Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREKA TIDAK BEBAS

Tun Haniff: Penganjur Bersih 3.0 enggan beri kerjasama
NOOR AZURA SAHRIL
27 November 2012
Mohammed Haniff Omar
Tun Mohammed Haniff Omar - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
 
SHAH ALAM - Penganjur Bersih dan Timbalan Pengerusi Majlis Peguam, Christopher Leong gagal beri kerjasama kepada Panel Penasihat Bebas bagi menyiasat Perhimpunan Bersih 3.0.

Pengerusi panel berkenaan, Tun Mohammed Haniff Omar berkata, kedua-dua pihak gagal hadir meskipun Panel buka peluang dengan menjemput mereka berbincang dan beri kenyataan.


“Panel jemput pihak Bersih dan Christopher Leong, namun beliau enggan tampil beri keterangan atas alasan Panel ini tidak mempunyai asas undang-undang untuk laksana tugas seperti disebutkan,” katanya.


Menurutnya, pihaknya tidak memerlukan asas dan kuasa undang -undang jika semua pihak beri kerjasama dengan tujuan Panel untuk mendapatkan gambaran mengenai apa yang sebenarnya berlaku pada 28 April itu.


“Ini kerana kami bukan bertujuan untuk hadap sesiapa ke mahkamah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kali ke-23 panel berkenaan, semalam.


Dengan ketiadaan kedua-dua pihak terbabit, katanya, pihaknya tidak dapat bertukar fikiran untuk mengetahui pandangan mereka serta mendapatkan kenyataan mengenai pelbagai persoalan lain.


Namun katanya, ketiadaan kedua-dua pihak terbabit tidak menghalang Panel merujuk kenyataan mereka melalui laporan media untuk dipadankan dengan keterangan saksi.


“Berdasarkan kenyataan dibuat dalam akhbar akan resolusi mereka, Panel memadankannya mengikut terma dan rujukan dengan melihat keterangan saksi awam, media, anggota polis dan laporan akhbar.


“Bukan bermakna mereka tidak datang, Panel tidak boleh dapat bukti, namun jika dapat berhadapan (bersemuka), itu lebih baik,” katanya.


Mohammed Haniff berkata, pihaknya dalam proses terakhir menyediakan laporan penuh yang mengandungi 10 bab dan dijangka siap hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


Menurutnya, laporan itu antara lain mengandungi penerangan terperinci akan perhimpunan berkenaan, bermula dengan kronologi dan syor untuk penambahbaikan kepada semua pihak yang terlibat.


“Panel berpuas hati dengan laporan dan dijangka dapat beri gambaran lebih tepat dan jelas kejadian sebenar pada 28 April lalu,” katanya.


Ketika ditanya sama ada hasil laporan akan didedah kepada orang awam, beliau berkata, keputusan perkara itu akan dibuat oleh menteri.


Sepanjang siasatan, katanya, 44 saksi terdiri daripada 23 anggota polis, sembilan wakil media, empat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan empat wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dua wakil Syarikat Prasarana Negara, tiga saksi awam dan dua peserta perhimpunan telah dipanggil.


Dalam pada itu, beliau meminta kerjasama orang ramai untuk mengenal pasti pemilik dua kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai membawa peralatan khusus untuk mengganggu gelombang telekomunikasi ketika perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu. Sehingga hari ini, kedua-dua kenderaan itu gagal dikesan berikutan alamat terakhir pemiliknya tiada berpenghuni.


Panel diketuai Mohammed Haniff ditubuhkan bagi siasat dan dapatkan gambaransebenar. Anggota lain panel itu termasuk Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Penasihat Undang- Undang Media Chinese International, Liew Peng Chuan dan Ahli Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.