Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INILAH KELEMAHAN BN/UMNO

HABISLA UMNO/BN KALI NH !!!
 
UMNO NI FAHAM KE TAK ISLAM, JANGANLAH PERBODOHKAN RAKYAT, ADA PENDAKWAHPUN BERSUARA SUMBANG.
 
 JANGAN MEMPERBODOHKAN RAKYAT JIKAPUN SAYANGKAN KEPADA AGAMA.
SANGAT TIDAK KENA JIKA KITA KATA SELAMATKAN PEMIMPIN BN MAKA ISLAM TERSELAMAT WAIMMA PEMIMPIN ITU MELAYU !!!

KITA HARAP PENCERAMAH UMNO/BN INI FAHAM DENGAN APA YANG DIKATAKANNYA. NAMPAKNYA PENCERAMAH INI HUJAHNYA MEMBUATKAN ORANG MELAYU AKAN MENINGGALKAN UMNO/BN

MANA DIA BELAJAR NI !

SEPATUTNYA JIKA AGAMA MAHU DIPERTAHANKAN UBAHLAH DASAR PARTI KEPADA DASAR ISLAM, ATAU IKUTLAH PERLEMBAGAAN PASAL 3 DAN TERJEMAHKAN DIDALAM KEHIDUPAN TU BARU BETUL.

NI MUNG NAK KELENTONG SAMA RAKYAT KO !

PENCERAMAH NI SEOLAH-OLAH NAK BAGI BN/UMNO KALAH !!!!

-Pak Karamu-

  Sokong BN untuk terus pertahan Islam

AddThis Sharing Buttons

Sokong BN untuk terus pertahan Islam
Antara yang hadir pada Ceramah Isu- isu Semasa Menjelang PRU14 di sini, malam tadi.
(Ubah saiz teks) 
 
JELI - Rakyat perlu terus memberikan kepercayaan dan sokongan kepada Umno BN untuk mentadbir kerajaan demi mempertahankan kedudukan agama Islam di negara ini.

Penceramah Umno yang juga Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Kamalrudin Omar berkata, rakyat perlu membuat pilihan tepat bagi memastikan Islam tertegak dengan baik.

"Kalau nak selamatkan Melayu, Islam dan negara, rakyat kena buat pilihan yang tepat, bagi sokongan pada Umno BN untuk terus memerintah.

"Generasi muda perlu diberi kesedaran. Pertarungan akan berlaku, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, pemimpin  Melayu dan Islam dijangka bertanding dengan Ketua Pakatan Harapan, Lim Kit Siang, " katanya dalam Ceramah Isu- Isu Semasa Menjelang PRU14 di sini, malam tadi.

Ceramah disertai yang turut disertai Pengerusi BN negeri yang Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan penceramah, Mohd Yusoff Solu itu dihadiri kira- kira 700 rakyat parlimen ini.

Kamalrudin berkata, ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri,  cubaan untuk mengangkat pemimpin bukan Islam pernah menjadi isu.

"Pak Lah (Abdullah) pernah keluarkan kenyataan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) tetap orang Melayu, Islam. Sebab ketika itu Anwar Ibrahim (Datuk Seri) dan Pakatan Rakyat nak serah jawatan TPM kepada DAP, " katanya.

"Kalau (rasa) nak gadai negara, beri (peluang) pada Pakatan Harapan, (tapi) saya harap ia tak berlaku di Kelantan, " katanya.

Dalam pada itu, sebelum mengakhiri ceramahnya, Kamalrudin mengingatkan tentang masa yang semakin suntuk untuk BN membuat perubahan.

"Kita tak banyak masa, yang penting jaga parti dan gerakan kita, berikan ketaatan, kita bekerja siang dan malam bagi memastikan perubahan berlaku di Kelantan untuk kita tawan negeri ini," katanya.

ROS ZALIM SEBAB BISU KATA MAHADET

 ROS TAK JAWAB PERMOHONAN PENDAFTARAN PAKATAN HARAPAN DIANGGAP ZALIM OLEH MAHADHIR.

SEBELUM INI ROS ADA BUAT KENYATAAN ADA 428  KESALAHAN MENYEBABKAN TAK DAPAT DILAYAN.

BEGITU BANYAK KESALAHAN SEPATUTNYA ROS KENA BUAT KETETAPAN HUKUM SAMA PAKATAN HARAPAN.

KALAU IKUT DALAM QURAN ZALIM ITU SAMA DENGAN HUKUM FASIK DAN KAFIR IA ITU TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM ISLAM.

ERTINYA JIKA ROS BUAT ZALIM MAKA HUKUMNYA ADALAH BERAT,POKOKNYA, AWAT MAHADHIR TAK BUAT REPORT NGAN POLIS TERHADAP KEZALIMAN INI ?

-Pak Karamu-

 

ROS zalim terhadap rakyat: Mahathir

AddThis Sharing Buttons

Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad
(Ubah saiz teks) 
 
PETALING JAYA - Tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) yang 'membisu' mengenai pendaftaran Pakatan Harapan dianggap satu perbuatan zalim.

Ini kerana menurut Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat tidak akan boleh mengundi pemimpin Harapan sekiranya logo dan status Harapan tidak didaftarkan menjelang PRU nanti.

"Sampai sekarang, tidak ada jawapan daripada ROS (mengenai isu pendaftaran Harapan).
"Kita tak tahu sama ada simbol diterima dan parti diiktiraf secara rasmi atau tidak," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Harapan dilaporkan melakukan permohonan pendaftaran kepada ROS pada 24 Julai lalu.
ROS sebelum ini sudah menghantar sepucuk surat pada 2 November lepas berkenaan status pendaftaran tersebut.

Dalam surat berkenaan, ROS memaklumkan permohonan Harapan masih dalam pertimbangan.

Surat yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim itu bagaimanapun tidak menyatakan sebarang alasan.

Mahathir dalam masa sama turut mendakwa ROS sengaja berbuat demikian supaya Harapan menghabiskan masa menumpukan soal pendaftaran dan tidak dapat buat persiapan PRU.

"Saya berpendapat tindakan kerajaan ini adalah penganiayaan kepada rakyat kerana rakyat tidak akan dibenarkan memilih pemimpin yang tidak dapat bertanding.

"Saya anggap tindakan ini amat zalim," katanya lagi.

MANA ADA BINTANG ? MANA DATANGNYA BINTANG ?

TIADA ALASAN MAHADHIR MENJADI PIEM MALAYSIA. DIA SUDAH TIDAK LAYAK JADI PIEM

FULL STOP.

BINTANG HARAPAN ? CEDERA ? DIA MEMANG TAK MAHU JADI PIEM,SEBAB DIA SENGAJA CEDERAKAN DIRI DIA, DIA NAK BEREHAT DAH !

PAKATAN JANGAN MENGIGAU NAK PI DOK PUTERA JAYA, TERBUKTI RAKYAT MALAYSIA TAK MAHUKAN PAKATAN RAKYAT 

FULL STOP.

MACAM MANA NAK MEMERINTAH JIKA RAKYATPUN MENOLAK PH SEBAB RAKYAT TAHU UNDI PH  BERMAKNA UNDI DAP.

TERBUKTI PH TAK DAPAT SAMBUTAN RAKYAT, BUKTINYA JIKA BUAT CERAMAH UMUMPUN HADHIR HANYA 300 ORANG, TU CERAMAH UMUM APA NAMANYA ?

-Pak Karamu-

 

Pilih Mahathir kerana 'bintang harapan cedera'

AddThis Sharing Buttons
Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah
(Ubah saiz teks) 
 
KUANTAN - Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mengakui pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang adalah disebabkan 'bintang harapan mereka cedera'.

Katanya, sekalipun pemilihan Dr Mahathir mendatangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan sebilangan besar penyokong, barisan kepimpinan cuba membuat keputusan terbaik dalam situasi yang tidak ideal.

"Kita ibarat pasukan bola sepak yang berlatih bertahun-tahun namun apabila hendak masuk permainan, bintang harapan kita cedera atau kita terpaksa bermain dalam  keadaan padang tidak elok atau cuaca hujan lebat.

"Ramai yang mahu (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) termasuk saya. Kalau boleh lakukan silap mata Anwar bebas esok dan terus mendapat pengampunan diraja lalu boleh bertanding pilihan raya, sudah tentu kita akan mencalonkan dia," katanya di hadapan kira-kira 300 orang yang hadir ceramah umum pembangkang di sini malam tadi.

Ceramah itu yang turut dihadiri beberapa pemimpin pembangkang antaranya Teresa Kok dan Fuziah Salleh jelas gagal menarik minat penduduk Kuantan untuk memenuhi kerusi yang disediakan di depan pentas  dengan rata-rata yang datang pula memilih untuk ‘mendengar dari jauh’.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pemilihan Dr Mahathir juga dibuat bersandarkan kajian yang mendapati tiga tokoh Melayu yang mendapat perhatian anak muda ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Dr Mahathir dan Anwar.

Ini sekali  gus menjadikan gabungan Mahathir-Anwar sebagai gabungan ideal pakatan, katanya.
Anwar yang juga Ketua Umum pakatan itu dijangka dibebaskan daripada penjara pada 8 Jun depan namun peruntukan undang-undang menghalang beliau daripada bertanding pada pilihan raya selama lima tahun selepas dibebaskan. - Bernama

MULA PKR MEMBODOHKAN PAS ADALAH DARI LANGKAH KAJANG !

Sekarang ! musuh PAS no: 1 adalah PKR !!!

RAKYAT MALAYSIA AKAN DIBERITAHU PENGKHIANATAN PKR TERHADAP PAS DALAM ISU LANGKAH KAJANG.

PADA MASA ITU PKR DAN DAP DIKATAKAN BERSEKONGKOL UNTUK MEMPERBODOHKAN PAS DAN PIMPINANNYA ?

RAKYAT SELANGOR AKAN DIBERITAHU PAKTA PENIPUAN ITU NANTI, KHUSUSNYA APABILA HAMPIR PILIHANRAYA DENGAN PAKTA.

MEREKA BERJAYA MELAKUKAN DEMIKIAN SETELAH BERJAYA MEMPENGARUHI PIMPINAN PAS DARI GOLONGAN SEKULAR YANG KEMUDIANNYA MENUBUHKAN PAN.

RATA-RATA KUMPULAN PKR DAN DAP MASA ITU MENGATAKAN GOLONGAN PAS TAK CUKUP CERDIK MEMERINTAH SEBAB PAKAI KETAYAP DAN KAIN DAN SELIPAR. 

ADA DIANTARA AHLI PAS YANG TELAH TERPENGARUH DENGAN DAP DAN PKR KERANA DIPENGARUHI SUPAYA TINGGALKAN PAS, DAN PAS MAKLUM HAL INI.

DARI HARI INI KEHADAPAN PAS PERLU MEMERANGI DUA GOLONGAN INI BERSAMA PAN SEBAB MEREKA INI ADALAH PENGKHIANAT SEMENTARA BERSATU ADALAH DEDALU.

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA KEMASUKAN MAHADHIR DALAM PAKATAN RAKYAT MENYEBABKAN SOKONGAN RAKYAT TERUTAMA GOLONGAN CINA AKAN MEMBOIKOT PAKATAN HARAPAN. AMIN !!!!

-Pak Karamu-

 

AMK diminta hentikan jenaka

AddThis Sharing Buttons

Mohamed Sukri Omar
Mohamed Sukri Omar
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - "PKR sebenarnya yang khianat rakyat Selangor menerusi pelaksanaan Langkah Kajang,"demikian reaksi Ketua Penerangan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar.

Mengulas kenyataan Setiausaha AMK Selangor, Syed Badli Shah Syed Osman yang mendakwa Pas mengkhianati dan mencalar muafakat  telah dibentuk dalam kerajaan negeri, Sukri berkata, pimpinan AMK itu sepatutnya menghentikan lawak jenaka dan satira politik jelek.

"Usahlah nafikan pengkhianatan dilakukan PKR di Selangor. Cukuplah mandat rakyat dikhianati dan Langkah Kajang sebagai satu contoh untuk tunjukkan siapa pengkhianat sebenarnya.

"Hentikanlah merendahkan rakyat kerana mereka bukan budak-budak yang boleh digerakkan mengikut selera kelaparan berkuasa yang menafikan kepentingan rakyat,"katanya menerusi satu kenyataan kepada media.

Beliau berkata, AMK Selangor mungkin dalam keadaan separa sedar ketika mengeluarkan kenyataan  dan didakwa masih mabuk dengan konflik kem-kem dalam parti.

Menurut Mohamed Sukri, kanak-kanak kecil mungkin lebih memahami bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah mandat daripada PRU 13 yang lalu.

"Eloklah AMK selesaikan isu-isu semasa pentadbiran untuk penggal terakhir dengan membantu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. mereka juga boleh adakan 'Himpunan dan Pelancaran Jentera PKR Selangor' bagi pastikan jentera benar-benar wujud untuk pertahankan kewibawaan menteri besar.

"Saya bimbang mereka akan terkial-kial cari petugas saat pilihanraya umum menjelma dan apabila 'boss' mereka mula bersuara.

"Sepatutnya AMK bantu selesaikan krisis perdana menteri dalam Harapan terlebih dulu sebelum tuding jari kepada Pas," katanya yang menyifatkan anak muda menyokong Harapan dilihat kini mula protes selepas pengumuman nama calon perdana menteri Harapan.

Mohamed Sukri berkata, pihaknya yakin reputasi cemerlang Adun serta Exco Pas Negeri Selangor tanpa pengkhianatan menunjukan parti itu sedia membawa era baru pemerintahan lebih telus dan berintergriti demi rakyat. "Cukuplah mencipta 'luka kecil' buat rakyat, dirisaukan ianya akan jadi barah sukar dirawat.

"Orang melayu Islam kaya dengan adat, budaya dan budi pekerti. Jangan jadikan khianat sebagai adat pemimpin politik,"katanya.

Beliau sebelum itu berkata, jentera Pas sudah bersedia 100 peratus untuk bertugas dan memenangkan parti dan mana-mana rakan yang bersama dengan perjuangan mereka.

PAKATAN HARAPAN MULA SERANG PEH, BODOH PUNYA PARTI

 
AWATNYA HANG TAK MAKI HAMUN PEH LAGI ? 
 
MAKI LA LAGI, BIAR TAMBAH PAHALA !
 
YANG HANG DOK SEBOK PASAI PEH PASAI APA ?
 
HANG DAH TEBIAT KA ?
 
HANG TAHU NEGARA NI DEMOKRASI, SAPAPUN BOLEH LETAK CALON.
HANG JANGAN MENYEBUK. 
 
LA NI SEMUA ORANG TAHU, UNDI PAKATAN HARAPAN BERMAKNA UNDI DAP !
ISHHH, BAHAYA SUNGGUH !!!
 
-Pak Karamu-

‘Pas mahu jadi kerajaan, ini kata Mahathir...’

AddThis Sharing Buttons

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
(Ubah saiz teks) 
 
PUTRAJAYA - Pas hanya memasang angan-angan Mat Jenin, demikian respon Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung hasrat Pas yang mahu menjadi kerajaan pada PRU14, nanti.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, Pas sentiasa bercita-cita tinggi walaupun parti itu sedar bahawa mereka tidak mampu untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

"Bagus, fantastik. Saya rasa dalam sejarah Pas, mereka sentiasa memerintah 'negara mereka'.

"Membentuk kerajaan mereka sendiri. Kadang-kadang mereka menang satu kerusi, tapi mereka masih ada cita-cita yang tinggi untuk bertanding lebih 100 kerusi, jadi biarlah mereka hendak bertanding," katanya di sidang media Pakatan Harapan di pejabat Yayasan Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang melahirkan hasrat parti itu mahu menjadi kerajaan pada PRU14, bukan lagi pembangkang.

Abdul Hadi baru-baru ini mengesahkan, Pas mungkin bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU14 akan datang.

Jelas Abdul Hadi, sasaran tersebut yang ditandingi oleh partinya di peringkat Parlimen kerana mahu menjadi kerajaan, dan bukan lagi sebuah parti pembangkang sekiranya memenangi PRU14.


Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata, tujuan Pas menyertai PRU14 dilihat hanya memberi kelebihan kepada BN.

"Tujuan utamanya, Pas menyertai pilihan raya adalah untuk memecahkan undi BN dan beri kelebihan kepada Harapan. Jadi BN akan menang," katanya lagi.

KONSENSUS MENGIGAU MALAM

PROVOKE YANG BODOH  UNTUK MEMBERIKAN GAMBARAN BAHAWA BN AKAN TUMBANG PADA PRU 14.

CADANGAN YANG BODOH JIKA DI IKUTI OLEH KERAJAAN YANG ADA BERMAKNA NAJIB AKAN DI COP SEBAGAI PIEM YANG PALING BODOH DALAM DUNIA.

JIKA DASAR LUAR NEGARAPUN  TERPAKSA DITAKLIMATKAN KEPADA SEORANG YANG KONONNYA AKAN MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI  BAKAL PIEM MAKA ITU MENUNJUKKAN BAHAWA PEMERINTAH YANG BAHARU PALING BANGANANG DALAM DUNIA, NAK JADI ABU NAWAS ?

OTAK UDANG CAMPUR TAIK KAT KEPALA
-Pak Karamu-

 

Najib perlu beri taklimat dasar luar negara kepada Tun M

AddThis Sharing Buttons

Najib, Mahathir
Najib, Mahathir
(Ubah saiz teks) 
 

SHAH ALAM - Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (Harapan) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi taklimat kepada calon perdana menterinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan keputusan-keputusan dasar luar negara.

Menurut kenyataan bersama Liew Chin Tong (DAP), Dr Dzulkefly Ahmad, (Amanah), Datuk Dr Rais Hussin, (Bersatu) dan Syed Ibrahim Syed Noh (PKR), tindakan itu adalah untuk menjamin konsensus dwi parti dan peralihan kuasa yang sempurna sekiranya berlaku perubahan kerajaan selepas PRU14.

“Kerajaan sedia ada perlu melibatkan Harapan dalam dasar luar negara untuk memastikan konsensus dwi parti dan peralihan kuasa yang sempurna.

“Bagi menjamin dasar-dasar luar negara yang telah ditetapkan kerajaan sekarang, beliau (Najib) bertanggungjawab untuk memberi taklimat kepada calon perdana menteri Harapan serta ahli-ahli Parlimen lain supaya tiada sebarang kesan negatif berlaku kepada rakan-rakan negara asing,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Pada masa sama, kenyataan itu juga menyebut bahawa dalam mana-mana demokrasi matang, semua ahli Parlimen akan duduk bersama di dalam jawatankuasa dasar luar negara Parlimen untuk meneliti dasar-dasar luar negara kerajaan sedia ada dan membina konsensus yang luas.

“Untuk memastikan negara-negara asing tidak terkesan akibat perubahan kerajaan, dalam mana-mana demokrasi matang ketua pembangkang biasanya akan diberi taklimat oleh kerajaan berhubung dasar luar negara dan isu-isu keselamatan.

“Amalan-amalan sebegini patut dicontohi dan dijadikan sebahagian dari amalan institusi kerajaan kerana perubahan kerajaan pada PRU akan datang tidak mustahil,” katanya.

KAFIR HARBI


CERAMAH P.HARAPAN, DATANG ANGGARAN 500 DIKATAKAN 5,000

TAK HABIS DENGAN KELENTONG ! APA TAK CAKAP 500,000 ?

-Pak Karamu-

 

Bukti Harapan semakin diterima rakyat

AddThis Sharing Buttons

Bukti Harapan semakin diterima rakyat
Masyarakat sekitar dan luar daripada Pendang yang hadir ke Majlis Ceramah Perdana Pakatan Harapan Parlimen Pendang di Kampung Bukit Jambul.
(Ubah saiz teks) 
 
PENDANG - Kehadiran lebih 5,000 penduduk sekitar daerah Pendang di ceramah perdana Pakatan Harapan Parlimen Pendang malam tadi membuktikan masyarakat sekitar daerah ini sudah berani membuat perubahan menjelang PRU 14 nanti.

Ketua Bersatu Pendang, Razak khamis berkata, masyarakat Pendang sudahpun bijak membuat pilihan dalam menentukan siapa yang layak dipilih untuk menjadi pemimpin mereka.

"Bukti sudah didepan mata, kita sendiri agak terkejut dengan kedatangan malam ini dan bersyukur atas sambutan ini," katanya.

Katanya, BN bukan lagi parti keramat yang mahu melindungi hak melayu seperti dulu jadi rakyat sudahpun sedar.

Razak berkata, dalam memperjuangkan hak, rakyat perlu berani membuat perubahan dan tunjukkan kuasa mereka pada PRU 14 nanti.

"Tangan kita lah yang akan menurunkan BN supaya Pakatan Harapan boleh membela nasib rakyat.
"Insya-ALLAH, kita akan pastikan kesemua rakyat menikmati kesenangan sekiranya kita memerintah selepas PRU nanti," katanya.

RAKYAT FAHAM KE TAK ? APABILA MAHADHIR NAIK ?

AKAN BERLAKU BENCANA BESAR !

SEMUA ORANG TAHU NAJIB.

SEMUA ORANG TAHU MAHADHIR.

RAKYAT TAHU SIAPAKAH MEREKA.

TAPI 

APAKAH BALANYA BILA RAKYAT NANTI AKAN MEMILIH PAKATAN HARAPAN ?

SEBENARNYA MEREKA MEMILIH DAP

NGAT !

TEMASIK TELAH HILANG !!!

-Pak Karamu-

 

Tukar Najib, naik Mahathir lagi teruk

AddThis Sharing Buttons

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim.
(Ubah saiz teks) 
 
KOTA TINGGI - Tindakan menukar individu tidak akan mampu menjamin negara menjadi lebih baik sebaliknya dengan menukar dasarlah mampu membawa negara ke arah kebaikan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, analisa dilakukan terhadap senario politik negara mendapati terdapat dua parti yang bersedia mengubah dasar negara.

Menurutnya, semua orang tahu bahawa Pas bersama Gagasan Sejahtera mempunyai komitmen untuk mengubah polisi dan dasar negara berikutan negara sebelum ini pernah dilanda dasar yang rosak.

"Tukar individu tak menjamin negara jadi baik. Apatah lagi nak tukar (Datuk Seri) Najib, nak naikkan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad)..lagi teruk.

"Komitmen kita mahu tukar dasar. Sebab melalui sirah nabi sendiri Baginda tunjukkan di mana semua perkara mungkar yang berlaku adalah berpunca dari kerosakan dasar.

"Apabila akidah kita betul maka akan betul ekonomi, politik, sistem sosial dan undang-undang. Sebaliknya jika akidah rosak maka semuanya akan rosak,"katanya pada sesi Dialog Perdana yang dianjurkan Pas kawasan Tenggara di Dewan Chon Moi, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Presiden Ikatan Bangsa Malaysia, Datuk Seri Badri Abd Rahman; Setiausaha Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia, Dr Ann Wan Seng; Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin dan Yang Dipertua Pas Tenggara, Nazari Mokhtar.

Tuan Ibrahim berkata, manusia tidak boleh atur hidup dalam kerangka manusia sebaliknya manusia mestilah duduk didalam satu sistem di mana kerangkanya adalah pencipta manusia.

"Sebab itu dalam Pas kita gerakan perubahan bahawa kalau nak negara selamat kita kena kembali kepada sistem selamat di mana sistem yang iktiraf kepelbagaian bangsa, warna kulit dan kepelbagaian agama,"katanya.

Jelasnya lagi, Pakatan Harapan (Harapan) dan BN sendiri tidak bersedia untuk mengubah dasar negara dan satu-satunya muafakat politik untuk mengubah dasar negara adalah melalui Gagasan Sejahtera.

Beliau juga berkata, apa yang berlaku dalam Harapan dan pergolakan BN menyebabkan Pas dalam Gagasan Sejahtera tiada sebarang masalah untuk berbincang mengenai kerusi dan calon PRU14 bersama rakan politiknya.

"Jawatan kita tak bincang sebab apa? kambing belum bela lagi jadi tak usah bincang nak bahagi untung berapa.

"Apa yang penting kita fokus kebajikan rakyat, selesai masalah rakyat Insya-ALLAH rakyat akan beri harapan pada parti yang menjaga dan memelihara hak mereka dan itu adalah parti Pas bersama Gagasan Sejahtera," katanya lagi.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut memaklumkan kekerapannya datang ke negeri ini adalah kerana beliau dapat melihat 'bulan purnama' akan muncul di Johor.

Katanya, meskipun Johor merupakan negeri yang sukar untuk dimenangi namun beliau percaya berkat perit jerih perjuangan parti Pas selama ini kemenangan itu pasti akan hadir.

Terdahulu, majlis sama beliau turut merasmikan gimik pelancaran Gerak Gempur PRU14 Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) Negeri Johor.
 

PAS BERANI KE NAK JUMPA SULTAN SELANGOR ? HI,HI,HI

APA LAGI NAK TUNGU-TUNGGU.

APA NAK RANCANG-RANCANG !

JUMPALAH SULTAN !

ADA BERANI ? 

ATAU ITU HANYALAH GERTAK ?

-Pak Karamu- 

 

Pas ingin menghadap Sultan Selangor

AddThis Sharing Buttons

Pas ingin menghadap Sultan Selangor
(Ubah saiz teks) 
 
PAS Selangor tidak menolak kemungkinan akan menghadap Sultan Selangor minggu ini, sekiranya masalah pembekuan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat mereka tidak diselesaikan dengan segera.

Menurut Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi, Pas Selangor akan meminta Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan mesyuarat dengan mereka bagi memperjelaskan mengapa peruntukan disalurkan kepada ahli parlimen dan Adun Pas telah disekat.

"Sekiranya Mohamed Azmin tidak dapat memberikan jawapan munasabah, kami merancang akan menghadap sultan," kata Sallehen seperti dipetik dalam China Press.

Akhbar ini difahamkan, pada Disember tahun lalu, sudah ada desas-desus menyatakan Kerajaan Selangor akan membekukan peruntukan kawasan yang disalurkan kepada semua 13 Adun Pas Selangor dan lima penyelaras Dun.

Pada awal bulan ini, khabar angin itu dikatakan menjadi kenyataan apabila 13 Adun Pas dan lima penyelaras Dun berkenaan, telah diberitahu semua peruntukan mereka dibekukan kerajaan negeri ketika mereka menghantar permohonan.

Menurut Sallehen, beliau diberitahu oleh Bendahari Selangor bahawa segala peruntukan kawasan kepada wakil rakyat Pas negeri dan penyelaras Dun telah disekat, dan adalah dipercayai arahan itu daripada Mohamed Azmin.

"Sehingga hari ini, saya hanya diberitahu secara lisan dan belum menerima sebarang surat pemberitahuan secara rasmi," katanya.

Sallehen menegaskan, Adun Pas dipilih rakyat dan mereka adalah wakil rakyat, oleh itu, Kerajaan Selangor tidak patut melayani mereka sebagai parti pembangkang dengan membekukan peruntukan kawasan.

DARI PILIH MAHADHIR LEBIH BAIK PILIH PARIA



MAHADHIR SUDAH TAK LAYAK JADI PIEM, TAK CAYA TANYA PKR.

sementara itu 

  Pas ada calon alternatif terbaik untuk negara

NIK MOHAMAD ABDUH
NIK MOHAMAD ABDUH
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menjelaskan, Pas sentiasa mempunyai alternatif terbaik buat negara.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang meminta Pas mengemukakan pendirian sama ada bersetuju menerima calon Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan atau kekal memilih Datuk Seri Najib Tun Razak, Nik Abduh berkata, beliau pelik dengan saranan berkenaan.

"Tanya balik orang Pakatan Harapan, betul ke mereka sedang cadangkan kepada rakyat Malaysia, orang yang lebih teruk menggantikan orang yang teruk ?," katanya lagi.

Pilih Mahathir, atau Najib: Ini kata Pas

AddThis Sharing Buttons

Najib Mahathir
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM - Pas meminta Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, agar tidak mencampuri urusan parti mereka.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, Pas berhak mengatur sendiri parti mereka, dan tidak sama sekali memerlukan campur tangan luar dalam hal 'rumah tangga'  mereka.

"Tun M jangan perasaan bahawa beliau masih PM, nak paksa orang lain.

"Pas ada pendirian sendiri," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Mahathir semalam yang meminta Pas mengemukakan pendirian sama ada bersetuju menerima calon Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan atau kekal memilih Datuk Seri Najib Tun Razak.


Mengulas lanjut, Idris berkata kenyataan Mahathir itu sengaja dibuat bagi mengalih isu yang melanda Pakatan Harapan kini.

"Beliau nak alih isu sebenarnya, isu ketidakpuasan hati rakan komponen Pakatan Harapan berhubung isu 'berebut kerusi'.

"Ini semua taktik beliau sahaja, kami sudah masak dan faham akan perangai Tun  M ini," katanya.

Dalam pada itu, Idris mengingatkan Mahathir bahawa parti mereka sama sekali tidak boleh dicucuk hidung.

"Beliau (Tun M) boleh cucuk hidung mereka dalam Pakatan Harapan namun bukan Pas," katanya.

PAS TAK PERLU LAYAN MAHADHIR, BUSUK PUNYA ORANG !

  TERSANGAT HAIRAN, BELUM MENANG SUDAH MINTA SOKONGAN, MEMANG JENIS GILA KUASA.

 PAS TIADA FAEDAH LAYAN DENGAN PARTI BERSATU, PARTI BAKAL BUBAR MENJELANG PILIHANRAYA.

MAHADHIR BUKAN ORANG YANG LAYAK BERTANYAKAN SESUATU DENGAN PAS.

WALAUPUN MAHADHIR MENDAPAT KEPERCAYAAN DARIPADA PARTI-PARTI DIDALAM PAKATAN HARAPAN AKAN TETAPI MELAYAN MAHADHIR DIANGGAP SEBAGAI MEMBUANG MASA

DIA SUDAH NYANYUK, TIDAK LAYAK BERCAKAP PASAL POLITIK DENGAN PAS.

DIA HANYA LAYAK BERCAKAP PASAL POLITIK HANYA DENGAN PIMPINAN PARTI DALAM PAKATAN SEBAB MEREKA MUDAH DICUCUK HIDUNG !

-Pak Karamu-

 

Tun M minta Pas buat pendirian sokong siapa

AddThis Sharing Buttons

Tun M minta Pas buat pendirian sokong siapa
Sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di sini, hari ini.
(Ubah saiz teks) 
 
PETALING JAYA - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Pas mengemukakan pendirian sama ada bersetuju menerima calon perdana menteri daripada Pakatan Harapan atau kekal memilih Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, pendirian itu penting kerana seperti yang dimaklumkan ahli Umno, ada kalangan mereka juga sudah tidak setuju mengangkat Najib sebagai pemimpin mereka.

“Kita nak tahu Pas ni nak bertanding siapa calon perdana menteri dia, calon Najib ke, calon saya ke, itu saya nak tahu.

“Kita pun tak tahu sama Najib akan pimpin dia ke tak, dengar-dengar orang Umno tak suka dengan Najib ni, itu pendapat orang Umno supaya tak dedah nama dia,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di sini, hari ini.

Tambahnya, pengumuman itu juga adalah  sebagai landasan bagi menentukan sama ada Pas akan kekal mentadbir Kelantan mahupun tidak.


Ahad lalu, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin menerusi blognya mendakwa  satu keputusan ‘menyerahkan’ Kelantan kepada Pas dibuat sebagai sebahagian daripada rancangan kerjasama pilihan raya Umno-Pas oleh Presiden Umno iaitu Najib dan pemimpin Pas.

Perjanjian rahsia Najib-Pas itu, dikatakan bersetuju untuk tidak cuba merampas Kelantan daripada Pas. Sebaliknya bersedia memberi laluan mudah supaya Pas menang 40 kerusi di Dewan Rakyat.

DAKWAAN KADIR SETELAH KEHILANGAN DEDAK

 KENYATAAN KADIR JASIN YANG TELAH KEHILANGAN DEDAK.

KENYATAAN KADIR HANYA SEKADAR HENDAK MENGALIH ISU BERSATU YANG SANGAT BANYAK KELEMAHAN.

ROS DIMINTA SIASAT  SECARA TELITI PARTI BUNGA RAYA YANG TIDAK TAHU BUAT KERJA ADMIN YANG BANYAK BUAT KERJA BODOH.

PARTI BUNGA RAYA YANG KUCAR KACIR SEPATUTNYA SUDAH LAMA DI BATALKAN.

-Pak Karamu-

 

Pas anggap dakwaan hanya ciptaan pengampu Umno

AddThis Sharing Buttons

Idris Ahmad
Idris Ahmad - Foto sumber internet
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM - Dakwaan wujud pakatan rahsia antara Presiden Umno dan Pas pada PRU14  hanyalah spekulasi ciptaan pengampu Umno yang kehilangan dedak.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin mengenai perkara itu hanya sekadar andaian yang tidak berasas sama sekali.

“Awak (A Kadir) tak layak bagi kenyataan seperti ini, Pas lawan Umno sebab dasar yang diperjuangkan Pas, zaman (Tun Dr) Mahahir pun kita lawan, zaman Najib pun kita lawan, bukan kerana orang, jadi tak timbul soal hubungan yang macam tu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tegas Idris, selama 27 tahun Pas memerintah Kelantan, parti Islam itu menang secara majoriti yang tidak didalangi oleh apa-apa perjanjian rahsia.

“Saya sentiasa terlibat dalam pelbagai mesyuarat penting Pas, dari soal manifesto, pembahagian kerusi dan semuanya, jadi kita tahu apa yang Pas buat,” katanya.

Beliau berkata, meskipun A Kadir terlibat sebagai pimpinan tertinggi Bersatu, tetapi beliau sebenarnya masih dianggap pengampu Umno.

 “Puak-puak ni tak leh pakai semuanya, mabuk ‘dedak’ sebab tak cukup makan.  Dulu masa Mahathir dalam Umno beri cukup makan. Itu saja.

“Yang boleh lawan Umno/BN ni Pas sahaja, awak sekarang bukan lawan Umno, tapi lawan Najib, awak meninggalkan legasi buruk zaman Umno,” katanya.

RCI MEMALI DITUBUHKAN ?

RCI MEMALI MUNGKI MENJADI KENYATAAN.

RCI MEMALI PERLU DIMULAKAN SEBELUM PRU14.

CERITA MEMALI TENGGELAM TIMBUL SEBAB KERAJAAN PUSAT TAK CUKUP SIMPATI TERHADAP WARIS MANGSA.

JANGAN JADIKAN MEMALI SEBAGAI ISU POLITIK.

JADIKAN ISU MEMALI SEBAGAI MENEGAKKAN KEADILAN TERHADAP MANGSA RAKUS DARI MANUSIA ZALIM.

KEADILAN MESTI DITEGAKAN, YANG BERTANGGUNGJAWAB WAJIB DIHUKUM.

- Pak Karamu-

 

RCI Memali: Kedah sedia beri kerjasama

AddThis Sharing Buttons

Ahmad Bashah Md Hanipah
Ahmad Bashah Md Hanipah
(Ubah saiz teks) 
 
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri bersedia memberikan kerjasama diperlukan sekiranya kerajaan Pusat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat peristiwa Memali.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pihaknya menghormati desakan sesetengah pihak supaya RCI Memali segera ditubuhkan untuk menegakkan keadilan kalangan keluarga mangsa tragedi itu.

“Terpulang kepada kerajaan Pusat, sama ada perlu atau tidak. Jika ditubuhkan, kita bersedia bantu dan bagi kerjasama diperlukan,” katanya.

Menurutnya, sekiranya keluarga mangsa Memali mahukan penjelasan insiden berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan kertas putih Memali sebelum ini, ia mungkin perlu diberikan perhatian.

“Kalau mereka tidak berpuas hati, dan itu yang dilihat perlu dilakukan, rasanya tiada masalah untuk tubuhkan RCI,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, fungsi RCI Memali adalah sama seperti RCI lain yang ditubuhkan bagi menyiasat semula perkara yang berlaku.

“Jika ada keperluan apa salahnya, jika rakyat mahu RCI diwujudkan dan ia keperluan, kita serahkan kepada kerajaan Pusat untuk pertimbangkan,” katanya.

Tambahnya, sokongan menubuhkan RCI itu juga susulan peristiwa Memali berlaku di Baling, Kedah. 

Tragedi Memali berlaku pada 19 November 1985 di Baling yang mengorbankan 18 orang termasuk empat anggota polis dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali Ibrahim Libya. 

Kebelakangan ini, isu itu kembali diperkatakan termasuk keluarga mangsa yang mendesak RCI ditubuhkan.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.