Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN mengugut orang awam dengan tema Merdeka, kata Pakatan

Oleh Shannon Teoh
June 26, 2012
 
KUALA LUMPUR, 26 Jun — Pihak pembangkang telah menuduh Barisan Nasional (BN) sedang mengugut rakyat dengan tema Janji Ditepati untuk perayaan Merdeka tahun ini.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) telah memberitahu The Malaysian Insider bahawa tema itu bercanggah dengan idea kebebasan yang dikaitkan dengan kemerdekaan dan berkata Datuk Seri Najib Razak telah menggunakan perayaan hari cuti nasional untuk "propaganda politik yang sempit".

"Beliau tidak peduli lagi," pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, merujuk kepada perdana menteri.

Pemimpin de fakto PKR itu berkata bahawa "sebalik dari mesej kebebasan yang dapat diterima oleh semua", BN telah memilih tema yang "bercanggah dengan kemerdekaan dan sebaliknya menggugut dan mengfragmentasi rakyat Malaysia."

Naib pengerusi DAP Tan Kok Wai juga berkata "sesiapa pun boleh melihat ini adalah slogan pilihan raya" yang "gagal untuk memberi inspirasi kepada rakyat untuk bersatu."

"Ia sepatutnya melangkaui politik parti dan bukan satu slogan BN yang cuba untuk memerangkap kamu dalam satu jaring," kata ahli Parlimen Cheras itu.

Kerajaan kelmarin mengumumkan tema untuk Hari Malaysia dan perayaan Hari Kemerdekaan pada 16 September dan 31 Ogos, di mana Najib akan bertemu dengan orang ramai di satu acara malam di Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Presiden Umno itu telah berkempen di seluruh negara dengan lawatan Jelajah Janji Ditepati untuk bulan lalu di mana beliau telah menuduh pihak pembangkang merupakan kerajaan yang tidak boleh diharapkan dan tidak menunaikan janji mereka.

Strategi ini kelihatan bertujuan memenangi sokongan untuk BN, yang popularitinya jauh ketinggalan di belakang populariti perdana menteri.

Ahli parlimen Pekan itu telah mendapat sokongan 65 peratus dalam satu tinjauan pendapat Merdeka Center bulan lalu tetapi kerajaannya cuma mendapat sokongan 48 peratus dalam tinjaun pendapat yang dibuat selepas perhimpunan Bersih pada 28 April.

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar telah menunjukkan hakikat itu dengan pengumumannya bahawa "sudah pasti bahawa pilihan raya tidak akan berlaku sebelum 16 September."

"Propaganda ini dimulakan Ketua Setiausaha Negara yang baru, yang memberitahu kakitangan kerajaan supaya tidak percaya janji-janji kosong pihak pembangkang," beliau berkata, merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Ali Hamsa kepada 1.4 juta kakitangan kerajaan pada Ahad yang lalu.

"Merdeka sepatutnya tentang kebebasan minda, dan kebebasan dari ketakutan perubahan. Sebaliknya, kerajaan sedang berkata, kalau kamu ubah, kamu akan kehilangan ini dan itu," kata ahli Parlimen Pokok Sena itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.