Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Musa Hassan: Saya pernah dipelawa masuk politik
MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN & NURUL RIDUAN NORASHAHA
30 November 2012
Tan Sri Musa Hassan
Tan Sri Musa Hassan
SHAH ALAM - Tan Sri Musa Hassan mendedahkan beliau pernah ditawarkan menyertai parti politik selepas bersara daripada jawatan Ketua Polis Negara dua tahun lalu.

Tanpa menyebut apakah Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat yang membuat tawaran tersebut, beliau berkata, politik bukan jiwanya.


Katanya, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik, tetapi akan terus lantang untuk menyumbang memperbaiki sistem pentadbiran negara.
"Saya hanya menegur apa yang tidak kena dengan tindakan kerajaan, termasuklah masalah yang dihadapi polis.

"Apa yang saya tegur ini betul. Saya tegur pasal ada yang tidak betul pada sistem (sedia ada), ada campur tangan pihak tertentu dalam pentadbiran polis. Ini tidak betul," katanya dalam pertemuan eksklusif bersama Sinar Harian, semalam.


Musa menafikan spekulasi yang ditimbulkan akhir-akhir ini yang seolah-olah memperlihatkan beliau sebagai menongkah arus dan berminat menceburi politik.


Katanya, kelantangan bersuara akhir-akhir ini bukan bermakna beliau mahu menceburi bidang politik, tetapi untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat.


"Jika saya menyertai politik, saya akan terikat dengan kenyataan yang ditetapkan mana-mana parti.


"Jadi sukar bagi saya untuk bercakap mengenai keadaan sebenar yang dihadapi rakyat Malaysia," katanya lagi.


Ditanya adakah kelantangannya di akhir-akhirnya menunjukkan beliau gila kuasa, beliau berkata: "Saya tak gila kuasa. Saya dah tak ada kuasa pun (sudah pencen)."


"Saya hanya bercakap benda yang berlaku dan perlu diperbetulkan," katanya.
 
  • Azrul Iskandar Isma · Top Commenter · SMIP
    MANTAN YDH TS IGP.... KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK, TAKKAN TS BERANI BERUMAH DI TEPI PANTAIKAN?????? MAKA, ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN.... GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ABU.... ALANG-ALANG MANDI BIAR BASAH..... BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATA...... SUDAH PASTI TS BERCAKAP BERPAKSIKAN KEBENARAN KERANA ALLAH S.W.T MAHA MENGETAHUI WALAU SEBESAR ZARAH SEKALIPUN APA YANG KITA TUTURKAN...... SEKIRANYA BENAR SEPERTI APA YANG TS KHABARKAN, INSYAALLAH, ALLAH S.W.T BERADA BERSAMA-SAMA ORANG YANG BENAR... INSYAALLAH....TERUSKAN PERKHABARAN GEMBIRA DEMI KEBENARAN DARI TS ITU.....
  • Seterik Farick · Top Commenter · Kuching, Malaysia
    Rasanya memang lebih baik Tan Sri Musa Hasan berada diluar pati. Mudah baginya membetul dan berkata benar. Tiada kepentingan diri atau pati yang diwakili. Namun kalau mengundi nanti pilihlah pati yang menjunjung agama sebagai teras perjuangannya atau sekurang-kurangnya pati yang menyokong perjuangan agama Islam.
    • Shariffudin Osman · Top Commenter · Uitm
      parti mana yang berjuang demi agama ?.......parti yang mengkafirkan dan mendoakan kehancuran orang lain tu parti islam ke?...pemimpin yang menafikan kebenaran mengaku memperjuangkan islam tapi ceramah depa penuh dengan maki hamun.......sementara parti UMNO membina banyak masjid...menanggung kos 5k utk setiap jemaah haji, mewujudkan JAKIM utk orang2 islam, ada parti yang bertopengkan islam tidor sebantal dengan parti rasis yang terang2an menentang hudud dan negara islam itu kah yang hendak dipilih utk memerintah negara....bukan hanya negara akan pincang malah agama islam itu sendiri bakal di persendakan.....
    • Jalak Lenteng · Top Commenter
      Kalau bab maki hamun ni apa kurangnya dgn pemimpin umno. Dlm perhimpunan agomg mereka asyik maki hamun Pas saja.
    • Yusmelaka Pikear · Top Commenter · -
      shariffudin...majlis ugama di surau kena baling selipar...ini mazhab mana..abu dajal ke..selama 55 th umno memerintah dengan majoriti 2/3 ada ke umno sebut bab hudud...bina masjid kos sabenar 2 juta bila siap 8 juta..lagi banyak masjid baru di bina lagi banyak rasuah...ini lah syaitan umno.
  • Syed Munir · Top Commenter
    Saya ucapkan tahniah kpd Tan Sri kerana turut menyumbang kpd transformasi negara dan dgn itu perkara2 yg tidak betul dpt diperbetulkan. Malaysia perlukan org seperti Tan Sri yg tidak terikat dgn mana2 parti politik dan pendapat Tan Sri tidak tersekat2 atau disekat2 apabila menyatakan sesuatu yg Tan Sri fikirkan patut diperbetulkan, sama ada oleh pihak kerajaan, parti politik ataupun yg dekat dgn hati Tan Sri sendiri, the Police Force.

    Apa yg benar tetap benar, apa yg salah tetap salah, on both sides of the fence.

    Keep up the good work. Ramai jugak org PR perasan yg kelantangan Tan Sri mutakhir ini memberi petanda petanda Tan Sri menyebelahi mereka dan akan menyertai mereka. Ternyata mereka salah perasan.

    Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan kesihatan kpd Tan Sri.
  • Muhammad Norhafiz Hashim · Top Commenter
    Aduhai Malaysiaku...

    Apa yg tidak betul kita perbetulkan, teruskan usaha murni ini TS Musa Hassan... Itu yg Rakyat Malaysia nantikan... PRU13 satu detik sejarah bagi kita Rakyat Malaysia generasi kini bagi mengubah keadaan Malaysia akan datang... Adakah lebih baik atau sebaliknya, apa yg Rakyat Malaysia mahukanadalah satu perubahan BESAR yg mampu memberikan keselesaan dan keamanan kita Rakyat Malaysia...

    InsyaAllah...
  • Mior Abdullah · Uitm petaling jaya (luar campus)
    BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH
  • Ben Karemo · Top Commenter · Uitm arau
    tegur benda yang tak baik?kenapa tegur yang ini sahaja...kenapa yang lain2 taknak tegur...memilih juga..

    Bakal Meletop.. baru je masuk Malaysia, Indonesia & Singapura...... Anda JOIN, tak PANDAI SPONSOR pun dapat pasif income... (cuma tak byk, tp dapat TIAP_TIAP BULAN).. Kalau pandai sponsor: income tinggi TIAP2 MINGGU. Bonus terus masuk ke akaun Kad Debit anda.. Produk SISTEM TERBAIK. Anda ada bisnes apa saja, MLM ke, insurans ke, jual barang di FB. Sistem kami sediakan landing page FREE, bg autoresponder free.. hosting FREE.. Jom TEAM UP dengan KAMI: http://mohdaidil.stiforpmy.com/?SOURCE=Sinar atau http://www.stiforp.asia/Mohdaidil/?SOURCE=Sinar (jika bersama group kami, dapat EXTRA Sistem p.o.w.e.r.)
  • Suhaizy Shamsudin · Top Commenter · UiTM Shah Alam
    Salam. "Be a free person, is better... free to talks". Masalah yang sering kali timbul apabila kita menegur pihak yang memerintah, dikatanya kita dah 'masuk pembangkang'. Sebaliknya pula, jika kita mengiakan atau menyokong pihak yang memerintah atas sesuatu isu atau perkara, dikatakannya pula kita penyokong pemerintah. Apa2 pun terpulanglah pada persepsi masing2. Paling penting kita tahu, faham & bertanggungjawab atas apa2 jua yang kita perkata dan lakukan. Wassalam.
  • Mohd Halizal Allias · Kolej ugama sultan zainal abidin
    Alang2 menyeluk pekasam...biar hijaukan putrajaya...meh masuk PAS.....biar terberak UMNO!
  • Ismahaji Abu · Top Commenter
    X payah masuk politik le TanSri..baik jd ahli masjid je..sumbangkan pemikiran dan harta utk kariah setempat..pangkah je pihak yg nak bruseha daulahkan Islam..mudahanx Allah beri ganjaran di akhirat kelak..
  • Moero Attack Moero Attack · Top Commenter · Lenggong
    Masuk PAS lah lagi tenang jiwa.
  • Haji Mohd Yusof Muda · Top Commenter
    Tahniah kerana berani menyatakan kebenaran...semasa memegang jawatan kita terikat dengan tugas...apabila telah bersara kita bebas menyatakan pendapat...apa yang kita lakukan di dunia ini dicatat dalam buku catatan amalan...syukurlah kita dipanjangkan umur sehingga waktu persaraan...sudah lama kita abaikan akhirat kini kita tinggalkan terlalu mengejar dunia kepada mengejar akhirat pula...mudah-mudahan kita menerima buku amalan melalui tangan kanan...
  • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
    aku berdoa semoga segala apa yang tuan lakukan semasa tuan dalam polis
    jika berlaku kesilapan lalu di ampunkan...aku bersyukur kerana tuan telah mendedahkan
    campur tangan umno dalam pentadbiran polis...ini sekaligus mencerahkan
    yang selama ini hanya dengar kata-kata tanpa pengesahan...dengan ini sahlah
    umno manupulasi sepenuh nya perundangan negara...sekian terima kasih..
    assalammualaikum tuan..
  • Abdhalim Hasbi · Top Commenter · UKM
    Beliau dan dunia kepolisan beliau banyak memberi pengalaman dan dari pengalaman itu beliau cuba membetulkan mana2 yg tidak sempurna dan lengkap bagi bidang yg beliau mempunyai kepakaran.
  • Jamaliah Ariff · Top Commenter · 56 years old
    Musa..... Hisamuddin mulut besar kata ko pembangkang?????????
  • Shariffudin Osman · Top Commenter · Uitm
    jawatan tu agak2 sape yang lantik ?.....
    • Yusmelaka Pikear · Top Commenter · -
      shariffudin soalan bodoh tu...Ts ceritakan apa sabenar berlaku keatas Anwar,a kalau ada kesilapan minta maaf pada Anwar,mudah2an di bersihkan nama Anwar.kalau ada buat silap hanya Anwar yang dapat memaafkan nya..anggap lah esok akan mati.biar lah mati dalam keimanan .
  • Mohd Fuad Hussin Hussin · TM
    Bagus itu jawapan tepat.....
  • Moero Attack Moero Attack · Top Commenter · Lenggong
    susah nak percaya dengan baik baik polis ni walaupun dah pencen
  • Indera Hj Chik · Top Commenter · Marang at Pengurus Syarikat
    beribadat pd ALLAH..perbetulkan apa yg tersilap di masa lampau

 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.