Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Penjelasan Noh Omar Tersekat?
Posted on Friday, January 27 @ 01:34:45 PST by paktam


Oleh Mohd Sayuti Omar

Selepas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang cuba meredakan sedikit pembongkaran terhadap projek lembu gemuk (NFC) yang kena belasah terus sehingga memaksa Shahrizat Jalil berhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijhXDTna0w4M36jO7Tz6hbelShJLqxEJ18SPctdwI_XzXtP-5anzgBXjmCsu0ocU3VMuSNYhqPBW2o5L5E57S9pc8TaDSD7fc8KH4KdGr5xmA3u9YspO_hfVAcmdrJRd2avxiy9QJQZ6Y/s400/NohOmar_sun.jpgcuti selama tiga minggu dengan meralatkan audit tak kata projek NFC kucar kacir. Noh Omar pula tampil malam ini seperti mana dilapor media PB, dengan cuba menjelaskan isu NFC sengaja dipolitikkan oleh pembangkang


Noh cuba hendak membela rakannya atau bekas Menteri Pertanian dan Indsuteri Asas Tani Udin anak Yassin yang dikatakan sangat mengetahui perjalanan NFC itu.

Saya malas ulas banyak penjelasan Noh yang tidak jelas dan tersekat-sekat itu cuma nak bertanya kepada satu persoalan yang dikatakan olehnya. Menurutnya projek itu menghadapi masalah sedikit apabila syarikat yang hendak datang melabor tiba-tiba tidak jadi.

Katanya ladang itu seluas 5,000 ekoar merupakan ladang peninggalan, (ladang gagal) pihaknya telah pun menyediakan syarikat itu masuk mengusahakan. Cara Noh 'beroyak" (bahasa Orang Asli memberi tahu), syarikat itu seperti syarikat dari luar negara.

Penjelasan Noh tersangkut kerana tidak menyebut syarikat berkenaan dan juga menjelaskan kenapa tiba-tiba syarikat itu tidak jadi masuk. Apakah ia ada kena mengena dengan komisyen atau fee yang terlalu tinggi yang perlu dilunasi ataupun kerana diminta wang tumbuk rusuk yang besar?

Hendaknya Noh memberi penjelasan perkara ini dan tidak boleh meninggalkan ayat itu tergantung. Sebenarnya banyak perkara misteri dalam kementerian pertanian dan industrian asas tani. Kalau beliau tidak jelas orang boleh menganggap beliau juga terlibat dengan tindakan syarikat itu membatalkan niat dengan tiba-tiba itu.

Dalam pada itu perlu ada pihak tertentu membuat selidikan mengenal pasti syarikat yang tidak jadi masuk itu untuk mendapat penjelasan apakah sebab musababnya. Saya percaya pembatalan itu ada kena mengena peraturan-peraturan luar tabiit yang dikenakan oleh pihak berkuasa di negara ini khususnya orang politik seperti mana yang telah disedia maklum

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.