Comel: Video Muhyiddin menari hip hop dengan cucu
VIDEO berdurasi 0.41 minit menunjukkan bekas Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menari bersama cucu-cucunya
mencuri perhatian pelayar internet.
Visual yang dimuatnaik oleh individu menggunakan nama Adlan Berhan itu mula menjadi viral sejak dua hari lalu.
Menerusi video itu, Muhyiddin kelihatan menggerakkan badannya mengikut irama lagu berentak hip hop.
Cucu-cucunya juga kelihatan sangat teruja dan turut menari mengikut rentak lagu tersebut.
Rata-rata netizen menyifatkan Muhyiddin begitu comel dalam video itu yang kini sudah ditonton lebih 143,000 pengguna media sosial.
Antara komen pelayar Facebook, Zuraida Herlin menyifatkan Muhyiddin seorang datuk yang sangat 'sporting'.
"Aduh.. bestnya (seronoknya) atok dia.. 'sporting' sangat-sangat. Tapi saya kagum dengan anda TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin)," tulisnya.
Sementara itu, pemilik akaun Megat Najmuddin Khas berkata, "seorang datuk yang penyayang," diikuti Rasdan Rahmat yang menulis "'cool' atok," tulisnya
2 orang berkata:
Awat haram ka tsmy melayan cucu mcm tu.mcm ni pun mau heboh.akai ada ka.
Awat haram ka tsmy melayan cucu mcm tu.mcm ni pun mau heboh.akai ada ka.
Post a Comment