Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ITU DR MUJAHID SUDAH NAMPAK BANGKAI

NAMA HEBAT, DR MUJAHID ! DIA SURUH ORANG MENGENALI ISLAM MELALUI PAS, MAKA FAHAMLAH ORANG BUKAN ISLAM KEPADA ISLAM, TETIBA BILA SYAITAN MENGGODA MUJAHID RUPANYA DIA KALAH DENGAN GODAAN SYAITAN, LALU DIA TINGGALKAN  PERJUANGAN KERANA IA SUDAH MENJADI JAHAT DAN MEMBURU JANJI MANIS DARI SYAITAN JENIS MANUSIA, MEMBURU PANGKAT DAN KEDUDUKAN YANG BELUM TENTU HASILNYA, KEMUDIAN SYAITAN SURUH DIA MEMBERI SERIBU ALASAN UNTUK MENGHALALKAN CARA - Pak Karamu

 

Mengenali Islam Bersama PAS - Ketua DHPP


#1 Saya masih ingat ketika mula-mula bertemu Tok Guru Nik Aziz, beliau berkata kepada saya, “Bala, kalau kamu mahu harta dan kekayaan, pergilah kepada MIC. Tapi kalau mahu bersama kebenaran, marilah kepada kami.” Maka saya memilih kekal bersama PAS ke hari ini kerana PAS memperjuangkan Islam dan berada di pihak yang benar.

#2 Berada di dalam PAS, saya telah banyak belajar tentang Islam. Saya boleh datang ke masjid. Kalau saya dalam MIC, pastinya Umno tak akan ajak saya ke masjid dan saya tidak akan faham kebaikan Islam. Tapi apabila saya bersama PAS, saya diajak ke masjid, saya belajar dengan para ulamak dan saya dapak mengenali Islam dan hukum Islam dengan lebih baik. 


#3 Lapan tahun lalu ketika mula menyertai PAS, ketua kami yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar ialah saudara Dr Mujahid. Apabila Pak Lah perkenalkan Islam Hadhari, Mujahid dengan tegas berkata, Islam hanya satu sahaja tiada yang lain. Islam Hadhari bukan dari Islam. Islam adalah Islam. Tapi malangnya hari ini saya lihat Dr Mujahid membawa Islam baru yang diberi nama Islam Progresif.

#4 Di dalam PAS lah saya belajar mengenali hukum Hudud dan saya dapati ia adalah hukum yang benar. Sepatutnya apabila Lim Guan Eng memfitnah Presiden PAS dan hukum Hudud, semua pimpinan PAS hendaklah perjelaskan kepada Cina itu hal yang sebenar dan terangkan kepada dia kebaikan hukum Hudud. Malangnya ada yang mempertahankan Guan Eng dan menghentam Presiden PAS. Saya memilih untuk menyokong Hudud kerana inilah ajaran yang betul sedangkan dia (Guan Eng) tidak betul.

#5 ...Hari ini Dr Hamzah sudah jadi orang No 1 dalam Harapan Baru. Bahkan dia menelefon saya untuk mengajak saya keluar dari PAS dan menyertai Harapan Baru. Saya jawab, doktor yang perkenalkan PAS kepada saya hingga akhirnya saya temui kebenaran. Bila saya sudah berada di jalan yang benar ini, tiba-tiba doktor mahu ajak saya ke jalan yang sesat?

Saya tiada sebarang kepentinganpun dalam PAS. Doktor sudah 3 kali diberi penghormatan oleh PAS untuk bertanding dalam pilihanraya. Saya tidak pernahpun bertanding. Dan saya tidak pernahpun minta dengan PAS untuk bertanding. Bahkan saya tidak ada masalahpun jika tidak dipilih menjadi calun. Cukuplah bagi saya berada di atas jalan yang benar bersama dengan para ulamak.

N BALASUBRAMANIAM
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.