Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KELUAR UMNO

Sunday, January 29, 2012

RETAK MENANTI BELAH ! Panas!! Siapa MP BN Bakal Keluar Umno 31 Januari Ni?


 
Memandangkan 27 Januari adalah tarikh Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, maka Lajim terpaksa menunda 'pengumuman rasminya' pada hari ini kepada 31 Januari 2012 kerana tidak sempat pulang pada malam semalam selepas 'bertikam lidah' dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman di mesyuarat berkenaan. 
 
Difahamkan, Lajim menafikan semua dakwaan yang disiarkan di Sabahkini.net dan Facebook, terutama yang dimulakan oleh Musli Oli bahawa beliau ada menghadiri dan berucap di Majlis Sambutan Rumah Terbuka Krismas anjuran Mantan Adun Kuala Penyu, Datuk John Ghani.

"Semua yang dilaporkan media adalah fitnah dan didalangi oleh tokoh tertentu untuk membunuh karier politik saya di dalam UMNO.

Saya menafikan sekeras-kerasnya saya ada hadir dan berucap di majlis berkenaan dan saya tetap setia kepada UMNO," kata Lajim di hadapan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh Dato Seri Mohd Najib Tun Razak.


Penafian Lajim berada di majlis Sambutan Krismas John Ghani yang turut dihadiri Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Nizar dan ramai pemimpin Pakatan Rakyat, sekaligus membuktikan bahawa Lajim sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri daripada tindakan Majlis Tertinggi UMNO.


Mustahil tiada 'Special Branch' hadir di majlis tersebut atau sudah kena 'Cover-up' dan 'Kao-Tim' sehingga Majlis Tertinggi UMNO tidak mendapat gambaran yang sebenar apa yang Lajim lakukan pada malam itu.


Lajim mungkin boleh memperdaya MT UMNO, tetapi mampukah beliau membohongi Datuk John Ghani, Hiew King CHeu dan Martin Gumpangang (T-Shirt hitam) yang berkaroke bersama Lajim pada malam penuh meriah tersebut?


Menurut maklumat yang diterima daripada Krew Sabahkini.net di Beaufort, Lajim tidak dibenarkan lagi merasmikan acara rasmi kerajaan terutama Majlis Penyerahan BR1M sehingga menimbulkan ketegangan apabila kebanyakan majlis tersebut diwakili Adun Klias, Datuk Azizah Mohd Dun.


Dalam pada itu, pemerhati politik menyifatkan kehadiran Lajim di Majlis Tertinggi UMNO semalam dianggap sebagai 'Gunting Dalam Lipatan' sehingga beliau dipulaukan oleh majoriti Majlis Tertinggi yang telah menjenamakan beliau sebagai 'MT Andropause'!


Percubaaan untuk menghubungi Lajim dan Musa Aman gagal, namun ramai MT yang dihubungi mengesahkan ada pertikaman lidah antara Lajim dan Musa Aman; namun menyifatkan kejadian berkenaan sebagai lumrah dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
~sabahkini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.