Friday, November 30
Speaker dewan TIBAI sapa pulak dah neh... hehe...
Monyet jatuh masih dipanggil monyet, tapi menteri jatuh…
KUALA LUMPUR: Sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas (2012) yang bermula 24 Sept lalu telah melabuhkan tirainya dengan ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar).
Beliau dengan nada lembut, menceritakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang beliau menjadi Speaker Dewan Rakyat.
Turut memberi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Pandikar Amin Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli bagi mewakili Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron dan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.- Harakahdaily

"Semasa upacara angkat sumpah, saya ada tegur seorang ahli parlimen yang tidak angkat tangan. Waktu itu saya tidak tahu bahawa beliau tidak boleh angkat tangan.
"Saya mohon maaf kepada Bukit Gelugor, lewat itu baru saya tahu beliau tidak boleh angkat tangan," katanya sambil memandang ke kerusi Bukit Gelugor.Beliau juga berkongsi cerita yang pernah diceritakan oleh salah seorang ahli parlimen bahawa hidup seorang ahli politik lebih teruk dari monyet.
"MP itu beritahu saya, kalau monyet jatuh dari setinggi mana pun, di bumi mana pun ia masih dipanggil monyet.
"Tetapi bila seorang menteri jatuh dari kegemilangannya, tidak lagi dipanggil menteri dan YB lagi.
"Jadi fikir-fikirkanlah. Saya pun tidak tahu saya akan jadi pengerusi mesyuarat ini lagi selepas ini," ujarnya.Di akhir ucapannya itu, Pandikar Amin sempat berseloroh apabila menyifatkan ahli parlimen yang berucap 'berapi-api' untuk meminta dicalonkan semula dalam PRU nanti.
"Sewaktu berbahas ada yang berapi-api ini mungkin minta untuk dicalonkan balik," katanya diikuti ketawa para ahli parlimen.Namun, beliau berharap ahli parlimen yang sedia ada ini menjadikan pengalaman persidangan parlimen ke-12 sebagai panduan dan tidak lupa untuk memberi tunjuk ajar kepada ahli parlimen baru yang dilantik selepas ini.
Turut memberi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Pandikar Amin Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli bagi mewakili Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron dan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.- Harakahdaily
0 orang berkata:
Post a Comment