Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPA YANG BERADA DIBELAKANGNYA ?

Beribu banjiri Dataran Tahrir kecam Presiden Mesir

28 November 2012
Mohammed Mursi
Mohammed Mursi
KAHERAH - Ratusan ribu membanjiri Dataran Tahrir semalam - lokasi yang membawa kepada kejatuhan Hosni Mubarak awal tahun lalu sambil menggesa Presiden Mohammed Morsi menghormati kehendak rakyat.

Penunjk perasaan menggesa Mohammed menarik balik keputusannya memberikan kuasa khas kepada diri beliau.

Demonstrasi diadakan semalam sehari selepas beliau mengadakan pertemuan dengan sistem kehakiman negara itu.
 
"Kami minta anda, Presiden, henti daripada lakukan ini demi kepentingan negara," kata seorang penunjuk perasaan dipetik CNN.

Walaupun, kelmarin Mohammed mengumumkan untuk mengehadkan skop kuasa yang diisytiharkan minggu lalu, tetapi ia tidak menamatkan kemarahan penunjuk perasaan.

Jurucakap Pejabat Presiden berkata, keputusan yang diumumkan Mohammed hanya terpakai ke atas urusan-urusan berkaitan dengan kedaulatan negara.

Katanya, Mohammed tidak memberikan beliau kuasa kehakiman, tetapi "hanya menyediakan imuniti ke atas keputusan-keputusan presiden."
 
  • Kamaruddin Kassim · · Top Commenter · Universiti terbuka
    Tuesday, November 27, 2012.
    Rancangan jahat jatuhkan Mursi Didedah - Ehud Barak Letak Jawatan.
    Sebelum Presiden Mursi mengeluarkan keputusan yang mengejutkan dunia pada 22 November, Khamis lalu, satu maklumat yang sahih disampaikan oleh Badan Perisikan Negara bahawa terdapat satu perjumpaan sulit berlangsung antara Hamdin Sobahi, Tihani Gabali (Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan) dan Ahmad Az-Zindi (Presiden Kelab Hakim Mesir). Pertemuan rahsia ini berlangsung di rumah Murtadha Mansour (seorang peguam dan orang kanan Mubarak).

    Mereka berbincang bagi hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan akan bersidang pada 2 Disember akan datang. Dalam sidang, mereka ini merancang untuk hakim-hakim membuat tiga keputusan berikut:

    1) Membubarkan Dewan Senat (Syura).
    2) Membubarkan Panel Penggubal Perlembagaan negara.
    3) Membatalkan Undang-Undang y...See More
    • Tok Fakir · Top Commenter · Kajang, Malaysia
      Twist a bit!

      Apakah laporan perisikan itu boleh di percayai? Bukankah CIA dan MOSSAD pernah menjadi penasihat kepada Mesir Internal National Security atau Pasukan Keselamantan Mesir sejak 30tahun lalu.

      Apakah laporan perisikan ini sengaja di ada adakan supaya Presiden Morsi Hafidzullah membuat decree dengan secara tidak langsung rusuhan dan ketdaktenteraman awam berlaku yang membolehkan tentera mengambil alih kuasa, atau secara paksa Pres akan meletak jawatan?

      Peralihan kuasa bukan bermakna 100% peralihan ideologi.

      My 2cents opinion. WA
    • Ismail Hashim · Works at UNISEL
      maklumat Ustaz saya buat rencana tapi sumbernya sapa? ustaz ke?
  • Nizam 'Mysticmind' Ahamad · · Top Commenter
    Jangan la amik berita dari sumber CNN.. cnn = israel.
  • Akmal Ira · Top Commenter · Kolej Poly-Tech Mara KB '08
    Apa nak jadi? Apa nak jadi? Sampai sekarang merusuh lagi.. Apa nak jadi?
  • Nurul Izzati · Top Commenter · Works at Student
    agenda zionist..
  • Muhamad Azrin ·
    Ah. sudah. ada sesiapa boleh paham kan aku tak pasal benda ni?

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.