Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KAMI TERPAKSA LA SOMBONG SEBAB KAMI ADA KAWAN LAIN

Sombong Meruntuhkan Jamaah

Sombong sifat iblis, tawaduk sifat para Nabi-nabi. Iblis dihalau daripada syurga kerana sombong dan angkuh tidak mahu menurut Nabi Adam AS. Kerana Adam dijadikan daripada tanah, beliau dijadikan daripada api. Akhirnya iblis dihalau daripada syurga kerana keangkuhannya. Allah merakamkan di dalam al-Quran bermaksud : Allah berfirman " Apakah yang menghalangmu sehingga kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Allah menyuruh mu (iblis) menjawab "aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api , sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah" Nabi SAW juga memberi amaran bahawa "Tidak akan masuk syurga siapa yang memliliki di dalam hatinya sifat sombong"

Sifat mazmumah ini tidak kenal siapakah individu tersebut, samada ulamak atau bukan ulamak, kaya atau miskin, cerdik atau jahil. Penyakit ini meninggalkan kesan yang paling merbahaya kepada individu dan jamaah.

Betullah pesanan Nabi kepada kita supaya jangan bersifat sombong. Lebih- lebih lagi kita di dalam jamaah jangan ada sifat sombong dan angkuh terutama sesama ahli dan orang ramai. Sombong sesama ahli akan merenggangkan ukhwah dan melemahkan gerak kerja parti. Tidak ada siapa di dalam jamaah suka kepada individu yang sombong.

Jika sikap sombong di luar jamaah, lagi parah. Orang sombong sukar untuk didekati, orang tawaduk senang didampingi. Macam mana kita hendak sebarkan pengaruh PAS ke luar jika individu PAS bersikap sombong dengan orang ramai. Islam akan tersebar apabila da'inya tawaduk dan tidak sombong. Siapa hendak dekat dengan kita jika persepsi awal sudah dbentuk sehingga menjauhkan orang ramai dengan dakwah kita. Kerana sombong akan dipalingkan daripada melihat kebenaran. Firman Allah SWT yang bermaksud : " Aku akan memalingkan ( hati) orang-orang yang sombong dan takabbur dimuka bumi dengan tiada alasan yang benar" (Al-A'raf:146)

Nauzubillah, moga terhindar kita daripada penyakit ini kerana bimbang kebenaran dilindungi dengan takabbur. Perkara inilah yang paling ditakuti kerana ia boleh membawa kepada kemurkaan Allah.

Sombong berpunca daripada dirinya merasa lebih daripada sahabat seperjuangan dan meninggikan dirinya ke atas mereka. Merasakan dirinya sempurna, orang lain semuanya lemah dan kurang. Seolah-olah dirinya tidak ada cacat cela. Jika di dalam mesyuarat memaksa pandangan beliau diterima. Jika ahli mesyuarat menolak ia tetap berdegil dengan pandangannya. Sebarang pandangan ahli mesyuarat diperlekeh begitu sahaja.

Bangga dengan keilmuan dan kepetahannya. Menjatuhkan maruah dan darjat orang lain dengan ungkapan yang tidak sedap di dengar. Tidak suka bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengan beliau. Bersikap memilih kawan yang tertentu. Orang kenamaan dan kaya menjadi pilihan. Sukar untuk menegur orang lain, walaupun dia kenal individu tersebut. Berjalan di dalam keadaan sombong dan bongkak, seolah-olah dunia dia yang punya.

Oleh itulah di dalam manhaj usrah PAS menitik berat soal penyakit sombong, supaya penyakit ini tidak menular di dalam jamaah. Ia amat merbahaya kepada jamaah. Meliarkan orang daripada PAS, ia bukan menjinakkan orang ramai. Penekanan sudut ini amat penting kepada setiap individu, terutama mereka yang bergeelar pemimpin. Godaan iblis amat kuat kepada mereka yang bergelar pemimpin.

Cara hendak merawat penyakit ini:

1. Sering muhasabah diri, kerana ini lebih tepat. Kita sendiri yang lebih mengetahui daripada orang lain tentang kelemahan dan kekuatan diri.

2. Banyak membaca kisah- kisah Nabi dan Sahabat yang bersikap tawaduk walaupun mereka adalah orang terpilih di atas dunia ini.

3. Mengetahui hakikat tawaduk dan bahayanya penyakit sombong.

4. Menginsafi diri jika kita merasa diri kita hebat, ada lagi orang lain lebih hebat daripada kita.

5. Jauhlah diri daripada berkawan dengan orang yang berpewatakan sombong, kerana ia akan mempengaruhi cara hidup kita.

6. Lihatlah ahli-ahli PAS diperingkat bawah, mereka ikhlas dan mempunyai jiwa yang besar walaupun mereka ini manusia yang tidak dikenali di bumi tetapi dikenali di langit. Janganlah kita sombong dengan mereka. Kadang- kadang kehebatan kita kerana hasil pengorbanan yang mereka lakukan untuk PAS.

7. Pergiatkan tarbiah fardiah melebihi daripada tarbiah secara berjamaah. Kerana tarbiah fardiah ia berterusan tanpa perlu menunggu program yang diatur oleh parti.

8. Railah kelemahan sahabat yang bekerja di dalam jamaah, bukan mengherdik dan mencerca mereka jika sedikit kesilapan yang dilakukan.

Kesimpulannya, tidak layak kita di dalam jamaah bersifat sombong. Ini bukan akhlak Islam yang diajar oleh Nabi kita Muhammad SAW. Sifat ini merugikan jamaah dan individu itu sendiri.

Kita perlu berusaha untuk membersihkan diri dari penyakit tadi, bahkan mereka juga berkewajipan mengambil langkah-lankah perlu bagi melindungi dirinya. Seandainya perkara ini diabaikan dan tidak diubati maka sudah pasti ia akan bersarang di dalam diri, sehingga sukar untuk diubati.

Disusun dan disampaikan oleh,

Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad
Dalam Liqa' Al-Fikri PAS Kedah
Kali pertama sesi 2015/2017
31 Julai 2015/15 Syawal 1436
Di Kompleks PAS Kedah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.