Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

35 TAHUN PENJARA ! 250 JUTA LAGI BANYAK

Rabu, 1 Februari 2012

Bekas Presiden Dan Isteri Dipenjara 35 Tahun Keranan Joli Wang Rakyat........ketakutan makin bertambah di Malaysia..!!! 

 

Presiden Tunisia yang digulingkan Zine el Abidine Ben Ali dan isterinya dijatuhi hukuman penjara masing-masing 35 tahun, Isnin, dalam persidangan in absentia kerana menggelapkan dana negara, kata seorang hakim.

Hakim Touhami Hafi juga mendenda bekas pemimpin Tunisia yang kini berada dalam buangan itu 50 juta dinar (25 juta euro) dan isterinya, Leila Trabelsi, 41 juta dinar, pada hari pertama persidangan itu, lapor AFP.


Dia menunda persidangan dalam kes kedua sehingga 30 Jun untuk memberi masa peguam Ben Ali mempersiapkan pembelaan mereka.



Ben Ali dan Trabelsi dituduh melakukan penggelapan dana selepas penemuan wang dan perhiasan di dalam istana mereka di sebuah daerah di Tunisia.


Kes kedua, yang hanya ditujukan pada Ben Ali, melibatkan senjata dan dadah yang khabarnya ditemui di sebuah tempat tinggal presiden di Carthage.

Ben Ali membantah semua tuduhan tersebut sebelum persidangan itu melalui peguamnya, Akram Azouri.

Mantan presiden itu, isterinya dan kedua-dua anaknya kini berada dalam buangan di Arab Saudi.

Ben Ali meninggalkan negaranya pertengahan Januari selepas berkuasa 23 tahun di tengah-tengah tuntutan yang meningkat agar dia mengundurkan diri meskipun dia telah menyatakan tidak akan mengupayakan pembaharuan masa jabatan selepas 2014. Dia dikhabarkan berada di Arab Saudi.

Dia dan isterinya serta ahli-ahli lain keluarganya kini menjadi buruan dan Tunisia telah meminta bantuan Interpol untuk menangkap mereka.

MANIFESTO PAS

PAS mahu hasilkan manifesto PRU13 melalui harapan rakyat

February 01, 2012
 
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 1 Feb - PAS mengajak rakyat Malaysia untuk turut sama dalam penghasilan manifesto pilihan raya ke-13 parti Islam dengan memberi cadangan dan harapan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.
 
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata manifesto parti itu menekankan harapan rakyat Malaysia selepas Barisan Nasional (BN) gagal menjadi pemerintah yang baik.

"Kita akan membuat manifesto pilihan raya umum daripada cadangan yang menjadi harapan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

"Cadangan ini boleh dihantar kepada saya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), emel, Facebook atau Harakahdaily. Kita lakukan ini dengan harapan kita dapat tahu hasrat rakyat dan apa yang mereka mahukan dalam sesebuah kerajaan selepas pelbagai keadaan yang kurang di bawah BN," katanya yang merupakan pengerusi jawatankuasa manifesto pilihan raya PAS.

Beliau menambah cadangan-cadangan yang sesuai akan dimasukkan ke dalam manifesto sebagai penhargaan kepada rakyat.

Husam berkata cadangan itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan boleh di hantar pada bila-bila masa.

"Saya menjangkakan pilihan raya tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat...ia boleh dihantar," katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mengumumkan "Tawaran Jingga" iaitu tawaran manifesto Pakatan Rakyat yang menekankan dasar-dasar bersama tiga parti komponen.

Manifesto itu menggabungkan Rangka Kerja Bersama dan Buku Jingga Pakatan Rakyat, yang mengandungi janji parti perikatan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas menawan Putrajaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih merahsiakan tarikh pilihan raya umum ke-13 namun BN dan Pakatan Rakyat telah menggerakkan jentera masing-masing sebagai persediaan.
Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013.

MENTERI KELENTONG

Harga sebenar gula tanpa Subsidi.

Wednesday, February 1, 2012
Aku sebenarnya tak pernah amek tahu hal neh. Siyes. Tapi semalam time aku pergi beli gula aku terperasan kat plastik gula tue dah tertera hal subsidi neh. Peh. Beria2 beb kerajaan pongpang pasal subsidi neh sekarang. Lihat bawah neh ;


Nampak apa yang aku nampak? Bagus. Pendirian aku dalam isu neh mudah jek. 

AKU SOKONG SEBARANG USAHA DALAM MENGHAPUSKAN SUBSIDI GULA.

Hah.. gila ka? Kalau setakat beli gula sekilo dua dalam sebulan cakap memang larh senang. Neh kita cakap pasal peniaga2, pasal penjaja2, pasal restoran, pasal pembuat kek, pasal kilang dan etc. Mana boleh hapus je subsidi gula neh. Kesan dia besar dan berangkaian beb.

Betul larh tue. Kesan dia berangkaian beb. Tapi aku tak habis taip lagi tue. 

Muahaha.. 

Bagi aku ;

1. Subsidi gula kepada rakyat malaysia wajar dihapuskan secara total. Rakyat2 macam aku dan ko tak dapat subsidi gula pun takpe der. Takpe. Kalau terpaksa keluarkan rm1 demi mendiamkan mulut2 bn neh dari pongpang2 hek eley kutuk2 kerajaan, beli gula subsidi juga, so tindakan neh amatlah wajar 100%.

2. Namun subsidi gula kepada mereka2 yang perlu neh harus dikekalkan. Contohnya kepada peniaga2 kecil ka, penjaja ka, pembuat makanan ka, pengilang dan sebagainya. Untuk mereka subsidi gula wajar dikekalkan. Kalau boleh utamakan gula tempatan untuk mereka2 neh. Gula neh disubsidikan sebab kita import gula luar. Jadi nak selaraskan harga gula dalam dan luar negara maka jadilah gula bersubsidi sedangkan kita pun keluarkan gula sendiri. Dah kalau sendiri produce takan rm2.60 pun takde untung beb?

3. Subsidi gula yang diberikan kepada golongan sasaran akan mengurangkan perbelajaan wang cukai rakyat dalam isu neh. Lebihan cukai tersebut kerajaan boleh buat benda lain. Ini juga salah satu kaedah mendiamkan kerajaan dari pongpang2 membebel benda yang sama neh berulang2 dalam tv bagai. Aku nya telinga pun dah hampir pekak bila menteri bn asyik canang rakyat malaysia patut bersyukur.. ada subsidi dan blablab.. nasib baik tv gua tv lcd, kalau tv murah dah lama gua amek batu baling tv tue. Siyes cakap neh beb.

4. Kurangkan subsidi dan bagi kerajaan korup? Itu tindakan keji beb. Idea neh gua tolak. Ya, aku pun sokong hujah lue tue beb. Idea neh gua bagi pada kerajaan pr untuk dilaksanakan. Bukan nya kerajaan bn. Gua cuma nak geng2 umno tue sedar bahawa gua sokong penarikkan subsidi gula so dorang kurang 1 isu untuk balon gua dan lue. Amacam? Best kan?

5. Bagi aku, subsidi neh di malaysia kena sampai kepada golongan sasaran. Tak boleh pukul rata macam yang bn buat neh. Kalau boleh yang benar2 memerlukan je dapat subsidi. Contohnya orang2 yang miskin. Orang2 miskin neh usah kata gula rm2.60, kalau gula rm2.20 pun belum tentu depa boleh beli beb. Dah miskin kan? 

So kalau ada sistem kupon yang mana orang2 miskin neh leh guna utk beli barangan dapur dengan diskaun subsidi macam kat negara2 barat tue amatlah bagus sekali. Contohnya standard gula rm2.30 tapi bila depa beli dapat jadi rm2.00 dan pasaraya yang collect kupon tue collect balik duit dari kerajaan. Neh satu sistem yang bagus. 

Cuma nya risau gak kalau kupon2 neh disalahguna. Orang2 kaya pun dapat kupon. Memang bangang larh jawabnya. Itu soal pelaksanaan. Neh kita citer lain. Harapnya PR boleh ketengahkan idea neh. Siyes gua lihat idea neh bagos. Masuk la dalam manisfesto PR pru-13 neh.

Sudah sampai masanya untuk kita melihat isu subsidi neh dari sudut yang berbeza. Bukan seme idea menghapuskan subsidi neh ada sisi yang buruk. Kalau subsidi hapus dan salur kepada golongan sasaran, lebihan wang yang ada boleh salur kepada sektor yang lebih penting contohnya pendidikan percuma. Yang neh gua rasa seme setuju kan? Betul? Bagos. Bai.

Ameno : Setakat 20sen.. alahai ismail sabri.. janganlah berlagak sangat dengan subsidi gula neh..

Pulangkan hak warga KL memilih Datuk Bandar kami sendiri!

Nurul Izzah Anwar | Feb 01, 2012 01:28:34 pm


Kuala Lumpur, ibu kota dan untuk sekian lama nadi pentadbiran negara, telah dijadikan wilayah yang ditadbir terus oleh Kerajaan Persekutuan sejak 1 Februari 1974.

Sejak tahun 1965, pilihan raya ahli-ahli majlis tempatan - termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang pada 1961 diwujudkan sebagai Suruhanjaya Ibu Kota - tidak lagi dijalankan. 
 
Sudah pasti pada mulanya wujud sebab-musabab yang munasabah kenapa langkah ini diambil, tetapi masanya telah tiba - setelah 47 tahun berlalu - untuk dikembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula.

Mengapa saya berkata sedemikian?  Kita cuma perlu lihat belanjawan 2012 DBKL yang berjumlah RM2.3 bilion - bersamaan dengan jumlah belanjawan 2012 Kerajaan-kerajaan Negeri Selangor (RM1.6 bilion) dan Pulau Pinang (RM740 juta)! - dan bertanya:

Adakah jumlah ini benar-benar diguna dengan sebaik mungkin?

Telahkah DBKL memperjelas kepada para pembayar cukai pintu (ratepayers) tentang penggunaan wang rakyat yang begitu banyak ini?

Wujudkah satu sistem maklum balas menyeluruh yang mampu memastikan DBKL benar-benar bertanggungjawab dalam memastikan wang ringgit rakyat digunapakai dengan cara yang paling berkesan dan paling cekap?

Tanpa sistem pilihanraya kerajaan tempatan, kesemua soalan di atas hanya tinggal soalan.

Kuala Lumpur, bangkitlah!

Masanya telah tiba untuk kita nikmati sebuah DBKL yang benar-benar bertanggungjawab kepada para pembayar cukai pintu, dan boleh diganti mereka yang enggan mendengar suara rakyat.

Masanya telah tiba untuk kita didampingi seorang Datuk Bandar yang benar-benar dipilih penduduk Kuala Lumpur, dan boleh diganti mereka yang tidak berani untuk menyuarakan hati nurani rakyat.

Masanya telah tiba untuk kita alami sebuah Kuala Lumpur yang lebih maju, yang lebih mesra, yang lebih baik.

Selamat Hari Wilayah.

*Kenyataan media oleh Nurul Izzah Anwar (gambar kiri) selaku ahli parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden KEADILAN

DAP condemns pig’s head at Rawang mosque, calls for calm

February 01, 2012
Lim Guan Eng urged Malaysians not to fall for such “evil” provocation. — file pic
 
KUALA LUMPUR, Feb 1 – The placing of a severed pig’s head at a Rawang mosque yesterday was insensitive and a coward’s act aimed at fanning racial tensions ahead of elections, the DAP’s Lim Guan Eng said today.
 
The opposition party’s secretary-general denounced the act and urged the government to immediately investigate the matter and put an end to the provocation.

“We urge Malaysians to remain calm and not to overreact as this incident was clearly the doing of certain quarters with despicable intentions,” he said in a statement today.

“We will not let decades of peace be undone by the cowardly actions of extremists and bigots,” he stressed, and added that he believed Malaysians have learnt to celebrate their cultural and religious differences and would not fall for such “evil” incitement.

Pigs are haram (forbidden) to Muslims and the act of placing the animal’s severed head at the entrance of the Nurul Iman Mosque in Rawang, Selangor echoes the desecration of several places of worship nationwide following a controversial High Court ruling in favour of the Catholic Church over the use of the word “Allah” two years ago.

TRENGGANU KITO !

Mangsa Serakah Sepupu 15 Kali Dirogol


Kemaman – Gara-gara berajakan nafsu binatang, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun tergamak menjadikan sepupunya yang masih bersekolah rendah sebagai hamba seks dengan merogolnya sebanyak 15 kali sejak dua tahun lalu dalam kejadian di sebuah kawasan Felda di Air Putih, dekat sini.

Dalam tempoh dua tahun itu juga lantai rumah bahagian dapur bersebelahan meja makan menjadi tempat remaja terbabit melampiaskan nafsunya ketika bapa, nenek dan ahli keluarga lain nyenyak tidur diulit mimpi.

Namun perbuatan terkutuk remaja itu akhirnya terbongkar apabila bapa suspek sendiri melihatnya anaknya itu sedang memperkosa anak saudaranya yang berusia 12 tahun ketika dia mahu ke dapur dan membuka lampu dapur dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Ahad lalu.

Berang dan terkejut dengan perlakuan itu, bapa suspek memukul suspek dan sejurus berita buruk itu diberitahu ibu mangsa berumur 42 tahun menetap di Johor, ibu mangsa segera pulang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Air Putih pada jam 1.06 tengah hari kelmarin dan melakukan pemeriksaan di Hospital Kemaman.

Difahamkan, mangsa dan suspek dijaga nenek kandung mereka berusia 60 tahun dan tinggal di rumah itu bersama bapa suspek dan seorang lagi bapa saudara.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, berdasarkan hasil soal siasat mangsa mengakui dalam kejadian malam Ahad lalu dia yang sedang mengemas buku di dalam bilik secara tiba-tiba didatangi sepupunya yang kemudian mengajaknya ke bahagian dapur lantas lampu dapur ditutup lalu mengajak mangsa melakukan seks sebelum perbuatan terkutuk itu disedari bapa suspek sendiri.

Hasil soal siasat, mangsa mengakui telah dirogol oleh sepupunya sebanyak 15 kali sejak dia berusia 10 tahun hingga menyebabkannya ketagihan seks dan perkara itu tidak diketahui sesiapa.

Menurutnya, bertindak daripada laporan dibuat, polis menyerbu rumah berkenaan tetapi gagal menangkapnya kerana suspek terlebih dahulu melarikan diri bersama pakaian mangsa iaitu seluar dalam, seluar dan baju dipakai ketika mangsa dirogol kali terakhir.

Katanya, sehubungan itu suspek kini sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat,” katanya. -SH

Khabar angin skim ‘1 Care’ akan kenakan cukai ke atas pesakit

February 01, 2012
 
Logo gerakan #taknak1care — Sumber: laman Facebook #taknak1care
KUALA LUMPUR, 1 Feb - Kemarahan umum meningkat terhadap cadangan "1 Care" skim penstrukturan semula sistem penjagaan kesihatan, pengkritik mendakwa ia memaksa  pekerja dan perniagaan untuk memberikan 10 peratus pendapatan bulanan mereka kepada agensi menguruskan dana kesihatan kerajaan.
 
Walaupun maklumat terperinci skim masih samar-samar dan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan menyifatkan masih "terlalu awal" untuk mengkritik, pengamal perubatan dan persatuan pengguna memboikot cadangan itu sejak Disember lalu bermula kempen "Tak Nak 1 Care", berharap Putrajaya mengkaji semula sebelum dikuatkuasa.

Menggelar diri mereka "Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan", kumpulan ini telah menggunakan media alternatif dengan menggunakan laman sosial Facebook, Twitter, blogs dan Youtube untuk menyebarkan maklumat tentang skim seterusbya mendapat sokongan orang ramai.

Kumpulan ini antara lain telah membuka laman komuniti di Facebook yang dinamakan "#TakNak1Care", Twitter menggunakan akaun @taknak1care dan memuatnaik beberapa video klip di Youtube, menggesa rakyat menolak skim itu.

Usaha itu mendapat perhatian dengan cepat di Internet malah menarik perhatian Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang terlibat secara peribadi dalam perbincangan dengan kumpulan itu di laman Facebook.

The Malaysian Insider difahamkan skim "1 Care" dimodelkan selepas Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS), satu sistem pembiayaan penjagaan kesihatan dan telah ditekankan dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk Pelan Strategik Kementerian Kesihatan 2011 - 2015.

Difahamkan skim mempunyai lima fasa dan kini sudah memasuki fasa ketiga dan inisiatif penuh, perbincangan dengan doktor dan farmasi seluruh negara, akan dibentangkan kepada Kabinet pada Mac

Menurut anggota CHC, "1 Care" akan menggantikan sistem dua peringkat (awam dan swasta) penjagaan kesihatan dengan memiliki maklumat sulit hospital awan dan swasta, dengan harapan dapat memastikan ia lebih "saksama" kepada rakyat merentasi sosioekonomi.

Di bawa sistem dua peringkat, rakyat Malaysia boleh memilih rawatan di klinik swasta atau hospital dn pembayaran ditanggung sendiri atau melalui tuntutan insurans atau mendapatkan rawatan di klinik kerajaan atau hospital dan pembayaran di bawah kos minima, di bawah subsidi penjagaan kesihatan.

Melalui "1 Care", CHC berkata ia akan mewajibkan semua individu yang berpendapatan termasuk kakitangan kerajaan dan pesara, perniagaan dan menyumbang 10 peratus pendapatan mereka kepada agensi kerajaan, Skim Insurans Kesihatan Sosial (SHI) .

"Jadi sesiapa yang mampu bayar akan bayar, mana yang dikecualikan membayar seperti orang miskin dan sebagainya akan tetap mendapat faedah perubatan asas percuma yang ditawarkan di bawah skim itu. Pada asasnya mereka yang mampu akan bayar bagi mereka yang tidak boleh," kata anggota CHC.

Tetapi, selain sistem "perkhidmatan-sebelum-bayar" di bawah "1 Care", CHC juga mempersoalkan faedah penjagaan kesihatan yang terhad di bawah skim itu seperti jika seorang pesakit dirujuk kepada doktor pakar (GP); rawatan hanya enam kali sehari; rawatan hanya seorang pesakit setiap kali memberi perkhidmatan dan pembekal penjagaan kesihatan (PHCPs) dinilai di bawah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diberikan penalti.

"Dalam sistem ini, keuntungan PHCPs dengan mengiklan perkhidmatan SHI. Seperti semua insurans, SHI tidak meluluskan semua tuntutan. PHCPs mungkin dikenakan tindakan kerana memberi terlalu banyak perkhidmatan atau merujuk terlalu ramai pesakit ke hospital atau pakar.

"Doktor mungkin perlu kurangkan khidmat penjagaan kesihatan bagi mengelak penalti...tetapi anda tidak berhenti membayar atau bayar kurang ke SHI," dakwa kumpulan itu dalam video di Youtube.

Menjelaskan perkara ini, anggota CHC memberitahu The Malaysian Insider, "1 Care" memperuntukkan tuntutan maksimum RM360 setiap pesakit untuk GP dari SHI, dengan RM60 setiap kali rawatan.

"Dan dengan kuota-kuota KPI, GP akan cuba melengah-lengahkan dari merujuk terlalu ramai pesakit ke hospital. Sesiapa yang memerlukan rawatan segera, yang perlu ke hospital sendiri dan membayar sendiri," adu anggota itu.

Semasa cuba mengurangkan kebimbangan ke atas "1 Care" baru-baru ini, Dr Noor Hisham menjelaskan ia hanya "peringkat konsep" dan penstrukturan semula sistem penjagaan kesihatan negara amat diperlukan.

"Sekarang sektor awam akan membelanjakan RM16 bilion dan mendapatkan semula dua peratus. Sebaliknya kami tidak mahu membebankan rakyat tetapi melihat pelbagai pilihan dan model.

"Pada ketika ini tiada apa yang telah dipersetujui sehingga semuanya mendapat persetujuan orang ramai dan kami perlu mengkaji kos analisis. Bagaimanapun ada banyak andaian dan spekulasi dan imej buruk seperti kempen TAK NAK.

"Saya hairan dari mana mereka mendapatkan angka-angka itu tanpa disokong data substantif," katanya dalam satu respons.
Namun dakwaan CHC, ia dipercayai undang-undang baru "Akta 1 Care" dijadualkan untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi, kemungkinan pada awal Mac.
CHC akan menemui pemberita untuk memberitahu mengenai perkara itu esok, disusuli Forum Awam Kesihatan Selangor-Kuala Lumpur pada 12 Februari.
The Malaysian Insider difahamkan forum itu akan dirasmikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan pegawai Kementerian Kesihatan.

PR KENA BERTINDAK CEPAT, KERANA FITNAH AMAT BAHAYA

 Wednesday, February 1, 2012

APA RASIONALNYA DR. HASSAN ALI FITNAH PAKATAN RAKYAT, JIKA TIDAK MENYOKONG UMNO?



[MK] Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.

Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaai Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.

Oleh sebab itulah rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.

Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.

Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."

Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.

"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.

Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguat kuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.

"Saya nak kuat kuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."

Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.

"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.

"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.

Katanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."

"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.

Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.

"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.

Bekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.

"Biar tak sembahnyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.



P/s: Mula-mula sila baca kenyataan pemimpin PR tentang hasrat mereka untuk mempertahankan Perlembagaan. Kenyataan akhbar sumpama ini sudah berkali-kali dibuat namun isu Melayu, agama Islam, dan raja Melayu sering dimainkan oleh puak UMNO dan kini orang suruhannya untuk mengelirukan rakyat:

KENYATAAN AKHBAR
8 September 2008

PAKATAN RAKYAT MENJUNJUNG PRINSIP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.

Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.

Sekian, terima kasih.

Y.B. DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Y.B. LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen
Democratic Action Party (DAP)

Y.B. DATO’ SERI HJ. ABDUL HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)


Kedua, isu negara Israel itu boleh anda baca di sini.

Ketiga, orang yang mungkin sebelum ini was-was terhadap Hasan Ali, harap-harap semakin jelas tentang sikap sebenar bekas tokoh PAS itu. Sejak dipecat, mulutnya semakin "jahat" dengan melontarkan fitnah terhadap PR. Congaklah semula sejarah tentang tokoh yang meninggalkan PAS sebelum ini, siapa mereka hari ini? SUMBER

N'N: Adakah UMNO tidak pernah membuat hubungan dengan ISRAEL? Adakah UMNO menyokong Usul RUU Akta Murtad? Jelas sekarang siapa Dr. Hassan Ali sebenarnya.......

NASARUDDIN TERLIBAT DENGAN HASSAN ALI ?

PAS KENA AMBIL TINDAKAN

 MINTA NASARUDDIN MAT ISA NAFIKAN TERLIBAT DENGAN HASSAN ALI SEBAB POSTER DIBAWAH JELAS MENUNJUKKAN DIA TERLIBAT ATAU DIPERGUNAKAN ?

 01 Februari, 2012

Akhirnya Hassan Ali Dedah Parasit Dalam PAS

Buat kali pertama, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan pemimpin Pas yang selama ini dianggap ‘parasit’ dengan menamakan Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri, Khalid Samad sebagai individu terbabit. Beliau yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam negeri pada 13 Januari lalu mendakwa, Ahli Parlimen Shah Alam itu sering dilihat menyebarkan fahaman yang tidak menyebelahi Islam selain merupakan individu paling lantang menentang usahanya untuk melarang penjualan minuman keras di kedai-kedai runcit di kawasan penempatan majoriti orang Melayu.

Hasan berkata, Khalid juga beria-ia mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika agensi agama itu menyerbu sebuah premis yang dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) meskipun pihak berkuasa menerima maklumat mengenai penganjuran satu majlis yang bermatlamat bagi menyelewengkan akidah umat Islam di negeri ini.

“Saya tidak hairan sekiranya usaha-usaha itu ditentang oleh pemimpin DAP mahu pun pemimpin bukan Islam dalam PKR, tetapi saya sangat hairan apabila ia ditentang hebat oleh Khalid Samad yang bertanding atas tiket Pas.

“Sebab itu saya hendak ingatkan pengundi di Shah Alam agar jangan beri satu undi pun kepada dia (Khalid) pada pilihan raya umum akan datang kerana dia adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam,” katanya ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17 di sini malam ini.


Program itu dihadiri lebih 1,000 orang termasuk bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Datuk Aidit Ghazali.

Hasan berkata, pihaknya sedang dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk mempertahankan Islam, Melayu dan institusi diraja di negara ini.

Kata beliau, pertubuhan yang akan dikenali sebagai Jati itu akan menggabungkan beberapa NGO lain yang turut mempunyai perjuangan sama selain individu yang berminat untuk menyertainya.

“Pertubuhan itu dijangka dilancarkan pada 21 Februari di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 keahlian.

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan jaringan ketiga iaitu sebagai pengimbang kepada parti pemerintah serta parti pembangkang dalam mempertahankan Islam, Melayu dan Raja Melayu (IMR) di negara ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hasan Basri berkata, penyebaran fahaman ‘Anwarism’ kini semakin merbahaya kerana ia jelas bersifat sekular dan liberal yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

“Sebagai contoh, demi untuk kuasa dan mendapat sokongan negara Barat, Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sanggup mengiktiraf sebuah negara haram Israel yang sejak sekian lama melakukan kekejaman terhadap umat Islam di Palestin.

“Selain itu, atas nama hak asasi manusia, Anwar juga bersungguh-sungguh menganggap Seksyen 377B (Kanun Keseksaan) yang melarang seks gay dan lesbian sebagai lapuk serta tidak lagi relevan dan sebab itulah saya kata fahaman ‘Anwarisme’ ini merbahaya kepada umat Islam di negara ini,” tegasnya.

Aidit pula mengingatkan umat Islam di negara ini supaya taksub hanya kepada Allah dan bukannya kepada seseorang pemimpin mahu pun organisasi kerana ia adalah tuntutan Islam.

Sumber : Akhirnya Hassan Ali Dedah Parasit Dalam PAS

EXCO AGAMA TOLONG TENGOK ISU INI ! INI KES SERIUS !

PUSAT KHIDMAT SEKS MEWAH DI PEJABAT PAS MERU!!?



Sebuah bangunan kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di MERU (berdekatan Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Meru) dipercayai menjadi tempat menyediakan perkhidmatan seks sejak tiga tahun lalu (bersamaan dengan tempoh pentadbiran Pakatan Selangor).
Hasil kajian salah wartawan akhbat tempatan Kosmo yang turun ke kawasan tersebut mendapati, perkhidmatan itu disediakan khusus untuk warga asing dengan bayaran serendah RM50. Difahamkan, lelaki tempatan tidak dibenarkan memasuki premis itu kerana pengusaha khuatir rahsia mereka diketahui.

Bagaimanapun, kegiatan tersebut mula terbongkar selepas penduduk berhampiran mendapati premis itu semakin kerap dikunjungi warga asing akhir-akhir ini.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 40, berkata, apa yang dibimbangi ialah aktiviti tidak bermoral itu akan mempengaruhi generasi muda di kawasan sekitar.

“Kita tidak mahu kawasan ini dijadikan pusat pelacuran. Kegiatan tidak bermoral itu sekarang semakin mengundang ketidakselesaan penduduk,” ujarnya.

Kata Ahmad, pelanggan tempat tersebut terdiri daripada warga Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam.

“Saya difahamkan pengusaha premis terbabit menggunakan wanita warga Indonesia sebagai pelayan khidmat seks dan ia amat laris pada hujung minggu,” katanya.

Jelasnya lagi, pusat tersebut beroperasi 24 jam sehari. Semua pelanggan perlu menggunakan pintu belakang bagi memasuki tempat itu.

“Sekali pandang bahagian hadapan bangunan tidak ubah seperti penempatan setinggan warga Bangladesh,” beritahu beliau.

Ahmad berkata, beliau pernah cuba memasuki tempat tersebut namun telah dihalang pengusaha terbabit yang mengetahui beliau orang tempatan.

Parasit.. Oh Parasit.. Mungkin Video Panaz ini yang sama dirakamkan di Meru boleh dijadikan paparan 'cuci mata' buat kita. KLIK DI SINI untuk menonton video ini.
 
Blog Gelombang rakyat

LA, LA ! BEKAS UMNO BUKA TEMBELANG UMNO SEBENAR RASIS


JIKA BEKAS UMNO YANG SEBUT MAKA ITU BOLEH DIPERCAYAI SEBAB DIA LEBIH TAHU DARI YANG BUKAN UMNO, PAYAH NAK CAKAP RASIS TU, CAKAP JAHAT JE SENANG FAHAM !

31 January 2012

SIAPA RASIS : UMNO ATAU DAP?



DAP parti perkauman Cina, DAP chauvinis Cina, DAP Komunis, DAP anti Islam, DAP anti Melayu, DAP bla bla bla ................itu tuduhan yang dilemparkan kepada DAP yang menggila sejak kebelakangan ini.

Semakin menggila tuduhan tersebut, semakin galak pemimpin Umno memfitnah DAP, tiba-tiba politik Malaysia dikejutkan dengan kemasukan bekas orang di bawah dagu Haji Najib iaitu Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz, bekas Adun Pulau Manis dan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan menyertai DAP. Tidak lama selepas itu bekas Presiden NUJ, Hatta Wahari pula menyertai DAP.

Maka jelaslah bahawa orang Melayu termasuk anak didik Najib sendiri tidak percaya dengan fitnah dan momokan menggila Umno terhadap DAP. Maksud politik perkauman sudah ditolak rakyat tanpa mengira kaum. 

Buktinya orang Cina berani mengundi PAS dan orang Melayu sedia mengundi DAP pada PRU 2008 sehingga Umno/BN menggigit jari di Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang serta Kelantan. 

Ikuti tulisan Hatta Wahari di bawah yang disiarkan oleh Roketkini bagi menghuraikan modal politik perkauman Umno yang sudah basi dan tidak laku.

Orang Melayu jangan  terperangkap dengan pemikiran sempit Timbalan Perdana Menteri dan Utusan Melayu.

Saya terpanggil untuk membuat kenyataan ini berikutan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu tidak harus terperangkap dengan perangkap DAP, sebaliknya perkara yang paling relevan sekarang ialah orang Melayu jangan terperangkap dengan kata-kata Timbalan Perdan Menteri, Tan Sri Muhyiddin  Yassin.

Pertamanya, saya ingin menegaskan orang Melayu kini semakin terbuka untuk menilai sebuah parti berbilang kaum DAP sebagai sebuah parti yang telus dan ikhlas untuk berjuang untuk kepentingan semua kaum di negara Malaysia yang tercinta.

Keduanya, orang  Melayu kini boleh duduk berbincang dengan orang Melayu yang menyertai DAP walau pun mereka dari Umno dan menerima penjelasan dengan baik serta tidak lagi bersikap ingin memusuhi ataupun menghamburkan kata-kata penghinaan.

Ketiganya, orang Melayu kini telah mula menyedari bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan lagi parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu sebaliknya sebuah parti yang mementingkan kroni serta suku sakat mereka sahaja.

Keempat, orang Melayu kini telah bersedia untuk menongkah arus memastikan kesenimbungan perjuangan pemimpin-pemimpin lampau yang mahukan Malaysia menjadi sebuah negara aman, makmur dan bersatu sesuatu yang telah gagal di laksanakan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Pengalaman saya menyertai DAP sejak 21 Januari lepas, saya dapat menjalani kehidupan seperti biasa, ke masjid solat berjemaah, menghadiri kenduri kahwin jiran, dan alhamdulilah berterusan memberi sedekah  pada malam Jumaat selepas bacaan Yassin dengan menyediakan juadah untuk jemaah.

Semuanya ini dilakukan tanpa halangan, alhamdulilah orang Melayu tidak lagi berfikiran sempit malahan telah dapat menerima realiti dengan memastikan tidak berlaku perpecahan kerana perbezaan parti politik.

Saya juga tidak terkejut dengan tindakan berterusan Mingguan Malaysia akhbar mingguan yang diterbitkan oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebuah syarikat milik Umno yang menyatakan bahawa DAP adalah parti paling rasis bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Ruangan pojok yang ditulis oleh Awang Selamat, walau pun saya mengenali dan tahu siapakah Awang Selamat kerana pernah bertugas di Utusan  Melayu selama 16 tahun, saya tidak akan mendedahkan siapakah dia Awang Selamat.

Cuma yang hendak saya katakan ialah penulis pojok Awang Selamat itu merupakan orang yang paling rasis bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Tulisan beliau secara jelas memperlihatkan bahawa sifat rasis beliau dan tidak dapat menerima perubahan realiti orang Melayu sekarang yang telah berlapang dada untuk menilai secara kritis dan bukan secara membabi buta mencerna setiap perkataan untuk menaikan sifat rasis terhadap DAP.

Sebagai orang Melayu yang telah memasuki DAP atas kerelaan sendiri, tidak ada rombongan pengantin ataupun rombongan masuk meminang daripada pemimpin-pemimpin DAP agar saya memasuki parti tersebut sebaliknya saya yang menghantar rombongan meminang untuk memasuki DAP memandangkan terlalu ramai orang Melayu yang ingin memasuki parti tersebut.

Saya bernasib baik kerana Setiausaha Agung DAP, YB Lim Guan Eng sendiri yang menerima borang permohonan saya untuk memasuki parti tersebut.

Tidak ada orang Melayu yang diperkudakan di dalam DAP kerana kami semua menyedari bahawa perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari belenggu rasis Umno dan Utusan Melayu perlu disegerakan.

Kami orang Melayu di dalam DAP memasuki parti ini untuk membuat pendirian bahawa tidak ada tempat di Malaysia ini untuk sikap rasis yang ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Utusan Melayu terutama penulis pojok Awang Selamat.

Tentera Thai mohon maaf tembak empat penduduk awam Islam



8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

BANGKOK 1 Feb. – Tentera Thailand mengaku empat penduduk awam Islam yang ditembak mati oleh pasukan Renjer di selatan negara ini kerana disangka pemberontak tidak mempunyai kaitan dengan pergerakan pemisah.

Ketua Tentera Thailand, Prayuth Chan-ocha memohon maaf kepada ahli keluarga mangsa yang terbunuh di wilayah Pattani itu, pada malam Ahad lalu.

Beliau berkata, anggota Renjer ketika itu berada dalam keadaan tertekan selepas sebuah pangkalan tentera berhampiran diserang kumpulan pemberontak. – REUTERS

Rabu, 1 Februari 2012

Video : Isu Israel,Pas Mahu Penjelasan Lanjut Dari DS Anwar



Pas berharap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi penjelasan lanjut kenyataannya mengenai sokongan untuk keselamatan Israel dipertahankan dalam temubual bersama Wall Street Journal kelmarin.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata penjelasan itu perlu bagi mengelak lebih ramai pihak keliru dengan isu berkenaan yang menjadi tajuk utama media tempatan sejak semalam.

“Jadi atas ucapan Datuk Seri Anwar itu, ianya suatu yang perlu kita dapatkan penjelasan sendiri daripada beliau dan saya rasa mungkin dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat adalah wajar untuk Datuk Seri Anwar membuat penjelasanlah mengenai ini,” katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata pihaknya tidak boleh menerima keganasan Israel di bumi Palestin.

“Entiti Israel ini memang suatu perkara yang kita tidak boleh kompromi. Kita rasa pendirian yang sememangnya kenyataan umum yang kita telah bersetuju memang wujudnya entiti Israel itu tidak boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa,” katanya.AntaraPos

Rabu, 1 Februari 2012

MAHATHIR ADA PENJANJIAN SULIT DENGAN AMERIKA




MAHAFIRAUN








DR MAHATHIR SENGAJA MEMUTARBELIT DAN MELUPAKAN FAKTA


Mahathir Mohammad semalam menyatakan bahawa Anwar Ibrahim merupakan simpatisan Yahudi.


Mahathir sengaja memutarbelitkan kenyataan Anwar dan sengaja melupakan hubungan akrabnya dengan Amerika suatu ketika dahulu.


Anwar telah menjelaskan bahawa kenyataannya di dalam akhbar Wall Street Journal yang dimainkan UMNO dan media mereka hari ini adalah selari dengan penyelesaian dua negara (two-state solution) yang diterima inisiatif keamanan dunia Arab, Malaysia malah Hamas sendiri, pejuang kemerdekaan Palestin.


Mahathir mungkin kelihatan begitu lantang bersuara menentang Zionis dan Barat tetapi sebenarnya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan mereka sehingga sanggup menandatangani perjanjian ketenteraan sulit dengan Amerika pada 1984 – Bilateral Training and Consultation Agreement (BITAC) - yang membolehkan Amerika menjalankan latihan ketenteraan mereka di Malaysia.


Selepas imej Malaysia punah teruk di mata masyarakat antarabangsa akibat pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, Mahathir begitu terdesak untuk bertemu dengan Bush sehingga Jack Abramoff, seorang ahli lobi Zionis dibayar sebanyak AS$1.2 juta untuk mengatur pertemuan dengan Bush. Fakta ini diakui oleh Mahathir sendiri.


Abramoff mempunyai hubungan rapat dengan Bush dan juga golongan ekstrem di Israel. Menurut majalah Newsweek ada wang yang dikutip oleh Abramoff di dalam aktiviti melobinya yang disalurkan untuk penduduk Yahudi melawan kebangkitan rakyat Palestin. Abramoff akhirnya mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain lagi pada 2006.


Selepas itu, Bush menganggap Malaysia sebagai sekutu di dalam Perang Melawan Keganasan dan Malaysia menggunakan alasan tersebut untuk menangkap sesiapa sahaja yang dikehendaki termasuk anggota pembangkang yang dituduh sebagai pengganas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.


Nampaknya Mahathir terus menyimpan dendam lamanya terhadap Anwar. Beliau dan pimpinan UMNO nampaknya tidak dapat berhenti menghamburi fitnah semata-mata untuk mengalihkan dari satu demi satu skandal yang membelenggu mereka.


NIK NAZMI NIK AHMAD

PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT




SEMUA MAKLUM, TU SEBAB TAK DAPAT JADI MENTERI

Tuesday, January 31, 2012

Rafizi KALAHKAN KJ Dalam Debat Di LONDON



"Khairy baik, tetapi Rafizi lebih baik" itu adalah pendapat daripada pelbagai hadirin ketika diminta mengulas mengenai peperangan dinamik di antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan pengarah strategik PKR Rafizi Ramli.

Amat merugikan apabila rakyat Malaysia di rumah terlepas di dalam program perbahasan yang meriah, merangsang dan menarik ini kerana ia adalah wacana intelektual untuk semua. Tiada maki hamun. Tiada panggilan gelaran-gelaran atipikal yang biasa kedengaran di parlimen Dewan Rakyat.

Perdebatan meriah antara Khairy dan Rafizi, menjadi inspirasi kepada Malaysia agar perdebatan seperti ini perlu direplikasikan di Malaysia.

Kedua-dua mereka adalah produk-produk Universiti Inggeris dan kesopanan yang mereka tunjukkan, dihadapan orang ramai yang bersemangat terhadap mereka, telah membuktikan kepada barisan lama di dalam Umno bahawa perdebatan awam adalah sihat dan tidak perlu ditakuti. Walaupun ia tidak sehingga taraf Mitt Romney dan Newt Gingrich, bagi Malaysia, ia adalah percubaan pertama yang sangat cemerlang.

Kedua-dua mereka menyampaikan hujah-hujah mereka pada sebuah majlis pertama tahun 2012 yang dianjurkan oleh United Kingdom dan Eire Majlis Pelajar Malaysia. Topik mereka adalah
'Dasar Awam: Wawasan 2020 - Malaysia bergerak ke arah yang betul?.

Ia bukanlah perbahasan yang Rafizi mahu. Cadangan beliau untuk membincangkan kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Permintaan pertama tidak rasmi kepada Khairy, melalui media pada 14 Nov, diikuti oleh jemputan rasmi seminggu kemudian. Semuanya tidak dilayan jadi acara di London ini adalah alternatif.

Pelajar telah mengorbankan hari Ahad mereka untuk mendengar penceramah lain seperti, Rafidah Aziz, Marina Mahathir, Pang Khee Teik, Yunis Raiss, Karim Raslan, Zainah Anwar, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Carool Kersten.

Tanpa ragu-ragu bintang-tarikan mereka ialah pada segmen 'Khairy dan Rafizi'. Kehadiran adalah rendah pada waktu pagi tetapi oleh masa sesi mereka dewan persidangan menjadi penuh dan melimpah ke bilik bersebelahan.

Perwataan pendebat berbeza bagaikan langit dan bumi. Khairy yang tampil dengan gaya gung-ho kelihatan pintar dengan sut kemas bagaikan gaya seorang usahawan. Tinggi dan gelap, beliau sangat berbeza berbanding Rafizi yang mengambil sikap mesra dan bertolak ansur, dengan pakaian berwarna biru muda, warna Keadilan, seakan menghantar mesej bawah sedar yang halus.

Jika Khairy kelihatan seolah-olah seperti  'Aksi Figura', Rafizi (kanan) menyampaikan imej beliau seseorang yang teratur dan teliti, menunjukkan latar belakang mereka yang berbeza.

Jika Khairy kelihatan seperti dia akan menakluk orang ramai, Rafizi dalam pakaian kasual itu pintar, kelihatan lebih terjamin dan mudah didekati, memaparkan bukan sikap acuh tak acuh dan tidak berpura-pura.

Ramai yang biasa dengan ceramah Khairy sebelum ini berpendapat bahawa dia mungkin akan menjadi pemidato yang lebih baik dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris, dan merasa ragu-ragu jika Rafizi dapat menandingi kemahiran berdebat pemimpin Pemuda Umno ini.

Mereka terbukti salah.


Bercakap dari hati

Sepanjang perdebatan itu, Khairy gagal untuk mendapat apa-apa kelebihan berbanding Rafizi. Khairy kelihatan cuba terlalu keras. Dia mungkin menjangka isu kejatuhan Shahrizat Abdul Jalil akan disebut dan tidak langsung menyangka apabila Rafizi mengabaikan isu-isu seperti NFC itu.

Rafizi meraih kesan awal dengan mengakui peranan yang dimainkan oleh bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamed, yang dia kreditkan dengan memberikan negara arah tuju. Rafizi ringkaskan keadaan ekonomi dan berkata bahawa jika Wawasan 2020 dapat dicapai, sasaran yang ditetapkan untuk kadar pertumbuhan ekonomi tahunan telah dikekalkan sejak tahun 1990, tetapi ini tidak mapan. Selain itu, sasaran ekonomi telah terkeluar.

Hujah Rafizi ditambah lagi dengan fakta-fakta yang mudah diperolehi daripada rakyat-rakyat yang hidup di jalanan. Beliau turut bercakap tentang jurang perbezaan kekayaan, dan 40 peratus daripada penduduk negara ini berpendapatan bulanan sebanyak RM1,500 atau kurang, kebanyakannya bumiputera .

Beliau membezakan ini dengan orang-orang kaya di atas masyarakat yang terdiri daripada sebahagian kecil masyarakat. Beliau mengaitkan fakta-fakta ini dengan kemarahan rakyat.

Khairy yang gagal menolak penilaian ekonomi Rafizi ini mula menghujani orang ramai dengan angka-angka dan akronim seperti ETP, FDI, Indeks Pembangunan Manusia dan krisis kewangan Asia.

Adakah ini disengajakan?. Adakah niatnya untuk mengelirukan atau dia sekadar tersilap?. Terdapat terlalu banyak untuk diserap dalam satu hujah. Ia adalah sukar untuk disahkan dan sukar untuk dikaitan dengan pergelutan purata rakyat Malaysia.

Sambil mengakui bahawa beliau bercakap dari hati, hujah-hujah Rafizi hadir dalam bentuk yang mudah dihadamkan manakala penggunaan statistik Khairy telah membutakan kami dengan sains dan menjadikan dia seolah-olah kaku seperti kayu yang hanya membaca mengikut skrip.

Pemimpin Pemuda Umno berulang kali mencabar Rafizi soal perpaduan dalam Pakatan Rakyat dan berjenaka: "Berapa kukuhkah perpaduan di dalam PR?"

Mengambil isu di Kedah, Khairy menyerang pendirian Menteri Besar yang menggunakan Akta Universiti dan dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap pelajar dan tidak konsisten dalam janji Pakatan.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak juga yang diakuinya. Khairy memuji beberapa langkah Buku Jingga, dan bersetuju dengan pembangkang di atas keperluan perisytiharan aset.

Khairy turut mengakui dakwaan Rafizi bahawa rakyat Malaysia sentiasa berjaya untuk kembali pada masa kesusahan hanya kerana daya tahan mereka. Perdebatan Rafizi:
"... kita perlu yakin kepada masyarakat ...." Dan parti-parti politik mesti "terlibat dengan rakyat".

Khairy menegaskan bahawa telah ada suara reformasi dalam Umno. Beliau tidak bersetuju dengan
"satu aliran" yang dilakukan oleh sekolah-sekolah kita, Perkasa dan Ibrahim Ali.

Rafizi menyampaikan kekuatan perpaduan Pakatan secara bertulis berdasarkan perlembagaan. Tidak seperti BN, yang hanya boleh mengurus senarai yang longgar bercampur dengan pencapaian yang dibina di atas 50 tahun pembangunan negara, dan bukannya perlembagaan.

Khairy mempertahankan kerajaan dan menampilkan pembaharuan Najib, pemansuhan ISA, pindaan yang dicadangkan kepada AUKU, masyarakat liberal di Malaysia dan hakikat bahawa parti itu komited untuk pilihanraya yang bebas dan adil.

Khairy memainkan kekuatan politik tetapi Rafizi mempunyai kelebihan berbanding Khairy. Sekurang-kurangnya dua kali semasa perdebatan, Rafizi memuji populariti Khairy, terutamanya di kalangan pelajar yang ramai di antara mereka ialah ahli-ahli Kelab Umno. Pada satu ketika dia menggelar Khairy
"aset negara". Walau bagaimanapun, beliau menambah, populariti Khairy ini tidak dapat diterjemahkan dalam mempengaruhi Kabinet atau Perdana Menteri.

Rafizi berharap Khairy akan menjadi Menteri Dalam Negeri dan kemudian mengusik beliau mengenai kemungkinan menjadi Menteri Pelajaran untuk membantu menekan pelbagai pembaharuan yang beliau sebutkan. Pada satu ketika, beliau juga cuba untuk menarik pemimpin Pemuda Umno untuk mempertimbangkan untuk menyertai pembangkang, kerana persamaan dan pandangan yang dikongsi.

Seorang pemerhati politik berkata:
"Rafizi menang bergaya dan hebat. Khairy telah dihapuskan ".

Seseorang pelajar berkata, "Rafizi 1, Khairy 0."

DUA-DUA KHIANAT


31 January 2012

Utusan dan Chua Soi Lek dua-dua PEMBOHONG?



Penasihat DAP yang juga pemimp[in veterannya,  Lim Kit Siang tidak pasti sama ada mahu ketawa atau menangis dengan tuduhan lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, bahawa DAP merupakan parti politik paling rasis di dunia.

Beliau berkata, ketawa mungkin kerana fitnah Utusan itu mencerminkan kemiskinan idea dan kebankrapan prinsip kewartawanan para editor Utusan manakala menangis kerana tiadanya kesetiaan dan patriotisma para editor Utusan ke arah Malaysia yang bersatu, harmoni dan majmuk.

“Kenyataan tersebut begitu dangkal sekali sehingga saya meletakkan item tersebut dalam blog saya sebagai verbatim (seperti yang adanya) untuk menunjukkan bertapa rendahnya martabat Utusan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, pembohongan Utusan itu timbul hanya beberapa hari selepas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek menjadi tukang lawak bodoh dengan mendakwa undi untuk DAP ibarat undi untuk PAS, dan kejayaan DAP dalam pilihan raya membuka jalan kepada PAS untuk hari-hari gemilang PAS.

“Jika Utusan benar kerana mengatakan DAP parti paling rasis di dunia, maka Chua adalah salah. Tapi jika Chua pula yang benar, ini bermakna Utusan pula yang salah. Oleh itu, siapa yang menipu? Jawapannya: Kedua-duanya!” kata beliau.

Menurutnya, Utusan dilihat menghidupkan reputasinya sebagai akhbar yang paling tidak berprinsip, tidak bertanggungjawab, ekstremis dan suara rasis terulung Malaysia.

“Bahkan Presiden UMNO Datuk Seri Najib pun tak mampu mengawalnya. Adakah MCA dan menteri-menteri mereka membawa isu Utusan ke mesyuarat Kabinet atas sebab-sebab yang disebut? Sudah tentu tidak. Ini kerana UMNO ialah abang besar dan Utusan itu suara si abang besar,” ujarnya.

Menurut Kit Siang, seperti mana yang dijelaskan oleh Hata Wahari, bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan yang juga wartawan kanan yang dipecat oleh Utusan kerana menuntut kebebasan media, 50% jualan Utusan ditaja oleh kerajaan UMNO-BN.

Difahmkan 36 kementerian melanggan Utusan dan kerajaan membelanjakan wang rakyat sebanyak RM50 juta setahun untuk pengiklanan – satu-satu sumber pendapatan Utusan kerana kebanyakan organisasi tidak mahu mengiklan di sana.

“Saya telah menjangkakan bahawa Utusan akan menyerang saya terhadap mesej Tahun Baru Cina saya pada 21 Januari, dan ia amat menghairankan bahawa Utusan Malaysia telah mengambil masa lebih seminggu untuk berani menyerang saya.

“Ini adalah kerana sememangnya tiada apa-apa yang salah dalam perutusan Tahun Baru Cina saya yang menyeru masyarakat Cina di Malaysia untuk bersatu dan bangkit sebagai satu naga bersama rakyat Malaysia yang lain, untuk membuat perubahan kuasa di Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang bagi memulakan satu sejarah yang meraikan kehebatan semua rakyat Malaysia.

“Mari kita tanya Chua Soi Lek sama ada beliau bersetuju dengan Utusan Malaysia bahawa DAP merupakan parti paling rasis di dunia? Jika beliau tidak setuju, adakah beliau akan berani mengutarakannya kepada Utusan Malaysia?” soal beliau.

Rakyat sudah matang dan tahu menilai perangai samada Utusan atau pelakon video lucah tersebut. Masing-masing sentiasa memikirkan cara dan taktik untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada Umno dan MCA. Maka mereka sanggup berbohong dan membuat fitnah serta mereka-reka cerita karut marut. Mereka tidak menghiraukan halal atau haram di sisi undang-undang atau agama, yang penting matlamat menghalalkan cara.

MEMANG DIA TAK MALU, NAK BUAT MACAM MANA !!!

Tuesday, January 31, 2012

Hujah Dr. Hassan 'Memalukan' Bagi Seorang Pemegang PhD



KUALA LUMPUR – Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Samad menyifatkan kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kononnya beliaulah ‘parasit’ dalam parti berkenaan sebagai hujah ‘memalukan’ daripada seorang yang mempunyai gelaran ijazah doktor falsafah (PhD).

Menurut Khalid, ini menampakkan yang Hassan sendiri tidak tahu maksud sebenar perkataan parasit yang dilaung-laungkannya itu.

Katanya, parasit sebenarnya hidup di atas kekuatan pihak lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya.

” Dalam hal ini dialah (Hassan) parasit sebab tumpang nama Pas, saya dah tentu orang Pas sejak dulu lagi. Bagi saya ia hujah yang memalukan bagi seorang yang mempunyai Phd,” katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.

Semalam buat kali pertamanya Hassan mendedahkan pemimpin Pas yang selama ini dianggap `parasit’ dengan menamakan Khalid sebagai individu yang terbabit.

Beliau yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam negeri pada 13 Januari lalu mendakwa, Ahli Parlimen Shah Alam itu sering kali dilihat menyebarkan fahaman yang tidak menyebelahi Islam selain merupakan individu paling lantang usahanya untuk melarang penjualan minum keras di kedai-kedai runcit di kawasan penempatan majoriti orang Melayu.

Hasan berkata, Khalid juga beria-ia mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika agensi agama itu menyerbu sebuah premis yang dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) meskipun pihak berkuasa menerima maklumat mengenai penganjuran satu majlis yang bermatlamat bagi menyelewengkan akidah umat Islam di negeri ini.

“Saya tidak hairan sekiranya usaha-usaha itu ditentang oleh pemimpin DAP mahu pun pemimpin bukan Islam dalam PKR, tetapi saya sangat hairan apabila ia ditentang hebat oleh Khalid Samad yang bertanding atas tiket Pas,” katanya ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17 Shah Alam malam tadi.

Dalam perkembangan yang sama, Khalid berkata, permintaan Hassan agar pengundi Shah Alam tidak mengundinya menunjukkan bekas Exco Selangor itu secara tidak langsung adalah orang suruhan UMNO.

” Dia minta orang Shah Alam tak undi kita maknanya dia nak orang di sana undi UMNOlah tu,” kata Khalid.

Dalam ceramah semalam Hassan turut mengingatkan pengundi di Shah Alam agar jangan beri satu undi pun kepada Khalid pada pilihan raya umum akan datang kerana menurutnya Ahli Parlimen itu adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam. - Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

OOOOO ! NAK BAGI TAHU JOIN JAMA'AH LA NI !

KAT NEGARA NIH RAMAI SYAITAN KAN, KAN, SYAITAN JENIS MANUSIA !

Individu malang di baham syaitan! Lihat gambar - Berhati-hatilah...


Salam satu dunia!...
Sekiranya syaitan diibaratkan singa, kerana sifatnya membaham mangsa,
Manusia pula diibaratkan kerbau kerana menjadi mangsa,
Kerbau selamat sekiranya bersama kekawanan kerana singa juga
ada sifat takutnya...
Manusia pula selamat sekiranya berjamaah kerana syaitan takut kepada Tuhannya, hati-hati manusia dalam jamaah menjadi satu, menegakkan kesatuan Ilahi...
Herd Of Buffalo
Malangnya seekor kerbau sekiranya dia terpisah dari kekawanannya...
Kerana dia terdedah kepada pemangsanya kekawanan singa...
Malangnya dia kerana dibaham singa yang lapar dan dahaga.
Individu manusia sekiranya tidak berjamaah atau terpisah dari jamaah ataupun 
sengaja dipisahkan,
Betapa malangnya dia, kerana dia terdedah dengan kekawanan syaitan yang memang
sentiasa mencari mangsanya...jadilah dia,
Individu malang di baham syaitan!
Hunting-Lions
Jangan kamu jadi seperti ini!
Ayuh, bersamalah jamaah...walaupun kamu dipisahkan
satukan hati...
Dalam kesatuan Ilahi,
Nescaya syaitan, tiada tempat mengisi,
ruang-ruang kosong dalam hati sanubari
Wahai kawan, jangan kamu membangga diri, kerana banga diri itu
Sifat Tuhanmu...
Tidak layak bagimu meminjam sifat Tuhanmu itu...
Sebab itu mudah bagi syaitan membaham dirimu,
kerana kamu tepisah dari kekawananmu...
Syaitan dilaknat kerana sifat bangganya kepada dirinya...
Kalaupun kamu meminjam sifat syaitan,
kamu tetap akan dilaknat oleh Tuhanmu...
Kembalilah, kembalilah, kembalilah...
Diam bagi kamu adalah lebih mulia
sekiranya kamu mengetahui.
-CPJ-
(untuk profesor-profesor dr kawan ku)


free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.