Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAKASONE ! KO JANGAN NAK JADI BATU API

BANYAK KENYATAAN PRESIDEN PAS MENJURUS KEPADA KEMENANGAN PR, TETIBA KO BERCAKAP SEBAB HADI NAK BERUNDUR SEBAB TAK TAHAN DENGAN PKR DAN DAP, KO JAGALAH KELUARGA KO MABUUUUK !

‘Hadi berundur sebab tak tahan dengan PKR dan DAP’ kata Nakhaei Ahmad

January 31, 2012
 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 31 Jan - Bekas naib presiden PAS, Datuk Nakhaei Ahmad percaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 kerana tidak boleh berkompromi lagi dengan Pakatan Rakyat.

Nakhaei menegaskan Presiden PAS itu tidak boleh lagi bertolak ansur dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar parti itu namun diterima parti komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

"Saya rasa pembawakan Pakatan Rakyat banyak bercanggah dengan dasar dan perjuangan PAS, yang mana kalau kita lihat PAS terpaksa bertolak ansur dan mengalah dalam banyak perkara.

"Saya rasa Hadi sudah tidak boleh lagi berkompromi dalam perkara itu tapi oleh kerana golongan liberal PAS semakin berkuasa dan menyokong Pakatan Rakyat, Hadi berada dalam bermasalah dan terpaksa menyatakan pendirian itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hadi menyatakan pendiriannya untuk menarik diri daripada pilihan raya umum ke-13 kelmarin dan menyatakan beliau memberikan peluang kepada generasi pelapis untuk membentuk parti itu.

Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang menjelaskan, beliau ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun walaupun rakan — rakan Pakatan Rakyat beliau termasuk, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang termasuk Karpal Singh turut berada dalam parti untuk jangka masa yang lama.

Umno mendakwa pengumuman Hadi itu membuktikan terdapat krisis dalaman parti Islam tersebut.

“Situasi itu akan memberi kesan besar terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana beliau yang sepatutnya membuat keputusan sedemikian selepas menjadi Menteri Besar Kelantan untuk tempoh masa yang terlalu lama.

“Keputusan ini berkemungkinan disebabkan konflik dalaman PAS, termasuk pemecatan Datuk Dr Hasan Ali,” jelas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

Bekas exco Selangor, Hasan disingkirkan daripada parti selepas menggesa penyojong pembangkang agar tidak terlibat dalam perhimpunan menyojong pembebasan Anwar atas kes liwat.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu juga berulang kali menuduh parti berkenaan terpesong daripada landasan sebenar parti.

Tambah Nakhaei, beliau juga tidak menolak kemungkinan Hadi membuat pendirian itu semata-mata mahu melihat tahap sokongan anggota parti dan Pakatan Rakyat terhadap perkara itu.

Jelas beliau, Hadi mengambil langkah itu kerana bimbang pengaruhnya dalam parti Islam itu semakin berkurangan ekoran ia dibarisi majoriti golongan profesional.

"Saya ingat ia ada tujuan, satu sebab nak lihat sejauh mana pengaruh beliau dalam parti sebab dalam PAS sekarang golongan liberal berkuasa dan mana-mana ahli politik kena 'test market' untuk lihat masih ada sokongan atau tidak.

"Kalau masih ada sokongan hadi akan tarik balik tapi kalau tiada sokongan mungkin dia serius untuk tarik diri namun saya rasa golongan liberal dalam PAS akan terus beri sokongan kepada Hadi kerana mereka belum begitu kukuh dan perlukan masa untuk mengambil alih kepimpinan parti,"katanya.

Sementara itu Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh meminta Hadi agar mengubah pendiriannya kerana Pakatan Rakyat mampu memenangi pilihan raya umum ke-13.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.