Nik Aziz
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak menghalang siasatan dijalankan terhadap Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT) berhubung dakwaan penyelewengan.
   
"Siasatlah kalau nak siasat... saya tidak beri 24 jam tetapi saya beri 25 jam untuk siasat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Wacana Ilmu 'Buku Rasuah' di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.
  
Beliau diminta mengulas kenyataan Kementerian Kewangan yang memberi tempoh tiga minggu kepada kerajaan Kelantan untuk menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan dalam pentadbiran KGT yang dimiliki Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
  
Timbalan Menterinya Datuk Dr Awang Adek Hussin dilapor berkata hasil siasatan terhadap pengeluar mata wang dinar dan dirham itu harus didedah kepada rakyat, dan jika ada yang mempertikaikannya kementerian akan mengarah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan. - Bernama