Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SETUJU SEMUA PARTI DEDAH SUMBER KEWANGAN

Semua parti ada sumber kewangannya, cuma tak dedah sahaja, ahli UMNO tentunya maklum hanya parti PAS sahaja yang mempunyai sumber kewangannya daripada titik peluh dan daripada poket orang ramai yang bersimpati dengan parti itu, sebab itu kita dapati semasa diadakan ceramah umum maka berkeliaranlah ahli parti buka kupiah menjelajah menemui orang ramai untuk kutip derma, lagi banyak ceramah lagi beratlah kutipan diperolehi, wang siling jangan di kiralah banyaknya, habis dermawanpun derma yang diperolehi dari orang ramai RM 10 hinggit, jumlah semua untuk satu ceramah adalah tak lebih RM 2 ribu hinggit lebih kurang, dengan jumlah itu selepas diumumkan maka bangga sangat pada malam tu TAKBIIIIR ! Pak Karamu

Azlan Man
Azlan Man
KANGAR - Timbalan Pengerusi BN dan juga Umno Perlis, Datuk Seri Azlan Man mahu semua parti politik di negara ini mendedahkan sumber kewangan parti masing-masing.

Katanya tidak adil untuk pembangkang meminta BN atau Umno sahaja yang berbuat demikian sedangkan mereka dikecualikan.

Azlan yang juga Menteri Besar Perlis berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di sini hari ini.

Katanya cadangan itu pernah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno tetapi ditolak oleh pembangkang.

"Kalau parti-parti pembangkang mahu Umno dan BN mendedahkan sumber kewangannya, mereka juga perlu bersedia melakukan perkara sama," kata Azlan.

Katanya dana kewangan Umno bertujuan mengukuhkan kedudukan parti itu.

"Tak kiralah dana itu diperoleh dari sumber luar atau dalam negara selagi dibenarkan oleh undang-undang. Kalau tidak ada dana, bagaimana parti hendak bergerak," tambahnya.


Beliau berkata cadangan Perdana Menteri bagi membolehkan parti-parti politik di Malaysia mendedahkan nama penyumbang kepada parti mereka seperti yang diamalkan oleh beberapa negara maju tetapi parti pembangkang tidak bersetuju.

Mengenai jamuan hari raya yang diadakan oleh agensi-agensi kerajaan, Azlan berkata ia bukan pembaziran kerana majlis seumpama itu mampu mendekatkan hubungan agensi-agensi terbabit dengan masyarakat.

Majlis anjuran MPK itu turut dihadiri anggota Ahli Majlis Perbandaran Che Bilang, Satun dan Padang Besar dari Selatan Thailand. -Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.