Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SURAT TUNJUK SEBAB

Sertai Harapan Baru: Beri surat tunjuk sebab

Sertai Harapan Baru: Beri surat tunjuk sebab
Nik Mazian (dua, kanan) bersama Che Mohd Nor (kanan) meninjau jentera pertanian yang diberikan kepada petani terpilih, semalam.

KOTA BHARU - Seorang ahli parlimen Pas semalam, menyarankan semua ahli parti itu  yang mempunyai kaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Gerakan Harapan Baru diberi surat tunjuk sebab.

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad berkata,  tindakan itu penting bagi membuktikan kuasa perlembagaan di peringkat pusat dan juga keseriusan usaha ‘membersihkan’ individu tidak sehaluan dengan perjuangan parti.


“Tidak adil jika hanya diberikan kepada individu tertentu sahaja, jadi semua yang dirasakan waswas, disyaki pun kena beri surat tunjuk sebab kepada mereka.


“Jawab atau tidak balas surat,  itu terpulang kepada mereka, yang penting semua kena hantar,” katanya ketika ditemui di Jabatan Pertanian Kelantan, semalam,  sebagai menyokong tindakan Pas Pusat yang memberikan tempoh 14 hari terhadap individu disyaki terlibat dengan Harapan Baru menjawab surat tunjuk sebab sebagaimana ketetapan perlembagaan.


Terdahulu, beliau menyempurnakan penutupan kursus Keselamatan Penggunaan Jentera Pertanian dan Peralatan Industri Asas Tani yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Pertanian negeri (Pengembangan), Che Mohd Nor Che Enduk.


Beliau sebelum ini yang turut dikaitkan dengan kumpulan progresif Pas itu sekali lagi menafikan penglibatannya dengan Harapan Baru dan menegaskan masih tetap sebagai ahli parti itu.


“Saya masih tetap ahli Pas, jika ada masih waswas, saya sedia jawab surat tunjuk sebab. Setakat ini saya tidak menerima surat berkenaan kerana saya memang ahli Pas,” katanya.


Sementara itu, mengenai Kempen Selamatkan Malaysia pula, beliau mempersoalkan niat sebenar Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang dilihat terlalu mengharapkan sokongan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjayakan usul undi tidak percaya  terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  dalam sidang Dewan Rakyat, Oktober ini.


“Saya tidak tahu kenapa dia bersuara begitu (harapkan Hadi). Namun, secara peribadinya saya memang menyokong  undi tidak percaya kepada Perdana Menteri kerana apa yang berlaku ini sudah keterlaluan,” katanya.


Dalam program tersebut juga Nik Mazian selaku ahli jawatankuasa Pertanian, Industri  Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan menyerahkan sijil peralatan jentera kecil pertanian kepada peserta terlibat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.