Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Nuffnang Ads

Wednesday, June 27


ROSMAH kena tengok-tengokkan NAJIB sama...

Beratur, beratur... sabar yerk, semua boleh cium...


Najib tak layak bercakap soal LGBT, pluralisme

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'cakap tak serupa bikin' untuk tidak membenarkan kefahaman lesbian, gay, bisexual dan transexual (LGBT), pluralisme dan liberalisme bertapak di negara ini.

Dengan dasar pemerintahan yang tidak berlandaskan Islam, Najib sepatutnya menilai kembali ucapannya secara jujur dan ikhlas tentang hasratnya mempertahankan Islam.

"Contoh paling jelas, bagaimana seorang Perdana Menteri ingin mendaulatkan Islam jika isterinya sendiri tidak mengikut tuntutan Islam? Bagaimana dengan sistem pentadbiran negara yang tidak berlandaskan Islam?" soal Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Ustaz Nik Zawawi Salleh (gambar) kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau mempersoalkan demikian sebagai mengulas ucapan Najib yang menyatakan ikrarnya untuk mempertahankan kesucian Islam dan memastikan budaya songsang seperti LGBT, pluralisme dan liberalisme tidak mendapat tempat di negara ini.

Mengulas lanjut, Nik Zawawi menegaskan dengan hanya berikrar dan berkata-kata, segala permasalahan berkaitan agama tidak boleh diselesaikan begitu sahaja.

Selagi negara ini tidak mengamalkan sistem perundangan Islam, tegas Nik Zawawi selagi itulah segala masalah di negara ini tidak dapat diatasi.

Katanya, selain isu-isu yang dibangkitkan Najib itu, lebih banyak masalah besar yang perlu diperhalusi Najib seperti pembuangan bayi, penzinaan dan rasuah yang masih berleluasa.

"Tiada perundangan Islam dikuatkuasakan ke atas mana-mana masalah membabitkan agama, mahupun moral yang mengakibatkan masalah itu gagal diselesaikan. Kita tidak nampak undang-undang sedia ada berjaya mengatasi masalah tersebut. Hanya dengan Islam, ia akan berjaya," tegas beliau lagi.

Sehubungan itu, kata Nik Zawawi Perdana Menteri tidak layak untuk bercakap mengenai perkara tersebut, melainkan beliau menunjukkannya (pertahankan agama) dahulu dengan perbuatannya.
- Harakahdaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.