Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UCAPAN YANG TIADA ASAS PERJUANGAN LANGSUUUUUNG !


 LEMBAB DAN SEMBAB

Selasa, 27 November 2012

PAU : Ucapan Muhyiddin Tiada Apa-Apa Pembaharuan

Ternanti-nanti juga sore tadi untuk mendengar apakah isi ucapan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin sewaktu merasmikan serentak persidangan pemuda, wanita dan puteri parti itu. Memandangkan inilah persidangan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 sudah tentu Muhyiddin serius didalam ucapannya menyuntik semangat dan memberi pesan dan amanat kepada lebih 3,000 ahli sayap-sayap Umno itu.
Muhyiddin: Hanya hero Pak Pandir.
Dirasakan tidak ada masa untuk Munyiddin bersenda ataupun memukul pembangkang tetapi lebih melihat ke dalam menguatkan jentera dan persiapan parti sendiri. Muhyiddin juga akan memberi sesuatu buah atau idea baru untuk difikirkan oleh ahli parti itu. Juga ucapannya itu akan membangunkan pemikiran orang diluar ataupun akan membuat semakan terhadap keputusan yang mereka sudah buatkan hari ini.

Muhyiddin atau Umno tahu bahawa lebih 50% rakyat sudah membuat keputusan untuk mereka persembahkan didalam pilihan raya umum kelak. Apa lagi anak-anak muda yang dilihat mendahului kesimpulan orang dewasa sekarang ini kerana mereka mendapat maklumat lebih awal dan meluas tentu Muhyiddin obses kepada situasi itu.

Justeru saya mengira Muhyiddin akan menjawab satu persatu mengenai tuduhan pembangkang kepada kerajaan yang diecerkan di dalam ceramah dan juga alam siber. Banyak isu-isu yang membelit rakyat yang perlu dijelaskan atau pun membuang kusut masai pemikiran rakyat terhadap apa yang dilemparkan oleh pembangkang itu. Antaranya ialah isu penyelewengan dan rasuah, mengenai pembelian kapal selam, NFC, pemberian wang RM40 juta kepada Umno Sabah dan macam-macam lagi.


Begitu juga tuduhan bahawa kerajaan UBN tidak adil atau pun mengkhianti bangsa dan negara. Pendedahan ribuan ekar tanah rezab Melayu yang diambil untuk pembangunan tidak diganti sampai kini, begitu juga dengan pengambil tanah kerajaan di ibu kota diberikan kepada syarikat kronis untuk dimajukan; ia memerlukan penjelasan dan ketegasan dari kerajaan.

Isu-isu itulah yang perlu diungkit oleh Muhiyiddin untuk mendapat perhatian dan dibahaskan didalam sidang masing-masing nanti. Tetapi sayang isu-isu atau perkara pokok yang menyentuh pemikiran umum itu tidak tersebut oleh Muhyiddin. Apabila Muhyiddih mendiamkan isu-isu tiu ia seolah-olah mahu menyembunyikan isu rakyat berkenaan dari dibahas. Ternyata tindakan itu salah dan tidak bijak kerana semua isu itu telah tersumbat kesekian lama dalam kepada orang ramai termasuk juga yang mendengar ucapannya di PWTC dan mereka memerlukan penghuraian secara langsung mengenainya.

Begitu juga masalah perubahan besar sokongan orang bukan Melayu khasnya Cina sepatutnya menjadi fokus kepada Muhyiddin didalam ucapannya. Beliau tidak saja setakat mendakwa sokongan Cina dan India sudah pulih tetapi perlu mengemukakan bukti dan faktanya. Tanpa fakta orang hanya boleh mengangguk kepada Muhyiddin tetapi tidak mempercayainya.

Lantara itu beliau perlu mengajak perwakilan Umno bagaimana untuk menyakinkan kepada konsep pembahagian kuasa yang cuba hendak ditonjolkan itu. Setakat menyebut Umno melaksanakan konsep pembahagian kuasa ia tidak mencukupi tanpa dihurai dengan bukti-bukti ataupun pengikhtirafan dari orang Cina, India dan lkaum ethnik lain.

Orang Cina sudah lama memerhati dan merasai sejauh mana kebermaknaan konsep berkenaan. Konsep berkongsi kuasa yang dijulang Umno itu diperika oleh mereka. Kenapa mereka lari dengan menyokong PR dalam pilihan raya lalu ialah kerana kepincangan dan kosnep itu yang tidak dapat memenhui kehendak mereka. Umno hanya pandai menyebut dan mengarapkan konsep yang itu tetapi tidak jujur dalam melaksanakan. Orang Cina juga sedar kalau semasa Melayu Umno tindas dan tipu apa lagi mereka.

Apa yang berlaku ke atas rakyat Kelantan adalah satu dalil besar kepada orang Cina untuk melihat sejauh mana validnya konsep kongsi kuasa berkenaan dan keadilan kerajaan ditulangi Umno. Penganiayaan dilakukan ke atas Kelantan senantiasa dipantau oleh orang Cina.

Lantaran itu apabila Pakatan Rakyat membentang ekonomi yang adil, pemilikan harta dan khazanah negara yang sama rata, bermaufakat untuk maqsa depan negara tanpa meninggalkan asas perjuangan Melayu membela agama, mempertahankan bangsa dan menjaga negara, orang Cina berduyung-duyung untuk menyokong Pakatan Rakyat. Mereka sudah tentu merasa sangsi kepada Pakatan Rakyat tetapi atas dasar tidak salah kalau mencuba sesuatu yang baru, nampaknya mereka sudah nekad.

Permasalahan dan fenomena itulah yang sepatutnya dilontarkan Muhyiddin didalam ucapannya selama lebih satu jam itu. Tetapi malang ucapan beliau tidak membawa apa-apa pembaharuan. Walaupun sesekali beliau cuba selitkan dengan jenaka dan pantun tetapi ia tidak sedikit pun menyengat dan menggugah minda.

Bagi mereka yang menanti sesuatu dan kejutan amat kecewa dengan ucapan itu. Apa yang dilontar oleh Muhyiddin itu adalah isu-isu yang sudah digental dan digumpal oleh media massa PB sejak berbulan-bulan lalu. Muhyiddin hanaya mengulang dan membaca perkara yang sama.

Mendengar ucapan Muhiyiddin membelasah, merendah dan menyinis Pas dan PKR tadi khasnya Anwar Ibrahim tak ubah seperti membaca keratan-kerAtan akhabr lama Utusan Malaysia dan Berita Harian saja yang ditampal di papan kenyataan di ibu pejabat Umno.  Semua benda, iaini serrangan ke atas Pas dan Anwar itu sudah pun ditulis beribu kali oleh media massa PB.

Menyimpul ucapan Muhyiddin itu ia memberikan rasa selesa untuk Pas dan Pakatan Rakyat. Pas dan Pakatan Rakyat boleh tidur lena kerana mereka tidak perlu berhadapan dengan bentuk dan idea serangan baru. Bagi saya tidak sampai 5% orang yang berdiri di luar dewan PWTC itu tertarik dan merenung apa yang dilontarkan oleh Muhyiddin apa lagi untuk didiskaskan esok harinya. Sebaliknya apabila beliau membelasah Pas, membelasah Anwar, mungkin itulah menyebabkan ada perwakilan menguap dan menggeleng kan kepala meghalau katuk menyebabkan orang akan menyifatkan politik Muhyddin juga sama dengan politik bapa Mahafirau iaitu berdendam dan mengamalkan politik syaitan.

Pengkahiran ucapannya dengan berdoa dan laungan takbir tiga kali tidak juga menyentuh jiwa dan perasaan dan membuatkan orang merasakan Muhyiddin jauh Islamik dari Najib. Bahkan apa dibuat itu namnpak janggal dan sumbang kerana ia dilafazkan dengan rasa munafik. Hanya malam ini Muhyiddin boleh tarik selimut kerana dia sudah melaksanakan tanggungjsawsab sebagai timbalan presiden yang ditradisikan itu kena merasmikan perhimpunan tiga sayap parti. Dan malam ini dia telah melakukan tanpa ada apa-apa getaran dan keterjuaan kehebatan ideanya.

Muhyiddin hanya sebagai Muhyiddin yang menjadi hero kepada Mahathir kerana sanggup patuh kepada suruhan Mahathir agar membuat kenyataan supaya Abdullah BAdawi berhenti. Itu saja. Lusa kita dengar pula apakah kejutan dan idea baru dari Najib RAzak, atau ianya lebih kurang sama sahaja nada dan subjek yang akan dilontar.

MSO

1 orang berkata:

Anonymous said...

Persembahan agak kurang berinspirasi dan didapati kurang disuntik dgn vitamin berstamina sbg pendorong dlm menyahut cabaran PRU13. RD

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.