Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA BEKING DARI MUSUH TENTANG AUKU, HA, HA, HA,

KUIN: ‘Azizan ada kuasa guna AUKU,’ kata Umno Kedah

January 31, 2012
KUALA LUMPUR, 31 Jan - Umno Kedah mempertahankan tindakan Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang enggan tunduk terhadap desakan pihak tertentu termasuk dari Pakatan Rakyat yang mahu tindakan tegas dikenakan ke atas Menteri Besar kerana tidak mahu campur tangan dalam isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Tegas Pengerusi Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, tindakan Azizan enggan campur tangan dalam urusan pentadbiran KUIN adalah tepat menambah AUKU masih lagi releven digunakan walaupun Pakatan Rakyat dan kumpulan mahasiswa mahu ia dimansuhkan.

Beliau menambah Azizan mempunyai kuasa untuk melaksanakan AUKU di Kedah dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan pemimpin pembangkang.

"Kita lihat beliau (Azizan) tidak selari dengan apa yang Pakatan Rakyat mahukan. Itu hak beliau (untuk laksanakan AUKU), beliau menteri besar tapi jelas kita nampak ada percanggahan antara Azizan dan Pakatan Rakyat.

"Dari segi kuasa itu hak menteri besar...apa yang beliau buat betul dan itu tanggungjawab beliau selaku ketua negeri. Kita pertahankan tindakan beliau (untuk laksanakan AUKU)," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti itu dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah  Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.
Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu. Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Selain mendapat kecaman dari kumpulan mahasiswa, Azizan turut dikritik pemimpin Pakatan Rakyat kerana masih melaksanakan AUKU walaupun parti pembangkang mahu memansuhkannya seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari pula mencadangkan agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan.

Tambah Ahmad Bashah, percanggahan pendapat dalam isu AUKU itu membuktikan Pakatan Rakyat tidak sepakat seperti yang dinyatakan.

"AUKU masih lagi relevan untuk digunakan. Kita tahu ada percanggahan pendapat sesama merela, kita tahu mereka tidak sependapat...PAS, PKR dan DAP mana ada macam Barisan Nasional (BN).

"Sebab itu ada sahaja perkara yang bercanggah," katanya.
Enggan menyentuh dasar PAS, namun Ahmad Bashah tidak menolak kemungkinan Azizan bakal mengikuti jejak bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali yang dipecat keanggotaan awal bulan ini kerana bertentangan dengan dasar parti.

"Mungkin (Azizan) akan berdepan perkara sama (seperti Hassan) dan kalau kita lihat bela sanggup dipecat.Tapi itu hal dalaman parti saya tidak mahu sentuh tapi apa yang saya nampak adalah ketidaksefahaman di kalangan pemimpin pembangkang dan Azizan," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.