Najib umum Umno sudah berubah, ahli mahu PRU sekarang
29 November 2012
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak
mengisytiharkan Umno, parti yang diketuai sejak 2009, sudah mengalami
perubahan sepenuhnya dan kini bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan tahun depan.
Mesej beliau itu disusuli dengan laungan para perwakilan parti agar Parlimen dibubar sekarang bagi mendapatkan mandat rakyat.
"Umno sudah berubah (sepenuhnya)," kata Presiden Umno dan Perdana Menteri ini memulakan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012 di Dewan Merdeka hari ini.

Ketika Najib mengajukan soalan sudah bersedia tiga kali, perwakilan dan pemerhati yang membanjiri Dewan Merdeka melaungkan, "bubar, bubar, bubar..."
Dengan senyuman Najib menjawab, "esok, esok?... tahun depan." Kemudian
Najib berkata, beliau mahu dan yakin Umno akan kembali bersidang di Dewan Merdeka tahun depan dengan membentuk kerajaan.
"Kita akan kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat dan kita akan
kembali berhimpun di dewan ini dengan membentuk kerajaan," kata beliau
lagi.
AKAN MENYUSUL
0 orang berkata:
Post a Comment