Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KASI CINA MATI KA ? CILAKAK KKKK !

ITU BELAHIM ALI SUTAK TAU SOMUA CINA CALI WANG SAMPAI MATI OOOOOO !

BRAHIM ALI KENA SOUND DENGAN MCA & GERAKAN....HUHUHUHUHU


Isu terbaru yang dimainkan oleh akhbar cina nampak panas sehari dua sehingga pimpinan MCA & Gerakan menempelak tindakan Brahim Katak yang TOLOL... Walaupun Brahim Ali telah menipu bahawa tindakannya memberikan wang dalam sampul berwarna putih kerana kehabisan sampul merah. Dakwa si katak jangkaan awal hanya 500 yang hadir tetapi sambutan luar jangka yang hadir melebihi 1000 orang... itu yang tak cukup angpow tue... tapi tak tau le dia beli kat mane???


Gerakan Tuntut PERKASA Mohon Maaf Atas Pemberian Angpow Dalam Sampul Warna Putih


Gerakan meminta PERKASA memohon maaf kerana menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpow dalam sampul putih pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pertubuhan itu semalam.


Naib presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata pemberian angpow dalam sampul putih pada Tahun Baru Cina - sebagai festival kegembiraan - menunjukkan presiden PERKASA Ibrahim Ali tidak sensitif dan tidak ikhlas.


Putih dianggap sebagai warna yang digunakan dalam upacara kematian dalam adat resam kaum Cina.


"Sebagai ahli Parlimen dan berada dalam politik untuk bebeberapa tahun, Ibrahim masih tidak tahu kebudayaan kaum lain dan sebab itu dia terus mengeluarkan banyak kenyataan tanpa berfikir," katanya dalam kenyataan di sini.


Dalam pada itu, timbalan presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar berkata oleh kerana jumlah hadirin yang besar pada majlis itu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, pihaknya kehabisan sampul berwarna merah dan terpaksa memberi angpow dengan menggunakan sampul warna putih.


Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata tindakan PERKASA itu tidak menghormati budaya dan adat resam kaum Cina.


Katanya Ibrahim harus bertindak atas kepentingan rakyat dan memahami masyarakat pelbagai budaya dan pantang larang setiap kaum dan agama.


"Tidak dapat diterima bahawa tidak tahu boleh dijadikan sebagai alasan," katanya dalam kenyataan. - BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.