Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DUA-DUA KHIANAT


31 January 2012

Utusan dan Chua Soi Lek dua-dua PEMBOHONG?



Penasihat DAP yang juga pemimp[in veterannya,  Lim Kit Siang tidak pasti sama ada mahu ketawa atau menangis dengan tuduhan lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, bahawa DAP merupakan parti politik paling rasis di dunia.

Beliau berkata, ketawa mungkin kerana fitnah Utusan itu mencerminkan kemiskinan idea dan kebankrapan prinsip kewartawanan para editor Utusan manakala menangis kerana tiadanya kesetiaan dan patriotisma para editor Utusan ke arah Malaysia yang bersatu, harmoni dan majmuk.

“Kenyataan tersebut begitu dangkal sekali sehingga saya meletakkan item tersebut dalam blog saya sebagai verbatim (seperti yang adanya) untuk menunjukkan bertapa rendahnya martabat Utusan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, pembohongan Utusan itu timbul hanya beberapa hari selepas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek menjadi tukang lawak bodoh dengan mendakwa undi untuk DAP ibarat undi untuk PAS, dan kejayaan DAP dalam pilihan raya membuka jalan kepada PAS untuk hari-hari gemilang PAS.

“Jika Utusan benar kerana mengatakan DAP parti paling rasis di dunia, maka Chua adalah salah. Tapi jika Chua pula yang benar, ini bermakna Utusan pula yang salah. Oleh itu, siapa yang menipu? Jawapannya: Kedua-duanya!” kata beliau.

Menurutnya, Utusan dilihat menghidupkan reputasinya sebagai akhbar yang paling tidak berprinsip, tidak bertanggungjawab, ekstremis dan suara rasis terulung Malaysia.

“Bahkan Presiden UMNO Datuk Seri Najib pun tak mampu mengawalnya. Adakah MCA dan menteri-menteri mereka membawa isu Utusan ke mesyuarat Kabinet atas sebab-sebab yang disebut? Sudah tentu tidak. Ini kerana UMNO ialah abang besar dan Utusan itu suara si abang besar,” ujarnya.

Menurut Kit Siang, seperti mana yang dijelaskan oleh Hata Wahari, bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan yang juga wartawan kanan yang dipecat oleh Utusan kerana menuntut kebebasan media, 50% jualan Utusan ditaja oleh kerajaan UMNO-BN.

Difahmkan 36 kementerian melanggan Utusan dan kerajaan membelanjakan wang rakyat sebanyak RM50 juta setahun untuk pengiklanan – satu-satu sumber pendapatan Utusan kerana kebanyakan organisasi tidak mahu mengiklan di sana.

“Saya telah menjangkakan bahawa Utusan akan menyerang saya terhadap mesej Tahun Baru Cina saya pada 21 Januari, dan ia amat menghairankan bahawa Utusan Malaysia telah mengambil masa lebih seminggu untuk berani menyerang saya.

“Ini adalah kerana sememangnya tiada apa-apa yang salah dalam perutusan Tahun Baru Cina saya yang menyeru masyarakat Cina di Malaysia untuk bersatu dan bangkit sebagai satu naga bersama rakyat Malaysia yang lain, untuk membuat perubahan kuasa di Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang bagi memulakan satu sejarah yang meraikan kehebatan semua rakyat Malaysia.

“Mari kita tanya Chua Soi Lek sama ada beliau bersetuju dengan Utusan Malaysia bahawa DAP merupakan parti paling rasis di dunia? Jika beliau tidak setuju, adakah beliau akan berani mengutarakannya kepada Utusan Malaysia?” soal beliau.

Rakyat sudah matang dan tahu menilai perangai samada Utusan atau pelakon video lucah tersebut. Masing-masing sentiasa memikirkan cara dan taktik untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada Umno dan MCA. Maka mereka sanggup berbohong dan membuat fitnah serta mereka-reka cerita karut marut. Mereka tidak menghiraukan halal atau haram di sisi undang-undang atau agama, yang penting matlamat menghalalkan cara.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.