Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified



Perhimpunan Agung Umno (PAU2012) secara rasmi bermula hari ini pada pukul 3 petang dengan taklimat daripada Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Taklimat tertutup itu akan dihadiri oleh kira-kira 3,000 pemimpin parti termasuk ketua bahagian dan ketua-ketua sayap, yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Berikutan perhimpunan ini akan menjadi yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang, Datuk Seri Najib dijangka menyentuh mengenai isu-isu yang berkaitan agenda pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Pada pukul 8 malam, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin secara serentak akan membuka perhimpunan agung Pemuda Umno, Wanita dan Puteri. Perhimpunan Agung tiga sayap Umno dimulakan pada Rabu, diikuti oleh perhimpunan agung parti itu pada Khamis. Seramai 991 anggota perwakilan bagi setiap sayap parti itu akan bersidang dan mengemukakan agenda masing-masing sebelum perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 pada Khamis.

Seramai 52 delegasi mewakili 20 parti dari 18 buah negara di peringkat antarabangsa juga telah mengesahkan kehadiran ke perhimpunan kali ini sebagai pemerhati dan menyertai Forum Antarabangsa 2012. Persidangan Agung Umno kali ini juga akan menyaksikan seramai 1,782 wartawan dari 102 buah agensi media melibatkan media cetak dan elektronik selain media baharu termasuk blogger dan portal berita online akan bertugas sepanjang persidangan berlangsung.

Perhimpunan ini bukan sahaja dilihat sebagai medan pilihan raya umum ke-13 malah sebagai platform untuk memperkemaskan lagi parti dalam usaha meyakinkan rakyat. Adalah harapkan ialah perhimpunan kali ini kita tumpukan mengenai halatuju dan arah perjuangan UMNO itu dapat diperkemaskan dan secara tidak langsung dapat meyakinkan rakyat. Ianya merupakan medan bagi melihat persediaan sayap dalam membantu parti menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang yang mana peranan semua pihak baik Pemuda, Wanita atau Puteri sebagai jentera parti akan terus diperkukuhkan agar dapat menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya membantu parti memenangi pilihan raya.

Perhimpunan Agung UMNO 2012 merupakan medan di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amanat dan mandat terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Semua pihak mengharapkan agar semua pemimpin UMNO dapat menterjemahkan amanat yang dibacakan oleh Perdana Menteri selepas pulang ke kawasan masing-masing kelak. Perhimpunan ini juga merupakan platform yang mana semua perwakilan harus bangkit dan berani menyuarakan semua idea-idea yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama sekaligus menangkis kenyataan-kenyataan retorik pembangkang.

Kita harap sangat perhimpunan kali ini jangan dijadikan seperti karnival jualan, pesta akhir tahun  ataupun tempat mengasah bakat untuk bergelar pemidato, tempat untuk mengampu pemimpin tapi perhimpunan kali ini harus menjadi gelanggang  membuktikan bahawa UMNO telah benar-benar berubah. Mereka tidak lagi dihantui mimpi ngeri 2008 dan PAU 2012 benar-benar menyerlahkan keyakinan untuk berdepan dengan cabaran PRU13 dan memenanginya.

Kita mahu melihat perhimpunan kali ini adakah UMNO sudah benar-benar pulih dari peristiwa tsunami 2008 yang begitu banyak undi protes terhadap calon-calon yang diketengahkan dan adakah UMNO sudah benar-benar mengambil pengajaran daripada peristiwa itu atau mereka masih leka dengan mengharapkan rakyat tahu membezakan parti yang memerintah dan yang membangkang.

Kita juga mahu melihat satu deklarasi diterjemahkan bahawa semua ahli UMNO bersedia untuk berkerja dengan parti dan bukan berkerja kerana apa yang parti dapat berikan malah semua ahli baik perwakilan, pemerhati dan seluruh Majlis Kerja Tertinggi UMNO harus menjadikan perhimpunan UMNO ini sebagai perhimpunan yang paling keramat. Jika ada perkara-perkara yang perlu disingkirkan,mianya harus disingkirkan jauh-jauh sebelum menjadi barah bernanah yang boleh membantutkan usaha UMNO mempertahankan kerajaan. Selamat bersidang buat semua perwakilan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.