30 January 2012
DULU Pendakwah, KINI Pelacur dan SELAMANYA...
Pelacur Asia Barat intai Malaysia sebagai sasaran baru
KUALA LUMPUR - Operasi dan pemantauan polis menunjukkan wujud trend baru pelacur wanita dari Timur Tengah menjadikan Malaysia antara destinasi utama aktiviti maksiat mereka. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pelacur dari negara seperti Yemen, Iran dan Iraq menjadikan lelaki di negara ini sebagai sasaran pelanggan mereka. "Mereka datang ke Malaysia menggunakan taktik samaran kononnya untuk belajar bahasa Inggeris menggunakan pas pelajar dengan mendaftarkan diri di institusi pendidikan tinggi swasta. "Ada juga pelacur ini menggunakan pas lawatan sosial yang membenarkan mereka berada di negara ini selama tiga bulan," katanya pada sidang media di sini hari ini. Beliau berkata, pendedahan itu dibuat berikutan penangkapan 15 pelacur dari negara terbabit dalam satu operasi di ibu negara dan Selangor awal bulan ini. - Bernama
DULU
CPJ: DULU, para pendakwah dari Asia Barat/Timur tengah datang ke Semenanjung Tanah Melayu (Kerajaan Melaka ikut sejarah) menyebarkan agama Islam sambil berdagang, sehingga tiada seorang Melayu pun yang tidak menerima Islam sebagai anutan mereka.
(maaf terpaksa letak gambar lucah - nak tunjuk betapa seriusnya hanya dengan gambar saja boleh rosak iman kita...belum tengok yang betul2 lagi...)KINI, para pelacur dari Asia Barat/Timur Tengah dan seluruh dunia datang ke Malaysia untuk merosakkan para remaja, pemuda dan orang dewasa Islam supaya tiada seorang lelaki Melayu Muslim pun yang boleh terlepas daripada fitnah kelucahan seksual yang dipromosikan melalui para pelacur dan SELAMANYA, kita orang Islam tidak akan selamat selagi kita tidak mengambil Islam sebagai cara hidup dan Islam sebagai sumber hukum dan perundangan.
(maaf terpaksa letak gambar lucah - nak tunjuk betapa seriusnya hanya dengan gambar saja boleh rosak iman kita...belum tengok yang betul2 lagi...)
0 orang berkata:
Post a Comment