Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS Sarawak: ‘Negara Berkebajikan’ jalan keluar kemiskinan rakyat Sarawak

TERKINI @ 01:26:32 PM 29-01-2012
January 29, 2012
 
KUALA LUMPUR, Jan 28 — Pemuda PAS Sarawak hari ini berkata konsep Negara Berkebajikan yang dianjurkan oleh parti Islam itu mampu untuk membantu rakyat Sarawak keluar daripada kepompong kemiskinan dan diskriminasi.

Ketua Pemuda PAS negeri itu, Mohammad Arifiriazulbin Paijo berkata demikian dalam kenyataan balasnya terhadap pemimpin  Barisan Nasional (BN) dalam laporan The Borneo Post semalam yang mempertikaikan kewibawaan parti Islam itu di Sarawak.

Namun begitu, Arifiriazulbin hari ini berkata, PAS telah berjaya mentadbir urus Kedah dan Kelantan membalas kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Jaafar yang berkata "kita tidak boleh bergantung kepada PAS untuk menjaga kebajikan rakyat."

"Data yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) oleh Pejabat Perdana Menteri telah membuktikan Kelantan mempunyai kadar kemiskinan hanya pada 4.8 peratus, berbanding Sarawak sebanyak 5.3 peratus.

"Walaupun Kedah menunjukkan jumlah sama seperti Sarawak, 5.3 peratus, pada 2009, kerajaan negeri PAS ini hanya mempunyai kadar 0.8 peratus kumpulan miskin tegar, sedangkan Sarawak menunjukkan 1.0 peratus," tambahnya.

Pemimpin PAS ini turut menegaskan Kelantan telah membuktikan negeri berkenaan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan sebanyak 25 peratus dari 1989 kepada 2009 sedangkan Sarawak hanya mampu mencapai 16 peratus untuk tempoh sama."

Tambahnya, tuduhan yang dibuat oleh Pembantu Menteri Belia Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah yang menyatakan PAS mengalakkan ketidak bersatuan kaum di negeri itu tidak berasas. 

“Apa yang dibuat oleh PAS dan penyokongnya adalah untuk bersama-sama menolak rasuah dan ketidakadilan yang dilakukan BN sejak 50 tahun dahulu."

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.