilion?

9. Mengapa Najib mengambil masa sebegitu lama untuk menjawab persoalan ini, lebih-lebih lagi setelah pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail serta penahanan beberapa pegawai Bank Negara dan SPRM berkaitan dengan kebocoran maklumat siasatan?

10. Apakah peranan Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil? Apakah polis mengetahui di mana beliau berada?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
3 Ogos 2015

2 orang berkata:

Anonymous said...

Pakarmu.mengapa kau dan tuan Ibrahaim tuan man begitu berani mengelauarkan soalan sebegini rupa .apakah tiadak menyalahi dasar Pas kerana tidak bertanya terlebih dahulu kepada Tuan presiden dan Mursidul Am Pas .Ini derhaka dan melanggar baih Pas,Bukan kah mereka berdua telah mengistiharkan menyokong najib,Sepatutnya kau dan TITM pun menyokong najib agar lebih banyak lagi harta Malusia hilang.

Anonymous said...

Mengikut akta SPRM, derma adalah termasuk dlm kategori SUAPAN, tiada pengecualian. Lps mgkn ditukar kpd sumbangan ikhlas bkn derma ...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.