Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pakatan, bersedialah hadapi fitnah
Posted on Friday, January 27 @ 23:00:00 PST by paktam


Oleh Abd Shukur Harun

ADA dua hal penting yang dapat saya simpulkan selepas sehari suntuk menghadiri Konvenyen Pakatan Rakyat kali ke-3 di Stadium Sultan Abd Halim, di Alor Setar, Sabtu, 14 Januari lalu.
Pertama, Pakatan perlu memaksimumkan persiapan jenteranya untuk menghadapi PRU13.

Kedua, Pakatan – khususnya PAS – perlu bersedia secara intensif menangkis fitnah besarbesaran musuh tradisi PAS dan golongan tertentu yang keliru, malah selama ini sangat prejudis terhadap PAS.
Mereka memfitnah PAS, kononnya sudah menyeleweng daripada dasar memperjuangkan PAS dan bersekongkol malah menjadi ‘kuda tunggagan’ kepada DAP. Pada hal tidak benar sama sekali.

Ini adalah fitnah yang terusmenerus diperbaharui, malah diperkuat menjelang PRU13 nanti, dengan kepercayaan mereka bahawa sokongan orang Melayu terhadap PAS akan luntur dengan dakyah ini.

Secara jelas dan sudah diketahui umum bahawa mereka yang melancarkan fitnah secara besar-besaran ini datang daripada pelbagai golongan dan kategori:

Pertama, datang daripada musuh tradisi PAS, iaitu Umno-BN. Mereka mendapat inspirasi baru dengan beberapa perkembangan yang berlaku dalam PAS baru-baru ini.

Kedua, kalangan yang ‘terpelanting’ daripada jemaah disebabkan perbuatan mereka Pakatan, bersedialah hadapi fitnah sendiri dengan mengkritik dasar dan ijtihad kepimpinan parti mengenai tahalluf-siasi, pada hal ijtihad ini sudah disepakati dan disetujui oleh tiga Muktamar Tahunan PAS serta diperakui oleh Majlis Syura Ulamak.

Ketiga, kalangan yang memiliki ‘super ego’ bahawa pendapatnya saja yang benar tanpa mengambil kira pendapat jemaah.

Keempat, golongan yang berfikiran sempit terhadap agama Islam dan bersikap perkauman yang tebal, sehingga tidak memungkinkan terbinanya keharmonian dalam sebuah masyarakat Malaysia berbilang kaum dan agama.

Keempat golongan penabur fitnah ini berusaha untuk memusnahkan perjuangan Pakatan Rakyat yang akhirnya mahu mengekalkan pemerintahan status-quo Umno-BN yang ada walaupun diselimuti rasuah, pembaziran dan sebagainya.

Kelima golongan awam yang keliru, yang tidak dapat melihat secara jelas mana yang benar dan mana yang salah. Mereka yang terperangkap dengan kekeliruan ini, termasuk sesetengan golongan agama yang tidak pernah terdedah dengan kaedah berjemaah atau tanzim haraki. Mereka ini hanya melihat persoalan agama daripada pandangan konvensional semata-mata, jauh daripada memahami kaedah politik Islam seperti yang dipraktikkan oleh Ikhwanul- Muslimin Mesir, An-Nahdah Tunisia dan Parti AK di Turki.

Keenam, golongan yang keliru ini juga tidak terdedah kepada Sirah Nabi s.a.w. dan kalaupun membacanya, jauh sekali daripada memahami dan memikirkan natijah daripada politik Islam yang diamalkan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat.

Inilah antara perkara yang saya fikirkan ketika menghadiri Konvensyen Ketiga Pakatan Rakyat di mana lebih 20 pembicara – tokoh besar dan sederhana – dengan lebih 4,000 peserta. Sebelah malamnya pula lebih 50,000 orang membanjiri Stadium Sultan Ab Halim kerana mendengar ceramah pemimpin Pakatan.

Konvensyen ini mempunyai makna yang sangat besar. Lebihlebih lagi melihat sokongan padu rakyat hampir seluruh negara untuk menyaksikan perubahan pemerintahan dalam PRU13 nanti.
Seperti yang saya sebutkan, fitnah terhadap Pakatan Rakyat, khususnya PAS ini adalah cabaran getir yang dihadapinya dan Pakatan mestilah bersedia sepenuhnya menghadapi fitnah ini demi kelangsungan politik dan cita-citanya untuk berkuasa di Putrajaya.

Oleh kerana sasaran utama fitnah daripada musuh PAS ini adalah di kalangan orang Melayu kerana mereka menganggap orang Melayu sangat sensitif terhadap isu agama, maka PAS mestilah bersedia di barisan hadapan untuk menangkis fitnah ini.

Sasaran pemfitnah ini ialah penduduk luar bandar, khususnya di tanah rancangan Felda, malah di kalangan golongan generasi lama di bandar dan semi bandar juga.

Di sinilah peranan ulama haraki yang sewajarnya berada di barisan hadapan untuk menangkis fitnah ini. Masjid dan surau mungkin tidak berupaya menyediakan ruang untuk menjelaskan dan menjawab fitnah seumpama ini atas sebab-sebab tertentu. Namun masih ada ruang di sana sini yang boleh digunakan untuk menjawab, justeru ‘jangan mati akal’ dalam usaha menangkis fitnah tersebut.

Bagaimanapun setelah mengikuti konvensyen tersebut sepenuhnya, saya melihat ada kilauan harapan bagi Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan dalam PRU13 nanti.
Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat bersama mereka yang hadir di konvensyen tersebut berikrar untuk mengukuhkan jati diri dan menolak kesemua bentuk sogokan yang boleh mengkhianati usaha Pakatan.

Mereka mengangkat tangan dan membacakan lima ikrar tersebut di hadapan 4,000 orang yang hadir. Mereka berikrar atas nama keadilan dan demokrasi semakin runtuh dan rakyat Malaysia, semakin dinafikan hak serta terus-menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara, maka mereka mengambil sikap dan ikrar: Pertama, akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-Dasar Bersama Pakatan Rakyat; Kedua, akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat; Ketiga, akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti kompenan Pakatan Rakyat; Keempat, akan terus memperkasa jati diri dan menghindari segala sogokan yang menyokong ke arah mengkhianati Pakatan Rakyat; Kelima, akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Sehari suntuk konvensyen terebut berlangsung, padat dengan pidato pemimpin Pakatan dan juga tokoh NGO, antara lain Pengerusi Bersih 2.0, Dato’ Ambiga Sreenevasan, Suhaimi Said dan Dinsman. Adapun program Buku Jingga yang sekali lagi di ketengahkan oleh Dr Dzulkefly Ahmad bertemakan ‘Bersihkan Malaysia’ di konvensyen tersebut, sangat wajar diberi penekanan oleh Pakatan Rakyat, justeru ia adalah manifestasi program penting Pakatan jika berkuasa nanti. Malah pada pendapat saya, Buku Jingga ini sendiri mestilah menjadi agenda utama Pakatan sebelum berkuasa dan selepas berkuasa.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.