Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 27 Jun 2012

KGT: Husam minta Awang Adek teliti sebelum ulas

   
              Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa mendakwa Awang Adek Hussin sebagai pemimpin mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa dalam isu membabitkan pengurusan Kelantan Golden Trade (KGT), dinar dan dirham Kelantan.
                Husam yang juga Naib Presiden PAS Pusat mendakwa tindakan Timbalan Menteri Kewangan itu berpijak kepada ‘habuk-habuk fitnah’ dalam membuat kenyataan.

“Bahkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, tidaklah wajar bagi Awang Adek terburu-buru memberikan kenyataan tanpa memeriksa fakta kes termasuk apa laporan, apa isi laporan polis dan apa komen polis (dalam isu berkaitan).

“Tiba-tiba terus terburu-buru, (justeru) seakan-akan memberikan implikasi adanya ‘penyelewengan’ dalam KGT, dinar dan dirham Kelantan.


Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan bercakap kepada pemberita selepas menerima Plak dan Memorandum Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI) di depan Kota Darulnaim di sini pagi tadi.

Penyerahan plak dan memorandum pada pukul 10.49 pagi itu diketuai Pengerusi ROYALTI Nazeri Deraman dan pimpinan ROYALTI Kelantan.

Husam mendakwa sehingga hari ini tidak ada fakta kes diketengahkan.

Sehubungan itu, Husam menasihati Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu, lain kali jangan berpijak kepada ‘habuk-habuk fitnah’.

“Sebagai Timbalan Menteri Kewangan dia kena ada fakta-fakta kes.

“Dan apabila dia enggan berdebat dengan saya, saya anggap beliau seorang pemimpin yang membuat kenyaan ‘tanpa usul periksa’.

Media hari ini melaporkan Exco Keajaan Negeri itu mencabar untuk berdebat dengan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin mengenai isu didakwa penyelewengan berlaku dalam KGT.

Terdahulu, Awang Adek mendakwa supaya Kerajaan Negeri menyiasat skandal membabitkan KGT.

Husam memberi tempoh 21 hari bagi Awang Adek memberi jawapan sama ada bersetuju perdebatan itu diadakan menerusi forum terbuka di televisyen.

Husam mendakwa, sejak seminggau lalu ‘serangan’ terhadap KGT dilakukan tanpa maklumat yang jelas khsusunya apa yang didakwa berlaku 'penyelewengan' membabitkan pengurusan dinar dan dirham Kelantan.

Timbalan Menteri Kewangan itu meminta supaya Husam tidak melenting dengan kenyataannya sebelum cabaran perdebatan dengan Husam itu dipertimbangkan.


Terima memorandum Royalti

Mengulas ‘perhimpunan aman’ kira-kira 3,000 orang di depan Kota Darulnaim di sini pagi tadi, yang disertai kumpulan NGO ROYALTI dan kumpulan disertai Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Husam mendakwa kumpulan ROYALTI telah menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan.



Ekoran surat itu Husam diarahkan oleh Tok Guru Menteri Besar mewakili Kerajaan Negeri menyambut plak itu serta penyerahan ‘memorandum’ berkaitan tuntutan royalti petroleum Kelantan.

“Dan saya bagi pihak Tok Guru dan Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada semua anak-anak muda negeri Kelantan yang telah bertungkus-lumus bekerja, mempunyai kesedaran tinggi untuk menuntut hak (royalti petroleum) dan hak rakyat Kelantan seluruhnya,” kata Husam.

Difahamkan satu kumpulan lain itu berdemontrasi tetapi mereka tidak pernah menulis surat rasmi kepada Menteri Besar Kelantan.- Hrkhdaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.