Najib sah PRU13 bukan bulan depan
27 November 2012
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun
Razak dikatakan telah mengesahkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
tidak akan diadakan bulan depan meskipun dalam temu bual sempena
Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012, yang disiarkan kelmarin, beliau ada
mengatakan musim hujan bukan halangan untuk memanggil pilihan raya.
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengatakan perkara ini kepada
ahli-ahli Umno pada majlis Taklimat Presiden yang diadakan di Dewan
Merdeka, petang ini sempena AGM kali ini.
"Datuk Seri Najib sudah mengatakan dengan jelas PRU13 bukan bulan
depan. Beliau berkata 'oleh kerana ini majlis tertutup, saya boleh
memberitahu (anda) pilihan raya bukan bulan Disember'... jadi, pasal
pilihan raya, ini bayangan yang jelas, yang disampaikan oleh Datuk Seri
Najib," kata seorang pemimpin parti kepada Sinar Harian Online.
Majlis Taklimat Presiden merupakan sesi tradisi menjelang AGM parti.
Pemimpin yang enggan namanya didedahkan menambah, Najib secara
berseloroh ada menyebut bahawa "PRU13 akan diadakan tahun depan" sambil
merujuk kepada tempoh sama ada antara Januari atau April, atau "dalam
tempoh dua bulan selepas itu."
"Kita ada antara Januari dan April dan tambahan 60 hari lagi... itu
kata Datuk Seri Najib," kata seorang lagi pemimpin bahagian merujuk
kepada tempoh dua bulan yang diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) untuk menentukan tarikh pilihan raya.
"Bukan bulan Disember, pastinya tahun depan," kata seorang seorang lagi pemimpin memetik Najib
Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan. Parlimen
akan terbubar secara automatik selepas itu jika Perdana Menteri tidak
memutuskan untuk berbuat demikian sebelum tarikh tersebut.
Pilihan raya umum terdahulu telah diadakan pada 8 Mac 2008. Sinar Harian Online juga difahamkan agensi-agensi kerajaan
juga telah menarik balik arahan membekukan cuti hujung tahun ini, yang
dikeluarkan sebelum. Maklumat terbaru diterima menunjukkan notis terbaru
dikeluarkan meminta semua cuti dibekukan selepas minggu kedua bulan
Februari.
Penganalisis dan pemerhati menjangkakan PRU13 akan diadakan awal Mac depan selepas sambutan Tahun Baru Cina.
Dalam temu bual terbaru dikeluarkan kelmarin, Najib berkata, "kalau
bulan Disember tak ada 'election', tahun depanlah. Melainkan kita buat
bulan Disember ini. Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik
bot."
Sebelum ini beberapa tarikh ramalan pilihan raya umum sudah pun tersasar.
Najib pada mulanya mencetuskan teka-teki apabila menyebut angka 11 begitu signifikan dalam hidupnya sehingga mengundang tafsiran PRU13 akan diadakan pada tanggal 11.11.11. Tarikh itu sudah jauh meninggalkan kita.
Ada pula yang menjangkakan Parlimen akan dibubarkan Jun tahun ini dengan mengambil kira musim cuti persekolahan, namun ramalan itu juga meleset.
Kemudian, timbul pula ura-ura kononnya pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan. Sekali lagi jangkaan itu silap.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berkata, agensi itu sedia untuk melaksanakan pilihan raya pada bila-bila masa termasuk dalam keadaan cuaca yang buruk.
Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online bulan lalu, Aziz berkata, SPR akan mencari tarikh “paling cantik dalam keadaan yang buruk” jika perlu berbuat demikian.
Lima negeri dikatakan bakal terjejas teruk apabila angin monsun timur laut melanda iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor termasuk Sabah dan Sarawak.
Jabatan Pengairan dan Saliran memberi amaran kepada orang ramai, negara bakal berhadapan risiko banjir besar antara November hingga Mac tahun hadapan.
Najib pada mulanya mencetuskan teka-teki apabila menyebut angka 11 begitu signifikan dalam hidupnya sehingga mengundang tafsiran PRU13 akan diadakan pada tanggal 11.11.11. Tarikh itu sudah jauh meninggalkan kita.
Ada pula yang menjangkakan Parlimen akan dibubarkan Jun tahun ini dengan mengambil kira musim cuti persekolahan, namun ramalan itu juga meleset.
Kemudian, timbul pula ura-ura kononnya pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan. Sekali lagi jangkaan itu silap.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berkata, agensi itu sedia untuk melaksanakan pilihan raya pada bila-bila masa termasuk dalam keadaan cuaca yang buruk.
Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online bulan lalu, Aziz berkata, SPR akan mencari tarikh “paling cantik dalam keadaan yang buruk” jika perlu berbuat demikian.
Lima negeri dikatakan bakal terjejas teruk apabila angin monsun timur laut melanda iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor termasuk Sabah dan Sarawak.
Jabatan Pengairan dan Saliran memberi amaran kepada orang ramai, negara bakal berhadapan risiko banjir besar antara November hingga Mac tahun hadapan.
Negara tidak pernah menyaksikan pilihan raya umum pada bulan Disember. Hanya Pilihan Raya Umum 1999 diadakan 29 November.
Pilihan Raya Umum 1959 diadakan pada 19 Ogos, 1964 (25 April), 1969 (10
Mei), 1974 (24 Ogos), 1978 (8 Julai), 1982 (22 April), 1986 (3 Ogos),
1990 (20 dan 21 Oktober), 1995 (24 dan 25 April), 1999 (29 November),
2004 (21 Mac) dan 2008 (8 Mac).
- Abu Abup · Top CommenterAlah, Malaysia ni selalu hujan. Apesal, nanti takut bila hujan susah nak bawa pengundi hantu naik sampan?
Najib sudah goyang, dia sendiri kata ini ujian paling getir dalam sejarah BN. Nanti kalau BN kalah, bolehlah siasatan yg jauh lebih telus dapat dibuat supaya kita tahu Najib terlibat ke tak dlm pembunuhan altantuya, dlm penyelewengan kapal selam, cincin 24 juta etc. Jawapan kpd berdozen-dozen skandal lain dan berpuluh-puluh bilion duit hilang juga mungkin dapat diketahui.- Abu Abup · Top CommenterSaya baru terbaca berita yg Najib mungkin terpaksa dibawa ke Paris berhubung kes kapal selam setelah peguam Perancis hanya memberi taklimat di Singapura kerana dihalang ke Malaysia. Ayah altantuya juga mungkin dibawa utk memberi keterangan tentang kapal selam tu. Eee, malunya PM mcm ni. Apasal tak keluar kat mutakhir sinar harian. Ini lagi penting dari perhimpunan agung persatuan penyamun-penyamun Melayu itu.
- Hillmy Sallam · Top CommenterLANTAK KO LA NAJIB NAK BUBAR BILA2 PON... YG PASTI LEPAS SAH BUBAR PARLIMEN, PRU13 TI RAKYAT AKAN KARAMKAN UMNO/BN.... KALO BN NAK MENIPU PILIHANRAYA JUGAK... RAKYAT RAMAI2 AKAN BERDOA HANYA KPD ALLAH S.W.T TEMPAT MENGADU SEMOGA BN KO...
- Shaharom Zainuddin Atan · Top Commenter · Works at Self employedPR nak sangat pilihanraya di cepatkan supaya senang nak berehat setelah kalah nanti.
- Ben Karemo · Top Commenter · Uitm arauKalau bukan..bolehlah buat persiapan untuk mengemaskan data data dari SPR...
Bakal Meletop...!! baru je masuk Malaysia, Indonesia & Singapura...... Anda JOIN, tak PANDAI SPONSOR pun dapat pasif income... (cuma tak byk, tp dapat TIAP_TIAP BULAN).. Kalau pandai sponsor: income meletop TIAP2 MINGGU..!! Bonus terus masuk ke akaun Kad Debit anda.. Produk SISTEM TERBAIK..!! Anda ada bisnes apa saja, MLM ke, insurans ke, jual barang di FB..? Sistem kami sediakan landing page FREE, bg autoresponder free.. hosting FREE...!! Jom TEAM UP dengan KAMI: http://mohdaidil.stiforpmy.com/ ?SOURCE=Sinar atau http://www.stiforp.asia/ Mohdaidil/?SOURCE=Sinar (jika bersama group kami, dapat EXTRA Sistem p.o.w.e.r.) - Shariffudin Osman · Top Commenter · UitmOohh jaga2, setan2 PASNGOK ni jenis spesis lidah bercabang, cakap macam orang x ketahuan...meroyan sebab dh nampak akan kecundang, ingat kawan2, tarikh pilihanraya tu hak ekslusif Perdana Menteri....kepala bapak PR pun x de hak utk mencampuri punya....depa tu jenis muka x malu.....hahahaha
- Melayu Bersatu · Top Commenter
- Ulun Tokou · Top Commenter · SMK Sanzac Kota Kinabalu Sabah MalaysiaBlm cukup PATI menampung kebangkitan rakyat...KERANA rakyat malaysia tdk mau undi BN sdh yg undi BN ialah PATI...
- Shariffudin Osman · Top Commenter · Uitm
- Faten Fnaf · Subscribe · 940 subscribersbagus tu tak payah buat pilihanraya guna kuasa yg ada gaduh2 buat apa...
- Ezree Ezry · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
- Kamarul Azman Sapian · Top Commenter · Works at Labourer/Machine OperatorMengapa perlu percaya cakap seorang penipu.
- Shariffudin Osman · Top Commenter · Uitm
- Bee End · Top CommenterAbg ajib nak tunggu sampai kerusi panas menjadi sejuk....lagi lame lagi tenat ler BN kali ni... Dah tak releven nak buat cam mane.....
- Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganunajib pun tak tahu bila PRU13.....yg dia tahu cuma BN akan kalah....kalau boleh najib tak nak buat terus PRU13 tapi apakan daya,terpaksalah buat jugak walaupun dah masuk masa kecederaan.Jangan mintak tambah masa dah lerr....
- Pok Nuss · Top Commenter · Kuala TerengganuTak payahlah kita nak peningkan kepala memikir bila PRU13..Yg pasti jika tidak tahun ni ketemulah tahun depan.Mintak Allah panjangkan umur untuk tambah amal ibadat dan sempat memangkah PR...bagi mereka yg berhasrat nak pangkah BN tu tak payahlah berdoa panjang umur yea....umur panjang kalau tidak dimanfaat untuk kebaikan sia-sia ajer...
nyanyi sikit ehh....walaupun hidup seribu tahun kalau tak berubah apa guunanyaaa..
- Kelantan Original · Subscribe · Admin Specialist at Klate fbUndian secara rawak ini adalah merangkumi sluruh malaysia, bukn hanya khas utk negeri klntan shaja, undian yg kita dpt kat sini menunjukkan sejauh mana golongan yg mampu acces internet pilih selepas melihat perkembangan politik secara terbuka dalam media baru ini, harap undian ini dapat menjadi kayu ukur utk menghadapi pilihanraya sebenar tidak lama lagi, jangn lupa utk SHARE undian ini pada rakan2 utk kita dptkan lagi undi kedua-dua belah pihak.
https://www.facebook.com/questions/445913692131904/ - Tolakumno Tolakbn · Top Commenter · University of Oxfordkasi capat sikit la itu pru 13 kami sabahan sudah tidak tahan dgn perbuatan umno bn di sabah..kawasan majoriti KDM sudah menjadi hak milik PAKATAN PEMBANGKANG,INSYA-ALLAH.ni
kali la - Shariffudin Osman · Top Commenter · Uitm
- Tulunsarayo Morok-orok · National Collegeapalah kmu orang ini meroyan tak tentu pasal, kerna najib x umumkan PRU13...apa masalah nya?
- Lee Hashim · Top Commenter
- Norfariza Samsudin · Top Commenter · Institue teknologi mara?.........tambahan 60 hari.tu masa kecederaan utk sudden death ke?
- Wan Yuzainal · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batassakit jiwa tgk perangai najib
0 orang berkata:
Post a Comment