Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, June 27, 2012

Kerabat diraja Selangor didakwa pecah amanah

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang kerabat diraja, Tengku Mohd Kamil Tengku Shahrudin Shah membela diri atas pertuduhan pecah amanah melibatkan dana syarikat berjumlah RM1.15 juta, tujuh tahun lalu.
Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tengku Mohd Kamil, di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah menetapkan tiga hari mulai 6 Julai untuk mendengar kes pembelaan.
Tengku Mohd Kamil, 63, seorang daripada pengarah syarikat pembinaan Aneka Melur Sdn Bhd, didakwa pecah amanah dana syarikat itu dengan menggunakan 16 keping cek.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat itu di D216, Blok D, Tingkat 2, Kelana Square, Petaling Jaya.
Seramai 24 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan semasa perbicaraan di peringkat kes pendakwaan. – BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.