Rabu, 4 Januari 2012
901 : Zuraida seru wanita sertai himpunan 9 Januari
Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, perhimpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu bukan bertujuan membela Anwar semata-mata, tetapi mempertahankan badan kehakiman daripada terus dicabuli kerajaan Umno-BN.
“Tindakan Kerajaan yang ‘menulikan’ institusi kehakiman demi memenuhi aspirasi politik buas Perdana Menteri, adalah kemuncak kepada pencabulan Umno-BN terhadap sistem demokrasi negara selama ini,”
“Ini bukan soal individu tapi soal sistem keadilan dan kehakiman Negara,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
“Sebagai gerak kerja menyeluruh, maka melalui program WAJAH (Wanita KEADILAN jelajah Kampung) telah merancang siri jelajah keseluruh negara untuk menyampaikan maklumat dan fakta sebenar (kes Fitnah II),” kata Zuraida lagi.
Di sidang media sama, Ketua Serikandi KEADILAN, Siti Aishah Sheikh Ismail turut membidas tindakan polis yang cuba memberi gambaran negatif kepada rakyat mengenai perhimpunan aman tersebut.
” Saya tegaskan disini, himpunan ini bukan himpunan haram. Ia adalah untuk mengatakan sokongan terhadap kepimpinan Anwar, Kita mahu sistemperundangan negara pulih dan tidak dikongkong,”
0 orang berkata:
Post a Comment