Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA TAK JAGA TENTULAH KENA CURI, PENCURI PROFESIONAL !

Tuesday, January 31, 2012

EKSKLUSIF! Peralatan Stadium Sultan Mizan RM50Juta dicuri


Tragedi bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh berlaku pada 2 Jun 2009 kira-kira pukul 9.30 pagi, ianya telah mengakibatkan hampir 60 % struktur bumbung bahagian hadapan kiri dan kanan stadium berkenaan sepanjang 400 meter runtuh mengakibatkan struktur besi serta serpihan bumbung jatuh ke bahagian tempat duduk dan kerugian awal yang dianggarkan sejumlah RM25 juta.


Stadium berharga RM292 juta itu baru siap kira-kira setahun lepas dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada 3 Julai 2009 dalam mStar , menyatakan bahawa kerajaan Terengganu akan melantik perunding dari Britain untuk mengetahui punca runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak. Malah beliau juga berkata perunding itu yang mempunyai cawangan di Kuala Lumpur dijangka menyerahkan hasil siasatan dalam tempoh tiga bulan.

Manakala Utusan Malaysia pada 6 Jun 2009 melaporkan , bahawa Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata jawatankuasa bebas bagi menyiasat kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh yang ditubuhkan akan menyiapkan laporan awal siasatan selewat-lewatnya sebulan.

Buletinonline.com pada 15 Julai 2009 pula melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) hampir selesai melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh. Pengarah (Bahagian Perisikan) SRPM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata setakat ini, lebih 90 peratus siasatan kes berkenaan, yang melibatkan elemen rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan telah dijalankan.

Sudah hampir 3 tahun.. dimanakah laporan siasatan oleh SPRM ?

19 Disember 2011, Sinar Harian melaporkan Kerajaan Negeri Terengganu mengambil keputusan membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bermula awal tahun depan bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan berlaku.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerja membaik pulih yang akan dilakukan itu melibatkan padang bola terlebih dahulu kerana ia rosak akibat tidak digunakan sejak kejadian struktur bumbungnya runtuh lebih dua tahun lalu.

Malangnya.. sebelum proses baik pulih yang dijangka menelan belanja puluhan juta RM bermula.. Berita Harian pula melaporkan Pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik dan kelengkapan lain, termasuk dua set jana kuasa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di Kompleks Sukan Gong Badak lesap dipercayai dicuri.









Siapa yang harus kita persalahkan??

Tapi biar siapapun yang bersalah yang pasti wang dari pembayar cukai akan digunakan untuk menggantikan atau membaiki apa yang telah rosak dan hilang itu..

Yang pasti juga ialah para kroni akan bergembira!!



Sumber gambar dan lagi gambar-gambar sila lihat di SINI
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.