Perpaduan Umno, Muhyidin, Deepak dan Rosmah
28 November 2012
1 Pendapat
Harakah
Umno mengadakan Perhimpunan Agung mereka mulai semalam hingga 1
Disember ini. Tema himpunan ini dipercayai menjurus kepada kesatuan dan
perpaduan dalam Umno dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Bagi memperkemaskan agenda perpaduan ini, Umno menubuhkan satu
pasukan khas untuk mendisiplinkan ahli-ahli dan pimpinannya, dari
membuat tindakan mensabotaj Umno dari dalam.
Persoalannya, kenapa agenda ini terpaksa dicanangkan Umno menjelang
pilihan raya umum ke 13 ini? Ramai yang berkata, ia berkait rapat dengan
kebimbangan besar Umno sekarang dalam isu ini.
Dimaklumkan juga bahawa, antara punca presiden Umno, Datuk Seri Najib
Razak gagal membubarkan Parlimen walaupun beberapa percubaan dibuat,
adalah kerana isu perpaduan ini. Sampai sekarang, Umno belum berjaya
mencapai kata putus tentang senarai calon-calonnya.
Pun begitu, mahu tidak mahu, pilihan raya perlu diadakan juga
selewat-lewatnya Mac tahun depan walaupun Najib boleh membuatnya selepas
tarikh itu apabila Parlimen terbubar dengan sendiri.
Jika begitu, Perhimpunan Agung ini adalah perhimpunan terakhir
menjelang pilihan raya umum akan datang. Dua minggu lalu PAS membuat
muktamarnya di Kota Bharu iaitu dari 14 hingga 18 November.
Sebenarnya, apakah masalah perpaduan yang berlaku dalam Umno ini?
Ianya tidak lain dan tidak bukan rasa tidak puashati yang membuak-buak
di kalangan pimpinan Umno terhadap Datuk Seri Najib selaku presiden yang
dilihat terlalu bergantung kepada isterinya.
“Bayangkan, Rosmah boleh menyertai mesyuarat Majlis Tertinggi Umno,” kata seorang pemimpin Umno.
Apabila ditanya, betulkah maklumat ini, dia berkata “Tanyalah kepada
mana-mana ahli MT, mereka akan sahkan. Beberapa mesyuarat MT turut
disertai Rosmah.”
Selain faktor itu, faktor tidak berpuashati dengan pendekatan Najib
juga menyebabkan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin dikatakan mahu
mengambil kesempatan untuk menggantikan beliau.
Menurut sumber media, Muhyidin telah berjaya meletakkan
orang-orangnya di kebanyakan media milik Umno iaitu kumpulan Utusan dan
kumpulan Media Prima. (Muka depan Utusan hari ini)
“Di NST, hanya Datuk Jalil Hamid (Editor Pengurusan Kumpulan) sahaja
orang Najib. Di bawah beliau semuanya orang Muhyidin,” kata seorang
rakan media.
Sebab itulah, berita-berita Muhyidin berjaya berada di tempat yang utama dalam media-media milik Umno ini.
Menurut sumber itu, Muhyidin berdiri di atas penyokong-penyokong Tun Dr Mahathir yang berlambak di dalam Umno.
Hatta, SMS beredar sekarang, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan
Mansor juga sudah beranggapan ini adalah sessi terakhir untuk Najib
sebagai Presiden.
Jika Najib gagal capai keputusan 2/3 dalam pilihan raya umum ini, dia
dianggap gagal sebagaimana Pak Lah dianggap gagal. Apatah lagi kalau
kerajaan BN jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan
datang.
Itu senario yang berlaku di dalam Umno menjelang perhimpunan mereka
hujung bulan ini. Apa pula tindakan PAS? Inilah isu yang perlu di
perhatikan.
Ketika perpecahan dalam Umno ekoran pertembungan Dr Mahathir dengan
Tengku Razaleigh Hamzah 1987 dahulu, kepimpinan Allahyarham Datuk Fadzil
Mohd Nor telah membuka pintu PAS seluas-luasnya untuk disertai oleh
pemberontak dalam Umno ini.
Begitu juga apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno. Ustaz
Fadzil telah bertemu sendiri dengan Anwar pada hari beliau dipecat di
rumahnya dekat Bukit Damansara.
Hasil kedua-dua tindakan itu Kelantan kekal bersama PAS sehingga kini
di samping kemenangan besar PAS pada pilihan raya 1999 dan 2008.
Meluat
Pertembungan yang berlaku dalam Umno sekarang agak berbeza dari segi
bantuknya. Ia belum lagi melibatkan pemimpin besar tetapi peringkat akar
umbi dalam Umno.
Mereka mula meluat dengan salah laku dan salah guna kuasa dalam parti itu yang melibatkan segala projek kerajaan.
Sekurang-kurangnya tiga bekas pemimpin Umno yang menyertai PAS dan
PKR (Datuk Tamrin Ghafar, Datuk Yahya Lampong dan Datuk Kadir Sheikh
Fadzil) meletakkan semua kesalahannya kepada Dr Mahathir.
Bagi mereka, Mahathir telah mengubah segala perkara yang selama ini
menyatukan orang Melayu di dalam Umno. Beliau dikaitkan dengan
kepentingan kroni dan sebagainya.
Ketika media menyerang tingkah laku beliau dalam Petronas dan tender
untuk anak-anaknya, secara terbuka tetapi sinis Mahthir beliau menyerang
musuh tegar beliau dalam Umno yang bernama Khairy Jamaludin Abu Bakar.
Hinggakan ada berita yang mengatakan, Khairy sudah menandatangani
watikah perlantikan beliau sebagai timbalan menteri baru-baru ini namun
nama beliau sampai sudah tidak diumumkan oleh perdana menteri Najib,
dikaitkan dengan Mahathir.
Deepak (Muhyidin kelihatan bakal memimpin Umno…di mana Najib.. foto TMI) Pemberontakan sedang berlaku dalam Umno. Masing-masing tidak
berpuashati dan menganggap Umno sudah busuk hingga ke ususnya. Umno
sudah tidak boleh diperbaiki lagi. Siapa saja bakal pemimpin Umno akan
hadapi masalah ini hatta Muhyidin sekalipun.
Namun, Muhyidin yakin dia mempunyai pendekatan yang betul untuk
hadapi musuh utama Umno iaitu PAS. Ucapan Muhyidin di perhimpunan sayap
Umno semalam memberikan indikasi pendekatan yang bakal digunakan
Muhyidin. Jelas, PAS adalah sasaran Muhyidin. Ini kerana Muhyidin tahu
PAS lah bakal merebut pengundi Melayu yang kini menjulang Umno di puncak
kuasa.
Muhyidin kelihatan jelas dengan sasarannya. Ketika Muhyidin berucap
menetapkan halatuju yang ditawarkan beliau kepada Umno, semua media
alternatif termasuk Harakahdaily menyiarkan temubual khas mereka dengan
Deepak Jaikishan, rakan baik isteri Najib, Rosmah Mansor sebelum ini.
(Laporan dari 3 media mengenai kenyataan Deepak semalam) Deepak menjelaskan, beliau sangat rapat dengan Rosmah dan pernah
mendapat peluang perniagaan bernilai hingga bilion ringgit hasil
hubungan tersebut.
Namun kerana salah faham dalam projek besar untuk menyelamatkan Najib
selepas keluarnya Kenyataan Bersumpah (SD) P Balasubramaniam, Deepak
diketepikan.
Bukan sahaja diketepi bahkan disusahkan apabila lebih 50 penguatkuasa
undang-undang negara dihantar ke rumah, pejabat dan kilang milik
Deepak.
Deepak memang mengaku dia dihubungi di tengah malam agar membantu
Najib menghadapi SD Bala itu yang mendakwa Najib ada kaitan dengan
kematian Altantuya Shariibuu.
Deepak berjaya membantu Najib apabila Bala bersetuju membuat satu SD
lain keesokannya dan sekaligus menarik balik SD yang pertama. Bala
membuat U – Turn, dari Najib bersalah kepada Najib tidak bersalah.
Namun, kerana tidak berpuashati dengan janjinya, Bala sekali lagi membuat U-Turn dan mendedahkan kenapa beliau berbuat demikian.
Lalu Deepak dipersalahkan dan 50 penguatkuasa dihantar ke rumah,
pejabat dan kilang beliau. Hasilnya semua dokumen perniagaan yang
berkaitan dengan keluarga PM diambil oleh penguatkuasa itu dan tidak
dipulangkan sehingga sekarang.
Lalu timbul persoalan, kenapa pendedahan ini dibuat ketika Muhyidin
mengajak Umno mengambil pendekatan baru dalam menghadapi Pakatan Rakyat.
Kenapa ia timbul menjelang perhimpunan agung Umno yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.
Pembaca lebih cerdik untuk menyambung analisa ini.
0 orang berkata:
Post a Comment