3 beranak warga Pakistan ditemui mati di kondominium
7 Syaaban 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki Pakistan dan dua anaknya ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat 21 kondominium Langat Jaya di Batu 9, Cheras di sini malam tadi.
Mayat Ismail Khan, 39, dan anak lelakinya Mohd Faizal, 9, serta anak perempuannya Aqsa Khan Ismail Khan, 6, ditemui pada pukul 8.30 malam oleh seorang pengawal keselamatan kondominium itu.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata Ismail yang telah tiga tahun menganggur sering bergaduh dengan isterinya.
"Isterinya yang tinggal berasingan dan bekerja sebagai eksekutif kanan telah failkan perceraian pada tahun lepas dan kes itu akan dibicarakan pada Ogos," katanya dipetik Bernama.
Beliau berkata, Ismail yang tinggal di tingkat lima kondominium itu dipercayai membawa dua anaknya ke tingkat paling tinggi bangunan berkenaan kerana beg sekolah seorang daripada anaknya ditemui di situ.
"Isteri mangsa pernah buat laporan polis pada tahun lepas yang mengatakan suaminya pernah bawa anak-anak ke tingkat 21 untuk cuba bunuh diri," katanya dipetik Bernama.
Sinar Harian
0 orang berkata:
Post a Comment