Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SETUJUUUU ! JANGAN ADA PENGUNDI LUAR TENTUKAN POLITIK NEGARA

PUKUL-PUKUL KENA BALIK BATANG IDUNG ! APA HAL KO RANG NIH !

Pemuda Umno kecam perbuatan burukkan negara minta campur tangan asing

28 November 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
KUALA LUMPUR - Seorang perwakilan Pemuda Umno hari ini mengecam perbuatan pembangkang yang suka memburuk-burukkan negara sendiri pada kaca mata dunia semata-mata mahu berkuasa.

Ketua Pemuda Umno Johor Datuk Zulkarnain Kamisan berkata, perbuatan meminta campur tangan asing dalam pentadbiran negara boleh menggugat keharmonian dan kemakmuran negara.


"Tak cukup jelajah dalam negara, mereka menjelajah pula ke luar negara sebagai pengkhianat yang memburukkan negara sendiri. Janganlah kita jadi pemimpin sebegini, menang sorak hari ini, esok lusa negara tergadai," katanya ketika membahaskan usul pada Perhimpunan Pergerakan Pemuda Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.


Beliau yang juga Ketua Pemuda Bahagian Parit Sulong berkata, sikap pembangkang yang sanggup memperlekeh amalan agama Islam dengan isu doa dan fatwa turut mengelirukan umat Islam.


Zulkarnain berkata, semua pihak sepatutnya berpegang kepada konsep saling mengingatkan kepada kebaikan dan menerima sebarang perbezaan dalam usaha memperjuangkan Islam.


Sementara itu, wakil Selangor Latt Shahrizan Abdullah berkata, golongan muda di negeri itu telah bersedia untuk menolak pakatan pembangkang yang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya akan datang setelah sedar kerajaan negeri Selangor tidak langsung mempedulikan mereka.

Ketua bahagian Umno Petaling Jaya Utara itu berkata, rata-rata golongan muda di Selangor yang hampir sejuta orang dan mewakili separuh daripada pengundi, tidak boleh lagi dianggap sebagai 'milik PKR' seperti mana yang diuar-uarkan pembangkang.


Beliau berkata, hakikatnya pengundi muda di Selangor, malah di seluruh negara mula sedar bahawa PKR, Pas dan DAP lebih banyak bertelagah mengenai soal siapa yang lebih layak menjadi perdana menteri. - Bernama

 

PENGUNDI VIP BN BALIK KAMPONG BERCUTI????


Gambar yang dirakam di Myanmar dua hari yang lalu mencuit minda untuk berfikir sejenak.

Apakah dia ini salah seorang pengundi VIP yang bakal tiba dinegara ini apabila PRU 13 nanti????
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.