Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Adnan Yaakob: BN Pahang yakin menang 13 kerusi Parlimen

28 November 2012
adnan yaakob
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob
KUALA LUMPUR - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) Pahang dapat memenangi sekurang-kurangnya 13 daripada 14 kerusi parlimen negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Adnan yang juga Pengerusi BN Pahang berkata, satu lagi kerusi parlimen berada dalam situasi 50-50.


Mengenai kerusi dewan undangan negeri (DUN), BN Pahang yakin dapat menguasai 40 daripada 42 kawasan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Mengenai Memudah Cara Peningkatan Masyarakat (FSU), di sini hari ini.


Pada pilihan raya umum 2008, BN kalah di dua kerusi parlimen iaitu Kuantan dan Indera Mahkota kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan lima kerusi DUN iaitu Triang dan Tras kepada DAP, Beserah dan Kuala Semantan (Pas) serta kerusi Tanah Rata kepada calon Bebas.


Bagaimanapun, wakil Bebas Ho Yip Kap kemudian menyertai BN menerusi parti Gerakan.


Mengenai kerusi parlimen yang berada dalam situasi 50-50 itu, Adnan berkata: "Kalau kita lebih lagi mendekati rakyat, Insya-Allah kita akan dapat 14 (kerusi parlimen)," katanya.


Beliau juga melihat BN Pahang berpeluang menggoyahkan dua kubu kuat DAP di DUN Triang dan Tras.- Bernama



 
 
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.