Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JAHATNYA MENUMBANGKAN HARAPAN RAKYAT



LAGI KERJA PEROMPAK DAN MELANUN

Panas Berapi: Papan Iklan ‘Harga Minyak Turun, Pakatan Harapan Rakyat’ Roboh Digergaji Atas Arahan SUK Perak.. Jom Terjah!!!




PETALING JAYA 27 November: Semua pihak yang bertanggungjawab merobohkan papan iklan KEADILAN di Lebuh Raya Utara Selatan akan diheret ke muka pengadilan, kata Pengarah Kempen Pilihan Raya KEADILAN Perak, Shahbudin Abdul Khatab.

Papan iklan yang tertera gambar Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan slogan ‘Harga Minyak Turun, Pakatan Harapan Rakyat’ itu didirikan pada 20 November lalu, di Kilometer 383 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran kawasan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Behrang.


Ia dibina oleh Shahbudin di atas tanah miliknya. Menurut Shahbudin, kejadian tersebut disedari beliau pada 4.30 petang Sabtu lalu, apabila mendapati pagar antara sempadan papan iklan dan lebuh raya dirobohkan.

“Saya dapati tiang papan iklan turut digergaji,” jelasnya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Beliau percaya perobohan itu atas arahan pimpinan Umno BN.

Tindakan yang dibuat kira-kira jam 11.00 malam pada hari tersebut juga didapati menggunakan jentera kerajaan apabila Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak sendiri mengarahkan anak syarikat milik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Propel Berhad (Propel) agar merobohkan billboard yang didirikan di atas tanah persendirian itu.

Propel merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara lebuh raya milik Plus itu.

“Saya memaklumkan kepada Propel Slim River dan terkejut dengan dakwaan Propel yang menyatakan pihaknya terpaksa merobohkan papan iklan tersebut atas arahan dari Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata Shahbudin.


“Laporan polis telah dibuat pada malam kejadian, 25 November, jam 1.35 pagi. Kita mahu polis siasat dan bertindak segera ke atas pencerobohan tersebut.

“Kita juga menuntut ganti rugi kepada pihak yang berkenaan antaranya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Daerah kerana merobohkan pagar dan papan iklan yang saya dirikan di tanah milik saya,” sambung beliau.


Naib Pengerusi KEADILAN Negeri, Madhi Hasan yang hadir sama dalam sidang media itu menempelak tindakan kerajaan menghalang kempen tersebut.

“Apakah dengan hanya pemasangan satu papan iklan ia telah menggugat kestabilan negara?,” soalnya.

“KEADILAN melihat ini adalah manifestasi dari ketakutan luar biasa pihak berkuasa Umno dalam menghadapi kebangkitan rakyat.

“Jelas, Umno BN sedang meneruskan budaya politik samseng yang kotor dan tidak bertamadun,” kata Madhi.

Sementara itu, Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty menggesa Umno BN menghentikan strategi politik kotor terhadap pembangkang.

“Sesungguhnya, pemikiran dan kematangan rakyat telahpun jauh berubah. Marilah kita bersama mengamalkan budaya politik waras dan beradab,” katanya dalam kenyataan.

Iklan tersebut merupakan satu program awal KEADILAN untuk mendirikan papan iklan serupa di tempat-tempat strategik yang dikenal pasti di seluruh negara untuk memberi penjelasan mengenai perjuangan Pakatan Rakyat dalam membela nasib seluruh rakyat seperti mana yang tertera dalam Buku Jingga. ~kd










0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.