Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Najib ingatkan pemimpin Umno amal sikap rendah diri
Wartawan Sinar Harian
29 November 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin parti itu supaya bersikap merendah diri dan perlu terus berkhidmat serta rajin mendekati rakyat.

Menurut beliau, pengalaman Pilihan Raya Umum ke-12 merupakan pengalaman hitam buat Umno.


"Pilihan raya lalu sungguh pahit dan kelat dalam episod politik Umno.


"Dalam konteks ini, saya menyeru pemimpin bersikap wibawa. Bak kata orang tua-tua, ular yang menyusur akar, pastu tidak akan hilang bisanya.


"Kemenangan dalam pilihan raya akan datang bukan hanya bergantung pada pengundi setempat tetapi jentera di setiap jentera bahagian serta calon yang dipertandingkan," katanya dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno.


Kata beliau, landskap pilihan raya sudah berubah di mana dahulu, siapa pun diketengahkan oleh parti, adalah calon boleh menang.


"Hakikatnya tidak lagi. Kejayaan calon dalam pilihan raya kontemporari bergantung kepada penerimaan mereka yang hendak diwakili.


"Calon boleh menang yang dipilih haruslah mampu memberi nilai tambah, bukan sahaja diterima lingkungan parti, malah perlu disenangi masyarakat setempat sebagai pengundi.


"Mereka juga diharap dapat bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat madani kerana merekalah yang sebetulnya pengundi," katanya.


Najib turut mengingatkan semua ahlinya betapa pentingnya disiplin dalam sesebuah parti.


"Hal disiplin berorganisasi ini perlu dimengertikan baik-baik. Ia adalah tonggak yang menentukan kejayaan atau kegagalan.


"Intipatinya, disiplin berorganisasi adalah meletakkan kepentingan organisasi secara di atas..., di atas kepentingan individu," katanya.


Dalam ucapan tersebut, Najib mengingatkan supaya jika keputusan muktamad telah dibuat, ia perlu diterima dengan hati terbuka.


"Laksanakanlah dengan sebaik mungkin. Benarlah madah pemimpin besar dahulu, satu petua yang memang kecil, namun sangat sulit hendak diamalkan, itulah taat dan patuh kepada arahan," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.