Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Umno Johor: Kurangkan cakap, fokus pertahan negeri
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
30 November 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
KUALA LUMPUR - Johor membulatkan tekad, meski pun digelar sebagai kubu kuat Umno-Barisan Nasional sejak sekian lama, "akan terus kurang bercakap", sebaliknya lebih fokus untuk memberi hadiah kemenangan kepada Umno-Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Wakil Johor, Datuk Samsul Bari Jamali dari bahagian Ayer Hitam berkata, untuk tujuan itu, ahli Umno harus menjauhkan sikap-sikap sombong, takbur dan sengketa sesama sendiri yang akhirnya akan menjadi punca kejatuhan parti itu.


"Jangan kita bermegah dengan nostalgia lalu, yang di hadapan adalah cabaran kita bersama...


"Jangan sampai parti yang dianggap keramat ini tersungkur kerana kita sendiri," katanya. 
 

Menyifatkan Perhimpunan Agung Umno kali ke-66 kali ini begitu signifikan menjelang PRU13, Samsul berkata, jika benar Umno dan Barisan Nasional mahu terus mentadbir tanah bertuah ini, maka usaha berterusan harus dilakukan.

"Johor telah bersedia dalam usaha untuk mempertahankan yang sedia ada, namun masih belum berpuas hati," ujar beliau. 


Johor merupakan salah satu negeri simpanan tetap Umno-Barisan Nasional yang kini diintai pembangkang.


Pas umpamanya secara terbuka akan meletakkan Naib Presiden parti itu, Salahuddin Ayub untuk bertanding di Johor dalam pilihan raya umum akan datang. 


Salahuddin tidak menolak kemungkinan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Serom dalam PRU13, yang kini disandang Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.


Menurutnya, beliau kini bersedia untuk menentang pemimpin nombor satu di negeri itu sekiranya pucuk pimpinan parti mengarahkannya untuk bertanding di Dun berkenaan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.