Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TU LA KERJA HANGPA KAT PARLIMEN SUKA JOLOK-JOLOK

  GATAAAAAI !

 Kenyataan seksis berpunca daripada provokasi, kata Bung Mokhtar

November 27, 2012
KUALA LUMPUR, 27 Nov — Provokasi dicetuskan oleh ahli parlimen (MP) adalah punca kepada kata-kata seksis yang dikeluarkan semasa perdebatan, kata Datuk Bung Mokhtar Radin di Dewan Rakyat hari ini.

MP Kinabatangan itu (gambar) walaubagaimanapun bersetuju dengan cadangan untuk menghalang kata-kata seksis digunakan ketika perdebatan semasa berucap dalam Perbahasan Usul hari ini.

“Cadangan ini adalah baik tetapi pada pandangan saya, sesuatu kenyataan seksis itu timbul adalah kerana sikap sesetengah MP yang suka mencetuskan provokasi.

“Bila ada provokasi, maka akan keluarkan kata-kata yang tidak sihat itu,” kata Bung Mokhtar.

Selain itu, Bung Mokhtar mendakwa terdapat sesetengah MP yang juga berani mencabar keputusan Speaker di Parlimen.

“Kalaulah saya jadi Yang Dipertua, sudah pasti sudah menggantung atau menghalau mereka yang mencabar keputusan itu,” tambah Bung Mokhtar lagi.

MP Kinabatangan tersebut antara individu yang sering mencetuskan kontroversi di sidang Parlimen terutamanya dengan kata-kata yang mengundang kemarahan daripada MP kaum wanita.

Pada tahun 2007, ketika perdebatan hangat di Dewan Rakyat dengan MP pembangkang tentang kebocoran bumbung di Parlimen, Bung Mokhtar berkata: “Mana ada bocor? Batu Gajah pun bocor tiap-tiap bulan juga.”

MP Batu Gajah Fong Po Kuan dan MP wanita lain berang dengan kenyataannya hingga menyebabkan beliau terpaksa memohon maaf.

Pada Mac 2011, Bung Mokhtar berkata semasa debat dalam meluluskan Akta Perbekalan: “Bila wanita membawa kereta perlahan, mereka tidak sedar keadaan trafik. Apabila kita menghon kepada mereka, mereka jadi marah dan tunjuk isyarat tangan kepada pemandu lain.”

Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) kemudian menuduh Bung Mokhtar bersikap diskrimikasi ke atas pemandu wanita dan memberitahu beliau untuk menarik balik kenyataan tersebut.

Semalam, Parlimen telah menerima cadangan untuk menghalang MP dari mengeluarkan kata-kata seksis ketika perdebatan.

Dalam Peraturan Tetap 36 (4) mengatakan: “Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadap).”
Jika diterima, pindaan untuk Peraturan Tetap 36 (4) akan dimasukkan dengan frasa “atau menggunakan kata-kata seksis.”
Cadangan untuk meminda peraturan mesyuarat itu diluluskan oleh Jawatankuasa Peraturan Tetap Parlimen.”

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.