Perkasa: Tindakan afirmatif untuk semua, tapi kuota 30 peratus Bumiputera kekal
January 29, 2012
KUALA LUMPUR, 29 Jan — Perkasa hari ini menyatakan sokongannya terhadap keperluan tindakan afirmatif untuk semua tapi menegaskan kuota Melayu dan Bumiputera sebanyak 30 peratus diteruskan kerana golongan itu masih lagi ketinggalan terutamanya dari aspek ekonomi.
“Sekiranya masih lagi terdapat jurang pendapatan yang luas antara Bumiputera dan kaum lain, ini akan mengancam keselamatan negara,” jelas presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali walaupun sudah polisi pro-Bumiputera sudah berterusan selama 40 tahun di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Namun begitu, Ahli Parlimen Pasir Mas ini memohon kepada NGO Melayu supaya berjuang bagi memastikan semua bangsa tidak mengambil kesempatan terhadap ekonomi.
Presiden Perkasa itu menyatakan orginasasinya bukanlah kumpulan yang rasis, dan secara amnya mentokong “kehendak” tindakan afirmatif kepada rakyat Malaysia, terutamanya golongan miskin.
“Perjuangan Perkasa adalah berdasarkan laras Perlembagaan, kotrak sosial negara, itu tidak bermakna kami ini rasis.
“Kami menyokong tindakan afirmatif bagi memastikan semua bangsa tidak ketinggalan dari aspek ekonomi ... kami meyokong sebarang usaha kerajaan menghapus kemiskinan,” katanya kepada pemberita di sini.
Perkasa hari ini mengadakan majlis Sambutan Tahun Baru China yang pertama untuk kumpulan tersebut, yang menyaksikan NGO berkenaan menjemput tetamu daripada kalangan bangsa China bagi membuktikan kumpulannya bukanlah bersifat rasis.
Menurutnya, Perkasa selama ini telah disalah anggap dan hari ini mengisytiharkan perhimpunan hari ini memahami matlamat kumpulannya itu.
“Perkasa bukanlah rasis, tapi kami merupakan organisasi yang berjuang untuk perpaduan rakyat. Kami mempertahankan Perlembagaan, seperti Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock, dan V. Sambathan,” kata Ibrahim kepada 350 pengunjung rumah terbukanya itu yang kebanyakannya merupakan warga emas masyarakat China.
Tambah Ibrahim, beliau menjemput warga emas daripada masyarakat Tiong Hua dan juga wartawan China bagi membuktikan Perkasa bukanlah kumpulan rasis.
“Kami hanya mahukan Malaysia kekal aman dan terpelihara. Gong Xi Fa Cai! 1 Malaysia!” jerit Ibrahim to kepada pengunjung.
Ibrahim kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau telah menemui pemimpin China secara rahsia sejak beberapa bulan lepas, dan respon mereka terhadap Perkasa amat menggalakkan.
“Mereka kenal siapa saya. Bila saya bersalaman dengan masyarakat Tiong Hua tersebut, mereka kata mereka lihat saya di akhbar. Mereka kenal saya,” kata Ibrahim, yang turut menyediakan penterjemah ucapannya dalam bahasa Kantonis.
Ibrahim turut menjelaskan Perkasa turut mengedarkan sejumlah RM10,000 ang-pow dalam sampul putih kepada pengunjung (gambar), walaupun masyarakat China menggunakan sampul putih untuk majlis pengebumian.
“Perkasa mengalami masalah kewangan, sambutan kami pada hari ini tidaklah besar, ini sahaja yang kami mampu,” katanya.
Turut hadir adalah muka-muka yang sinonim dengan Perkasa termasuk Setiausaha Agungnya,Syed Hassan Syed Ali. Timbalan Presiden Perkas, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar turut dilihat memakai changshan, pakaian tradisional masyarakat China.
0 orang berkata:
Post a Comment