Posted on Friday, January 27 @ 01:26:42 PST by paktam
KUALA LUMPUR- Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), selepas kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.
Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan pembayaran baki perbezaan gaji Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari
"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat selepas semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012," menurutnya.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA.
- BERNAMA
0 orang berkata:
Post a Comment