Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LEBIH BAIK UMNO TUMPUKAN MEMPERBAIKI PARTI

Hishammuddin: Jangan pengaruh taktik kotor pembangkang
ARHIZA AHMAD
29 November 2012
Datuk Seri Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin
 
KUALA LUMPUR - Umno yakin orang ramai tidak akan terpengaruh dengan taktik kotor pembangkang yang cuba memutar belit kenyataan sesetengah pihak bagi meraih sokongan ekoran pandangan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, semalam.

Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana ada pihak yang cuba untuk mengalihkan pandangan kita dengan membawa isu sampingan.


"Ini bukanlah politik matang, tetapi politik kebencian, oleh itu sudah menjadi tugas semua pihak dalam perhimpunan untuk memberikan penerangan kepada ahli dan orang ramai agar tidak terus keliru dengan dakyah pembangkang.


"Apa yang lebih penting kita perlu bersiap sedia, terutama dalam menghadapi pilihan raya yang bakal tiba tidak lama lagi," katanya kepada media di sini, hari ini.


Semalam, Musa mendakwa bahawa Hishammuddin campur tangan dalam setiap urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika beliau menjawat jawatan tersebut.


Hishammuddin berkata, perkara ini telah berkali-kali dibangkitkan oleh pembangkang, malah beliau juga telah menjawab perkara tersebut di Parlimen.


Sementera itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal menyifatkan bahawa ini adalah sebahagian daripada tindakan pembangkang yang menggunakan pelbagai cara untuk membuat tomahan dan serangan peribadi terhada pemimpin Umno.


"Tindakan pembangkang ini umpama manusia yang lemas, ia akan menggunakan apa sahaja untuk dijadikan tempat berpaut walaupun ia ranting.


"Musa seorang yang matang, beliau mempunyai kebolehan, saya percaya ia tidak mudah untuk dipersendakan dan diperalatkan oleh pembangkang," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.