Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAKAILAH AUKU TUH, SISTEM TU BAIK KAN ?



Hambat Azizan masuk BN: Aziz Bari jangan celupar!
Posted on Monday, January 30 @ 06:12:33 PST by paklang

 
ALORhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9IMkpZrecy9CDNV1ZsdJn-GcdQXUHXc73ftcnfEbS61OhjqDdhv2XQNtQWcBHpXwBk9CiVuRWPLwTmvbDwSdMHB282TGNyuKN1anI5OLhhaJuonstkIt9P-md2d9XxCaKEYTWAX9P48xu/s400/Sanggah+1.jpg SETAR: Kritikan  Prof Dr Abdul Aziz Bari terhadap Menteri Besar, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dibidas Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.
Menurutnya, kritikan Dr Aziz itu sebagai keterlaluan apabila ‘menghambat’ Ustaz Azizan menyertai BN dan melabelkannya  sebagai pro-Auku (Akta Universiti dan Kolej Universiti).

“Dr Aziz Bari tak perlu celupar dalam mengemukakan pandangan. Ini bukan kali pertama beliau mengkritik secara keterlaluan pimpinan PAS. Sebelum ini beliau pernah menyamakan Presiden PAS seperti Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan membuat gesaan meletak jawatan.


“Beliau ahli akademik. Kritikan biarlah dalam kerangka intelek dan kewajaran. Tetapi Dr Aziz dilihat lebih politik daripada orang politik,” selarnya.

Ujar Ahmad, sebagai ahli akademik dalam bidang perundangan, Dr Aziz  perlu berperanan mewaraskan penyelesaian terbaik melalui penilaian faktor yang melingkari Ustaz Azizan sebagai seorang Menteri Besar.

Katanya lagi, sebagai individu yang diiktiraf pakar perlembagaan, beliau sepatutnya lebih memahami kekangan dan dilema dalam hubung kait perundangan melibatkan antara Negeri dengan Persekutuan.

“Patutkah dengan hanya isu ini Ustaz Azizan dihambat untuk masuk BN? Siapa Dr Aziz?  Beliau bercakap untuk siapa? Kenyataan tersebut mengguris hati ahli PAS dan menimbulkan rasa tidak senang rakyat Kedah.

“Jadi, beliau tidak perlu menimbulkan situasi pertarungan politik, sebaliknya saya syorkan datanglah Kedah kerap sikit, kenali MB Kedah dengan lebih dekat. Mungkin satu hari, Dr Aziz boleh jadi orang kuat di Kuin pula. Dr Aziz perlu ramai kawan dalam politik dan jangan perbanyakkan musuh,” seru Ahmad.

Dr Aziz dalam satu wacana dilaporkan menggesa Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Ustaz Azizan berikutan isu penggunaan Auku di Kolej Universiti Insaniah (Kuin), yang dimiliki kerajaan negeri Kedah. Dr Aziz juga mengatakan bahawa Azizan sepatutnya menyertai BN kerana didakwa pro-Auku.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.