Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS PRIHATIN TINGGI GAK ....

Pas komited bersama SPRM tolak konspirasi politik

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
SHAH ALAM - Pas komited bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mendepani konspirasi politik yang dipercayai menekan pegawai penyiasat institusi itu untuk menyiasat skandal kewangan negara.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya memandang serius tentang mendakwa wujudnya dalang yang mengarahkan pihak polis menahan pegawai-pegawai SPRM susulan kebocoran dokumen siasatan.


"SPRM adalah anggota Pasukan Petugas Khas dan kini seolah-olah akan menerima nasib korban politik sepertimana yang berlaku ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail beberapa hari lalu.


"Pas berharap agar semua pegawai SPRM yang terlibat agar teguh berdepan dengan konspirasi politik ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau mengulas kenyataan SPRM pada Isnin dan Rabu bahawa badan itu hanya memfokuskan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan sumbangan “derma” berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Dalam pada itu, Nasrudin juga berkata, tekanan politik ke atas pihak penguatkuasa itu secara tidak langsung melibatkan integriti dan kredibiliti Perdana Menteri.


"Skandal ini memberi kesan terhadap struktur pentadbiran kerajaan dan ia juga boleh dianggap sebagai faktor utama yang melemahkan kedudukan nilai Ringgit Malaysia pada hari ini.


"Ia menghakis sentimen keyakinan para pelabur terhadap ekonomi di negara ini," katanya lagi.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Berkokok depan pemberita Harakah....bolih lah....dalam parlimen....menikus....

Unknown said...

Cemburu nampak.

Unknown said...

Cemburu nampak.

Anonymous said...

rugi jer cemburu dgn pengecut. menghabihkan borehh. dlm parlimen menikus

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.