Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUCI DALAM DEBU ? SUCI ? LAWAK LA !

Muhyiddin mahu perjuangan suci Umno dipertahan

28 November 2012
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin berucap merasmikan perhimpunan ketiga-tiga sayap secara serentak malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
 
KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan jentera Umno mengatur strategi berkesan untuk memenangi hati pengundi dan memastikan perpaduan parti diteguhkan sebagai kunci utama kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Berucap merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi, Timbalan Perdana Menteri mahu tiga sayap Umno itu yang disifatkan barisan hadapan mempertingkat gerak kerja bagi memenangi pilihan raya.

"Bergeraklah ke serata pelosok desa dan kota, harungi lembah, sungai dan denai, dari Kangar hingga ke Semporna, julanglah panji perjuangan, Insya-ALLAH kita akan mengarak obor kemenangan," kata Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno.

 
Ketika menyampaikan ucapan bertajuk 'Bersama Melakar Kemenangan', beliau mengingatkan pejuang Umno bahawa mereka kini berada di tengah pertarungan politik yang akan menentukan survival parti, masa depan bangsa dan kedudukan negara.

Pengarah Pilihan Raya BN itu menegaskan bahawa apabila memilih Umno sebagai landasan perjuangan, anggota parti perlu sedar ia tidak boleh dilakukan secara sendirian atau untuk diri sendiri.

"Kita memerlukan sokongan dan dukungan rakan-rakan seperjuangan. Bekerjalah dalam semangat kesatuan hati (wahdatul qalb), kesatuan fikiran (wahdatul fikr), kesatuan matlamat (wahdatul hadaf) dan kesatuan amal (wahdatul amal) untuk meneruskan agenda perjuangan parti yang suci," katanya yang tampil berbaju Melayu merah menyala.
 
Beliau juga mahu pejuang Umno yakin mereka berada di pihak yang benar kerana perjuangan suci yang digalas Umno hingga ke saat ini menyaksikan parti itu terus mempertahankan matlamat mempertahankan Islam, membela nasib bangsa Melayu, memelihara kedaulatan negara dan mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

"Dengan asakan pelbagai dakyah songsang yang merungkai asas-asas agama, yang mencabar maruah bangsa, yang mengancam kedaulatan negara, maka landasan perjuangan suci Umno mesti kita perkukuhkan," katanya di hadapan hampir 3,000 anggota perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka PWTC.


Beliau turut menyeru seluruh warga Umno supaya terus teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menerajui transformasi besar untuk negara.


Tegas beliau, menerusi program transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, sentuhan pembaharuan Umno sedang dirasai setiap lapisan masyarakat daripada petani dan nelayan, pemandu teksi, remaja dan mahasiswa sehingga golongan profesional dan penjawat awam.
 
Dalam ucapannya itu, Muhyiddin turut menarik perhatian perwakilan bahawa Umno, parti keramat Melayu yang ditubuhkan 66 tahun lepas, akan terus mengangkat suara Melayu tanpa melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain seperti yang dituntut oleh agama.

"Sepanjang 66 tahun Umno memperjuangkan Melayu dan Islam, Umno tidak pernah menganiaya mana-mana kaum. Inilah keadilan dan kesaksamaan Umno.

"Pejuang Umno tidak perlu merasa berdosa dan bersalah berada di atas landasan perjuangan Umno kerana parti berjanji untuk terus membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya," katanya.
 
Muhyiddin seterusnya melontarkan janji bahawa komitmen itu akan terus dipegang oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Saudara dan saudari yang berada di dalam Dewan Merdeka ini, dan yang sedang mengikuti ucapan saya di kaca-kaca televisyen, atau di corong-corong radio di luar sana, pak-pak haji yang baru pulang dari masjid, ibu-ibu yang sedang melayani anak-anak di rumah, pemandu-pemandu teksi yang sedang mencari rezeki di kota, para pekerja yang sedang berbakti kepada negara, para anggota keselamatan yang sedang menjaga keamanan kita, mahasiswa yang sedang mentelaah pelajaran di universiti, pemuda-pemuda yang sedang merenung masa hadapan, inilah komitmen Umno dan Barisan Nasional, inilah janji Umno dan Barisan Nasional," katanya.


Muhyiddin turut menegaskan Umno tidak pernah menggadai prinsip perjuangan Islam, malah sentiasa berusaha untuk memartabat dan meningkatkan syiar Islam.
 
"Sistem pendidikan Islam kita martabatkan, sistem undang-undang Islam kita pertahankan, sistem ekonomi Islam kita majukan," katanya.

Muhyiddin berkata, dunia hari ini melihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang terbaik dan dengan kedudukan negara yang agak lebih ke hadapan berbanding negara-negara Islam yang lain, Malaysia dapat membantu saudara Islam di seluruh dunia.

"Kita telah membantu saudara kita di Bosnia, di Gaza, di Myanmar dan di mana sahaja mereka memerlukan bantuan kita. Alhamdulillah, berkat kebijaksanaan pimpinan negara kita, Malaysia baru sahaja membantu menyelesaikan konflik Bangsamoro di Filipina. Semua ini adalah hasil perjuangan Umno untuk memartabatkan Islam," katanya. - Bernama

  • Penarik Beca · · Top Commenter · 54 years old · 1,167 subscribers
    Perjuangan rasuah ialah perjuangan suci. Maklumlah, bila dah kalah dan tak ada lagi duit rasuah, mana nak cari duit pemimpin atasan nak bermewah. Yg di bawah pula, kalau parti perasuah kalah, mana nak cari duit nak bayar hutang kereta, rumah...
  • Akira Bakhtiar · Top Commenter · Malaysia Maritime Academy
    WARNING : PERSIDANGAN SETAN SETAN YANG DI KENALI DAN YANG TIDAK DI KENALI SEDANG BERLANGSUNG DI PWTC. PASTIKAN JARAK ANDA SELAMAT. JAUHKAN FIRI ANDA DARI FITNAH, TOHMAH, TIPU MUSLIHAT DAN KEJAHATAN SETAN.
    • Akira Bakhtiar · Top Commenter · Malaysia Maritime Academy
      HIDUP MELAYU!!! Melayu Tipu Melayu. JOHOR...negeri asal Umno paling hebat dan bijak dalam berniaga. Jual Air kepada Singapore 3 sen seliter dan beli semula 30 ke 50 sen seliter. Perjanjian selama 50 tahun dan sambung lagi. Pasti banyak untung. HIDUP UMNO!!!!
    • Razman Rashid · Top Commenter
      kedarah duit rakyat tu perjuangan suci namanye...hahaha

      Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
      Daftar FREE dulu disini:
      http://www.simplebisnes.com/wangmasuk
  • Muhammad Norhafiz Hashim · Top Commenter
    Semalam dengar ucapan TS Muhyiddin mmg kelakar, dtg DS Rosmah masuk dewan terpaksa semua diam seketika... hehe, mmg hebat DS Rosmah sampai ucapan TS Muhyiddin terpaksa dihentikan seketika... Bagus laa, Umno mmg orgnya beradab tp PELIK sebab kata bergegar dewan memperjuangkan Islam, DS Rosmah selamba dgn 'Free Hair'nya terdiam semua Mufti Umno dibuatnya... hehe ;p Aduhai Umno-no-no....
  • Jamaliah Ariff · Top Commenter · 56 years old
    "Pejuang Umno tidak perlu merasa berdosa dan bersalah berada di atas landasan perjuangan Umno kerana parti berjanji untuk terus membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya," katanya. .......... ooo baru ku tahu ahli UMNo ramai yang tidak yakin dengan perjuangan UMNO....

    "Sepanjang 66 tahun Umno memperjuangkan Melayu dan Islam, Umno tidak pernah menganiaya mana-mana kaum. Inilah keadilan dan kesaksamaan Umno........... bila lak UMNo 66 tahun 2012-1988 = 24 tahun....... oooopss lupa lak.... UMNo.... agama pun dia spin..... spin sejarah mudah sangat bagi UMNo Be End......
    • Muhammad Norhafiz Hashim · Top Commenter
      Aduhai Malaysiaku...
      Team Umno mcm Team F1 laa... Mcm Mercedes Petronas AMG F1 Team, dia ambil team tahun 1954, sedangkan diaorg baru je tubuh team tu pada 2010, jadi dia org pun boleh menyambut ulangtahun mereka ke 58 tahun jugak laa kan... hehe ;p
  • Mat Top · Top Commenter · K
    Perjuangan suci UMNO dipertahankan? Suci yg macamana tu? Adakah Rasuah, komisyen, pembahagian harta negara hanya kepada kroni, menggunakan jentera kerajaan dan peralatan kerajaan sebagai bahan kempen UMNO secara terang-terangan, memutarbelitkan undang undang untuk kepentingan sendiri seperti menguburkan UMNO lama dan menghidupkan UMNO baru, memberi kewarganegaraan kepada PATI dgn secara mudah dan bermacam-macam lagi kejahatan yg diketahui secara terang oleh rakyat masih dikira suci, Mat top beranggapan tidak perlu lagi penjara dan Mahkamah di negara ini, kerana tidak ada yg tidak suci lagi semuanya sudah menjadi suci mengikut kacamata UMNO. Mungkin yg tidak suci hanyalah jika ada tunjuk perasaan atau demonstrasi yg dilakukan oleh pembangkang. Manakala yg dilakukan oleh penyokong kerajaan tetap dikira suci. Patutlah Najib dan Udin Sembab tak dapat menjawab soalan mengenai Najis yg dikemukakan oleh budak sekolah rendah, kerana mengikut Udin, apa-apa saja yg beri kebaikan pada UMNO dikira suci, manakala yg memudaratkan UMNO barulah dikira tidak suci.
    • Muhammad Norhafiz Hashim · Top Commenter
      Suci laa tu... Jangan la kita pertikaikan, nanti dia kata kita halang demokrasi pulak... Biar Org2 Umno ni meroyan, lepas ni tak dpt tgk dah... hehe ;p...
      Aduhai Bangsaku...
  • Mohd Rejab Ahmad · · Top Commenter · ICTC
    Dibelasahnya Pakatan supaya perwakilan dari sayap umno tidak membincang keserabutan yang terdapat dalam UMNO.
  • Borneo Menggugat · · Top Commenter · Kota Kinabalu
    tahukah anda apa itu PERJUANGAN SUCI UMNO ???
    he.he.heeeeee ...... UMNO TAK FAHAM LANGSUNG MAKNA PERKATAAN SUCI BROOOOO
    merompak = suci
    menipu = suci
    merasuah = suci
    bela kroni = suci
    • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
      bela lembu lagi suci bro...sebab ada kaum anggap lembu antara paling suci..
      siap bagi kondo...ini lah antara perjuangan dalam parti suci umno...hehe
  • Zainuddin Junoh · Top Commenter · UTM Skudai, Johor
    Suci,hang kata suci?........Mari kita pie masjid-masjid dengar kuliah supaya dapat bezakan yg mana suci. Apa itu suci,bersih,kotor,najis dan sebagainya.
  • Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganu
    haaaa?....perjuangan suci??...huhuhu......
    dah dia kata suci tak kan kita nak kata lain plak.....suci pun suci lah....
    Parti dia ikut suka dialah nak kata apa pun......lawan tetap lawan..
    • Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganu
      Jika perjuangan suci mestilah pemimpin juga suci.....org yg tak suci mana boleh jaga benda suci....bila dia suci yg lawan dia mesti dianggap tak suci...jangan jadi macam ayatollah dah ler....pesan Dr Asri..
  • Asri Aris Mohamed · · Top Commenter · Kuli at Penarek Becha
    umno suci atau spt najis mughalazzah?najib boleh bagi satu contoh najis mughallazzah.
  • Msia Free · · Top Commenter · University of Oxford
    Perjuangan SUCI..MUCI.. TULUS.. MULUS..PULUS???.Kkkkk..Syangkan Negara bermakna syangkan Tanah dan Air tempat tumpah darah..Siapa yg jual tanah..siapa yg jual air..siapa yg jual melayu? Penjuangan Penyamun khianati amanah bangsanya sendiri..
  • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
    aku dah tak tahu macam mana nak comment...sebab parti umno dah terlalu suci
    dari segala dosa...parti paling suci dalam dunia..rank no.1 dalam dunia..
    aku cadang parti umno tukar jadi PARTI SUCI NEGARA ATAU ( PSN )..
    kalau tiada siapa LIKE mana nya semua setuju lah...sekian terima kasih..
    selamat bersidang
  • Jerry Adam · Top Commenter · Sedaya College
    Pejuangan Suci....Allahuakbar...contradict sungguh ucapan itu dgn apa yg pemimpin UMNO laknat ni buat...pandai2 lh rakyat Malaysia pagkah bila tiba PRU13 ni
  • Faiz Voo Fasirul · Top Commenter · Unittar/OUM
    hahhahahah perjuangan suci demi suku sakat & kroni dengan merompak hak bumiputra lain............
  • Akmalhakim Bin Mohamad ·
    yang busuk d anggap suci...da nak rapuh masih nak pertahan kn lg,,,jahanam la kamuu amenoo...tukar2!!!
  • Nurul Izzati · Top Commenter · Works at Student
    suci dlm debu ke? kesian abg din aku pun nak jadik PM gakkk..hihi..
  • Mohd Asri Ismail · Top Commenter · SPVM
    SUCI DALAM DEBU KER ..... DENGAN RASUAH NYA DLLL
  • Prince Eustary Zahirulhaq · · Top Commenter · Works at TAD AIR ITAM · 148 subscribers
    sejarah xmungkin berulang!!
  • Merpati Putih · TokyoDisneyLand
    cakap nda srupa bikin,kalaw sistem sosial islam,knapa perlu ada kilang arak???tapak prjudian d genting dan berhala trbesar d sunway piramid????UMNO lakunan semata mata.....marilah kita bersama mendukung KHILAFAH dan syariah...
  • Ahmad Albab · 37 years old
    taik kucingbetui ha ha ha ..tak ada apa agenda langsung kutuk,ngumpat, caci adu domba ,yang dengar semunya kayu @lembu ha ha ha
  • Ezni Uzainie · Top Commenter · University of Pune
    Beginilah jadinya bila agama dikesampingkan..bercakap ikut sedap mulut je..iman dan takwa langsung xde dalam diri.
  • Arai Zdin · Top Commenter · Sultan alam shah islamic college
    Suci? "bole Dato' Seri bagi contoh najis mughallazah?" ingat lagi soalan budak sekolah ni kpd Dato Seri yg terpinga2...

9 orang berkata:

Unknown said...

coach outlet online
jordan shoes
tiffany jewellery
ralph lauren uk
pandora charms sale clearance
louis vuitton
canada goose outlet
ray ban sunglasses
oakley sunglasses wholesale
louis vuitton
20170114lck

Unknown said...

ysl handbags
michael kors handbags outlet
hollister clothing
ed hardy
ray ban sunglasses outlet
true religion
kate spade
mcm outlet
replica watches
under armour
20174.15wengdongdong

Unknown said...

bottega veneta
air max
mulberry
doudoune moncler
weitzman shoes
air jordan
hollister clothing
mont blanc pens
mac cosmetics
montres
2018.1.6chenlixiang

raybanoutlet001 said...

coach outlet
louboutin shoes
polo ralph lauren
coach outlet
carolina jerseys
polo ralph lauren
lions jerseys
oakley sunglasses
new england patriots jerseys
colts jerseys

Unknown said...

www0518

canada goose outlet
polo ralph lauren
yeezy boost 350
polo ralph lauren
cheap snapbacks
cheap jordans
pandora charms
stephen curry shoes
michael kors outlet
nike foamposite

Unknown said...

zzzzz2018.6.15
ralph lauren uk
polo ralph lauren outlet
basketball shoes
fitflops
true religion jeans
pandora
giuseppe zanotti sneakers
christian louboutin shoes
pandora charms
christian louboutin shoes

yanmaneee said...

yeezy 350 v2
golden goose sale
giannis shoes
jordan shoes
nike react
bape clothing
bape hoodie
yeezy boost 350
longchamp handbags
hermes handbags bag

yanmaneee said...

stone island
kawhi leonard shoes
golden goose
moncler jackets
golden goose
air jordan
curry shoes
yeezy 500 blush
lebron james shoes
bape clothing

yanmaneee said...

moncler jacket
moncler
off white shoes
supreme clothing
curry 8
lebron 17 shoes
curry shoes
supreme clothing
golden goose shoes
supreme t shirt

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.