Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Faekah: Ibrahim Ali wajar dihalang jejak kaki di Selangor

Faekah Husin | Jan 23, 2012 12:59:51 pm


Tindakan Ibrahim Ali yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikan EXCO Kerajaan negeri yang baharu dan rombakan portfolio Hal Ehwal Islam jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair.  Percubaan beliau melaga-lagakan PAS dan Kerajaan Selangorjuga agak pelik apabila melihat sejarah beliau sendiri dengan PAS.

Siapa yang dapat melupakan bagaimana beliau mengkhianati PAS umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada tahun 2008.  Hari ini beliau terhegeh-hegeh pula dengan UMNO sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti.

Kita tidak mempersoal tindakan Ibrahim Ali (gambar kanan) yang kini begitu akrab dan bersekongkol dengan mantan EXCO Agama Dr.Hasan bin Ali.  Namun keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada DYMM Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor. 
 
Keputusan Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam.

Tuduhan Ibrahim Ali bahawa pelantikan Khalid sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor amat keterlaluan.  Kita ingatkan Ibrahim Ali bahawa keutuhandan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Baginda Tuanku.

Menuduh bahawa Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan.  Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh UMNO.

Selaku umat Islam seharusnya Ibrahim Ali mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah Allah agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni Allah swt.  Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat. 
 
Ungkapan yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini.  Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah.  Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini.  

Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana.  Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan.

*Kenyataan media oleh Faekah Husin (gambar kiri) selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.