Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA LAGI SELEPAS INI ?

Surat ICAC menunjukkan Musa dibersihkan dari tuduhan rasuah Disember lalu

November 27, 2012
 
KUALA LUMPUR, 27 Nov — Penguatkuasa anti-rasuah Hong Kong menulis secara peribadi kepada Datuk Musa Aman pada Disember lepas untuk memaklumkan Ketua Menteri Sabah itu bahawa beliau tidak lagi disiasat untuk tuduhan rasuah RM40 juta — sumbangan kepada Umno negeri tersebut, menurut surat yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.

Dalam surat pada 22 Disember 2012, Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) menjelaskan kepada ketua menteri itu mereka memulakan siasatan selepas menerima aduan terhadapnya, sambil menambah bahawa ini dikehendaki oleh undang-undang Hong Kong berkenaan dengan rasuah.

Tetapi agensi itu berkata bahawa selepas melengkapkan siasatan dan memfailkan laporan kepada Jawatankuasa Semakan Operasi (ORC), kedua-dua jawatankuasa dan Pesuruhjaya ICAC bersetuju untuk tidak meneruskan lagi penyiasatan “di atas asas fakta sudah diketahui”.

Surat, yang menggunakan kepala surat ICAC, ditandatangani oleh Ketua penyiasat Tso Wai-Yan dan ditujukan kepada Musa (gambar kiri) dialamatkan ke pejabat beliau di Kota Kinabalu. Tiada individu lain diberi salinan dokumen itu.

Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan menunjukkan kepada The Malaysian Insider gambar surat tersebut daripada iPad, sambil berkata satu halaman surat-menyurat boleh mempertahankan Musa dan Umno terhadap dakwaan daripada pemimpin pembangkang mengenai skandal tersebut menjelang pilihan raya akan datang.

Pemimpin Umno negeri dijangka menghadapi persoalan di perhimpunan agung Umno mulai esok, walaupun mengeluarkan penafian pada hujung minggu.

Abdul Rahman menegaskan bahawa surat itu adalah peribadi dan sulit kerana ianya hanya ditujukan kepada Musa, menunjukkan bahawa agensi telah bertindak secara bebas tanpa sebarang gangguan dari pihak luar.

“ICAC profesional. Tiada seorang pun diberikan salinan surat tersebut. Mereka menghormati hak tertuduh untuk kerahsiaan,” Abdul Rahman (gambar kanan) memberitahu The Malaysian Insider

Ahli parlimen Kota Belud pada mulanya berjanji untuk mendedahkan surat pada sidang akhbar Khamis lepas tetapi berkata bahawa nasihat daripada peguam, salinan fizikal dokumen akan disimpan buat masa sekarang dan digunakan sebagai “senjata” Umno Sabah untuk membuktikan Musa tidak bersalah.

Beliau berkata, Ketua Menteri dan Umno Sabah sedang memikirkan tindakan undang-undang terhadap pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, yang kembali minggu lepas dari misi dua hari di Hong Kong untuk menggali maklumat mengenai kes Musa.

“Saya berjanji untuk mendedahkan surat ini tetapi selepas membincangkan perkara itu dengan peguam bagi Ketua Menteri dan Umno Sabah, mereka menasihatkan saya supaya tidak mendedahkan ia kerana akan digunakan jika ada tindakan undang-undang terhadap Rafizi.

“Ia memang satu pilihan. Rafizi melanggar beberapa undang-undang,” kata Abdul Rahman.
Sebagai contoh, ahli parlimen Sabah itu berkata bahawa selain daripada fitnah, Rafizi melanggar seksyen 29 (4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang melindungi identiti seorang tertuduh.

Seksyen tersebut menyatakan laporan yang dibuat terhadap suruhanjaya tersebut, “hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang selain pegawai-pegawai Suruhanjaya dan Pendakwa Raya sehinggalah orang yang tertuduh dipertuduh di mahkamah atas suatu kesalahan  dibawah akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain berbangkit daripada aduan itu melainkan dengan persetujuan Pendakwa Raya atau pegawai berpangkat Pesuruhjaya keatas.”

Rafizi melobi ICAC untuk membuka semula siasatan RM40 juta terhadap Musa, mendakwa kemungkinan berlaku konspirasi oleh SPRM dan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) di sini untuk menangguhkan perkara itu kerana takut memberi kesan pada pilihan raya akan datang.

Musa baru-baru ini dibersihkan daripada pertuduhan penggubahan wang haram RM40 juta, dakwaan mengaitkan beliau dengan peniaga kayu Sabah Michael Chia.

Tetapi menurut Rafizi — kini menghadapi beberapa kes mahkamah bagi kerja-kerja pendedahan maklumat beliau, bukti segar baru-baru ini ditemui dalam kes Musa boleh memberikan sebab kepada ICAC yang terkenal itu untuk memulakan penyiasatan baru.

Raifizi bersama tiga lagi penggubal undang-undang PKR, membuat laporan kepada ICAC Khamis lalu dan menyebnaraikan tiga sebab untuk menggalakkan badan untuk membuka semula kes rasuah RM40 juta Musa dan Chia — tuntutan berasingan daripada dua Ahli Parlimen Sabah bahawa wang bukan satu sumbangan politik kepada Umno seperti didakwa; dan penerimaan kenderaan mewah dari Chia oleh menteri Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, mungkin atas sebab-sebab rasuah.

Pasukan tersebut merancang untuk kembali ke Hong Kong dalam masa dua minggu untuk memberikan lebih banyak bukti kepada ICAC.

Rafizi juga mendakwa khabar angin bahawa keputusan ICAC untuk menutup kes tersebut kerana kekurangan kerjasama daripada SPRM.

Tetapi Abdul Rahman berkata surat daripada ICAC jelas menafikan ini kerana ia menyatakan siasatan dijalankan secara berasingan dan bebas sebelum membuat keputusan untuk menutup fail kes tersebut.

“Saya percaya ICAC menyiasat ini dengan teliti. Ingat, wang yang dipersoalkan datang dari Hong Kong dan ICAC adalah Agensi Hong Kong.

“Mereka mempunyai kuasa penuh dan akses disana,” katanya. Beliau menuduh Rafizi menghina ICAC dan reputasi SPRM kerana agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang tersebut berkredibiliti dan bebas, sambil menambah pengarah strategik PKR itu mungkin menggunakan kontroversi ini untuk mendapat publisiti politik menjelang pilihan raya akan datang.

“Pilihan raya akan datang tak lama lagi dan Pakatan Rakyat (PR) terdesak memerlukan Sabah.

“Mereka tahu Musa melakukan dengan sangat baik di Sabah dan mereka perlu membunuh lelaki ini dalam politik dengan meletakkan keraguan kepada reputasi beliau,” katanya.
Tetapi apabila ditanya jika Umno Sabah sudah bersedia untuk bekerjasama dengan ICAC untuk siasatan kedua, Abdul Rahman berkata Musa dan parti tersebut sanggup berbuat demikian.

Beliau menegaskan semasa siasatan pertama, penyiasat ICAC menyoal Musa di Sabah dan tidak dijalankan secara “kawalan jauh” dari Hong Kong.

“Mereka terbang ke Sabah dan bertemu dengan beliau (Musa),” katanya. Chia didakwa mempunyai kaitan dengan Musa pada April lalu oleh Sarawak Report, yang mendakwa beliau juga meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok, Hong Kong dengan wang bernilai RM40 juta dalam matawang Singapura.

Pada ketika itu, Chia didakwa memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang itu adalah untuk Musa.

Isu ini heboh menjadi tajuk utama sekali lagi bulan lepas apabila Nazri memberitahu Parlimen bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah tentang perkara itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ICAC mendapati bahawa wang tersebut adalah “derma politik” untuk Umno Sabah dan tidak bermaksud untuk kegunaan peribadi Musa.

Tetapi dalam perbahasan berikutnya mengenai isu itu, ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) menegur Nazri kerana mengisytiharkan Musa tidak bersalah tanpa menyediakan bukti ICAC Hong Kong membersihkan ketua menteri dengan kehendaknya sendiri.

Menurut Nazri, bagaimanapun, ICAC telah menutup kes itu selepas SPRM menemui dalam siasatan bahawa wang ditangan Chia bertujuan untuk Umno Sabah dan bukan Musa.

Selepas penafian Nazri, Rafizi mengadakan sidang akhbar di Parlimen mendedahkan apa yang beliau katakan sebagai bukti fotografi bahawa Nazri menerima sogokan daripada Chia untuk membersihkan namanya, dalam bentuk kereta Hummer berharga RM459,000 diberikan kepada anak lelakinya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.