Piala AFF: Harimau Malaya mampu mengaum esok?
27 November 2012
Sehubungan itu, Rajagobal harus segera memperbaiki setiap kepincangan yang ada dalam skuad kendaliannya itu dan jangan terus memberikan harapan palsu kepada peminat tanah air.
Apa yang pasti, anak-anak Rajagobal wajib bangkit ketika berdepan Laos esok jika tidak mahu ‘berputih mata’ ditunjukkan jalan keluar lebih awal kali ini.
Ia begitupun tidak semudah dijangka memandangkan Laos berjaya mengikat naib juara edisi 2010, Indonesia 2-2 dalam satu lagi aksi Kumpulan B kelmarin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga melahirkan harapan Harimau Malaya akan bangkit esok.
Masih belum terlambat. Ini diakui sendiri oleh bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Khalid berkata, Harimau Malaya perlu segera bangkit mempamerkan watak sebenar selaku juara bertahan menentang Loas esok.
Skuad negara tidak boleh berselindung di sebalik alasan, sebaliknya mengatur taktikal baru bagi mengelakkan situasi mengucapkan selamat tinggal lebih awal.
"Sebagai juara bertahan, Malaysia sepatutnya menerbitkan rasa gerun kepada lawan, tetapi situasinya tidak sebegitu.
"Contohnya pada perlawanan semalam, pasukan kita tidak beraksi dengan sepenuh hati. Permainan sangat mengecewakan.
"Saya memang tidak sangka, pemain mempamerkan aksi sangat teruk," katanya.
Namun masih belum terlambat skuad Rajagobal bangkit mencatat keputusan membanggakan semasa bertemu Loas.
"Kita masih ada lagi dua perlawanan. Sudah tiba masanya untuk Harimau Malaya bangkit. Kemenangan ke atas Loas penting untuk mengembalikan moral para pemain.
"Jadi, setiap orang harus memperbaiki kelemahan dan jangan menunding jari kepada sesiapa," jelasnya.
Dalam pada itu, Khalid turut berharap pada perlawanan akan datang, pemain akan lebih bekerjasama dan kuatkan persefahaman dalam diri masing-masing.
"Sekarang ini, masalah bukan hanya kepada bahagian pertahanan, semua posisi mempunyai masalah.
"Pemain sering melakukan kesilapan yang kecil, apa yang jelas barisan pemain tidak bekerjasama antara satu sama lain dan kurang persefahaman.
"Oleh itu, baiki kelemahan dan fokus, jangan ulangi kesilapan yang sama sekali gus mengundang padah kepada kita," ujar beliau yang percaya Malaysia masih mempunyai harapan untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF.
"Sebagai bekas pemain saya tetap optimis namun skuad negara tidak boleh mempamerkan corak permainan seperti permainan sebelum ini kerana lawan jelas sudah mempamerkan peningkatan.
"Masih terdapat kelemahan lain, namun saya percaya jurulatih ada caranya yang tersendiri. Malah beliau sudah mengeluarkan kenyataan tidak panik, jadi biar beliau baiki kelemahan itu," katanya.
Malah Khalid menasihatkan pemain negara terus fokus melakukan persiapan kerana semangat berpasukan yang tinggi akan mengatasi semua cabaran dan rintangan.
Sementara itu, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Ahmad Faisal Mohamed Fiah berkata, punca kekalahan skuad kebangsaan malam kelmarin berikutan kelemahan yang paling ketara di bahagian pertahanan.
"Mereka seolah-olah tiada koordinasi dan persefahaman terutamanya di bahagian tengah yang langsung tidak berperanan," katanya.
Selain itu, Faisal juga tidak menolak kemungkinan faktor kekalahan skuad kebangsaan mungkin disebabkan tekanan yang dihadapi oleh para pemain.
"Mungkin sebab atas faktor juara bertahan dan juga bermain di tempat sendiri, para pemain sedikit tertekan.
"Kita tahu harapan peminat dan negara yang terlalu tinggi kepada mereka, mungkin pemain sedikit tertekan dan hilang fokus.
"Bagaimanapun, saya masih percaya kemampuan anak buah Rajagobal, dan mereka akan bangkit," ujarnya.
Seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Hassan Sani berkata, masih ada yang perlu diperbaiki oleh skuad Harimau Malaya sebelum bertemu Loas.
Bekas pemain sayap kiri negara berpendapat, kelemahan paling ketara yang perlu diperkemaskan ialah di bahagian pertahanan.
Katanya, kekuatan sesebuah pasukan bergantung kepada bahagian pertahanan yang kebal selain menyerap tekanan daripada pihak lawan.
"Pertahanan sangat longgar, mereka sering kehilangan bola dan akhirnya bola dikuasai oleh pihak lawan.
"Jadi, saya merasakan kemungkinan barisan pertahanan harus diubah dan selesaikan masalah ini sebelum masa masih ada," katanya.
Tambah Hassan, "bagaimanapun keputusan terletak kepada jurulatih, dan saya tetap menaruh kepercayaan kepada Rajagobal yang beliau mampu memikirkan corak yang terbaik pada perlawanan akan datang."
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada setiap kekalahan yang diterima oleh skuad kebangsaan harus mempersalahkan Rajagobal, Hassan bagaimanapun menyifatkan adat perlawanan mesti ada kalah dan menang.
"Bukan salah Rajagobal, beliau sudah melakukan yang terbaik demi negara.
"Lagipun, adatlah bagi peminat, sekiranya menang kita akan dipuji, sekiranya kalah, kita akan dimaki.
"Apa-apa pun, kita harus memberi semangat kepada mereka dan percaya mereka akan bangkit nanti," ujar beliau yang merasakan sejarah 2010 mungkin akan berulang.
"Bagi saya, skuad Harimau Malaya lambat panas, mungkin perlawanan kedua nanti mereka akan mengaum.
"Kita lihat pada 2010, Malaysia kalah 0-5 kepada Indonesia, kemudian kita seri dengan Thailand dan nasib membantu kita layak ke separuh akhir selepas Indonesia menang ke atas Thailand, jadi tidak mustahil sejarah akan berulang. Sama-sama kita lihat dan berdoa untuk negara," ujarnya.
- Zainudin Zbs · Top CommenterDok asyik bangga dengan 2010 tu...thn tu sebenarnya nasib...buktinya pemainan & ranking terus menjunam walaupun juara...bukan salah Rajagobal? walaupun pilih pemain2 yg rata2 bukan dr team yg kuat dlm liga Malaysia...Hai-O, Piya, Farhan, Indra Dll tu ayam tua ke? Tengok Singapore umr 42 pun main lagi...Safi Sali, Safiq tu dah terang2 tak boleh main kenapa biarkan...Kepincangan bhg pertahanan pun tak boleh baiki, buat apa byr gaji 70K sebln? Malahan tidak boleh ditegur...Apa yg rakyat Malaysia harap bukan lagi Kejuaraan...tetapi Kejatuhan Rajagobal & Sekutu2nya. Bagilah peluang org lain pula mentadbir Bola Sepak Malaysia. Tolonglahhh....Reply · 17 · Like · Follow Post · 3 hours ago
- Abd Aziz Ibrahim · Top Commenter · Universiti Malaya
- Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
- Aziz Rahman · Top Commenter · University Sains Malaysia
- Rizalazmi Abdullah · Top Commenter · Sek men datuk maharajalela kjg gajah perakSudah lah gopal, mengaum tp tak ada gigi buat apa, baik miew tp ada gigi, sebaik saja kalah main malam esok dgn segala hormatnya diminta meletakkan jawatan.. sbb malaysia sudah tak ada harapan lg untuk menjuarai AFF,Reply · 2 · Like · Follow Post · 2 hours ago
- Syed Munir · Top CommenterTgk2 tak mengaum.."meoww" jer mcm lwn S'pura..Reply · 2 · Like · Follow Post · about an hour ago
- Faishal Rahim · Johor Bahruesok lawan Laos ke Loas?\.Reply · 1 · Like · Follow Post · 2 hours ago
- Talib Ismail · Top CommenterFAM terlalu lama beri ALASAN pada Peminat Tempatan.....FAM tidak punyai kepakaran untuk membawa pasukan bolasepak negara kita......TIME TO REMOVE ALL DEADWOOD.Reply · Like · Follow Post · 2 hours ago
- Razali Mohamad Mohamad · SSM at ATMsalam semua.......apa itu harapan...sapa buat...sapa nak...tiada yang baik selain menang...kalau keputusan esok.....kalah..RajaGopal harus dipersalahkan...ikut hukuman saya bunuh aja kamikazi...gaji besar tapi otok udang...FAM pun satu takut buat perubahan..takut hilang kapet kuning...Doh kuat main kotor..anak2 tak berjaya...sampai mangkat rasa..tunggulah masa tu...mungkin 10 tahun lagi...bagi minum arak Free banyak sikit.Reply · 1 · Like · Follow Post · about an hour ago
- Zainal Ariffin · Top Commenter · Pengarah Urusan at AURa RoricoRajaGobal & the Malaysian Team...
Jadikan LAos...LAuk malam Esok....Patah Sayap bertongkat Paruh....Jadikan perjuangan Rakyat Islam Di Gaza Palestin sebagai Motivate dan terjemahkan kepada kemenangan...Lawan Tetap Lawan...Aku sokong Harimau Malaya...Malaysia Tumpah Darahku.Reply · 1 · Like · Follow Post · about an hour ago - Karim Latif · -masa lawan singapura..pemain mal nmpak sgt tamak..one man show..xde semangat kerjasama...Reply · 1 · Like · Follow Post · about an hour ago
- Achad Mihardja · Top Commenter · STPsudah le rajagopal asik-asik sejarah tahun 2010, itu kekalahan pertama di padang lawan, kali ini kat padang sendiri tau tak? jangan nak bodohkan kami! kami pun bekas pemain bolasepak, buta ke? tak nampak kehebatan badri radzi, manaf mamat, azahari samsuddin...........cayala
h malam esok harimau malaya bukan saja menguap malah lelap................... Reply · Like · Follow Post · 2 hours ago - Zaiham Nmmz · PPIKMengauum ke miow2...Rajaalasan...kalu kaloh lwn laos..d prsila letk jawatn guppal..Reply · Like · Follow Post · 2 hours ago
- Talib Ismail · Top Commenterayuh semua kita KOSONGKAN STADIUM agar semua yang harus letak jawatan dpt undur diri dengan rasa hormat pada kuasa peminat tempatan.... Raja Gopal ni ambil masa yang agak lama tapi quality pemain tetap sama....Ayuh SEMUA KITA KOSONGKAN STADIUM dan x perlu tgk siaran langsung.....mengelak daripada KERUGIAN.Reply · Like · Follow Post · 2 hours ago
- Azmeen Razman · Top Commenter · Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1ada jugak yang komen entah apa2,,, malaysia kalah sebab tekanan penyokong...Masa lawan Bangla dengan hong kong xde fans pressure pon seri jugak...kalu seri means kalah la ngan team bodoh.Reply · Like · Follow Post · 3 hours ago
- Corsa Albrunaibekas timbalan FAM anuar musa di buang terasa kepincangan.. ntah2 bukan salah gopal tapi FAM xde duit kot nak buat persahabatan..Reply · Like · Follow Post · 2 hours ago
- Panduanweb Pro · Top CommenterVideo Lawak Sengal ==> http://tinyurl.com/
VideoLawakSengal. Reply · Like · Follow Post · 2 hours ago - Wan Napi · Top Commenterpah ni kalu tak boleh menang dgn Laos tukar nama dan aku sokong hang letak jawatan.....tak payah cerita banyak...Reply · Like · Follow Post · 3 hours ago
- Mat Jeng · Atas bukitjmpa rajagobal..jmpa ular..lebih baik pukol rajagobal dulu krn ia lebih berbelit.Reply · Like · Follow Post · 2 hours ago
- arenaofstar (signed in using yahoo)Berusahalah DRG dan team malaysia! Anda BOLEH!Reply · Like · Follow Post · 2 hours ago
- Al QaQa · Top CommenterCakap Takde Rendah Diri, Patutlah Asik Kalah Je.Reply · Like · Follow Post · 2 hours ago
- Syed Aslan · Kidutembat sampi x gol....Reply · Like · Follow Post · 2 hours ago
- Lee Man · Top Commenterkita maseh ada peluang...jadi doa la yg elok2....doakan senjata org mukmin....takde yg mustahil jika Allah memberi kemenangan kpd kita...jika kita terus memperlekehkan player atau coach...ini akan terus melemahkan keyakinan mereka...apa yg mampu kita buat pada masa ini..berdoa la yg trbaek utk harimau malaya...jgn la doa yg tak elok pulak...doa kan senjata mukmin...Reply · Like · Follow Post · 33 minutes ago
- Roni Sopain · Works at Smk lohan ranauAda satu cerita(hanya untuk lawak jenaka)..... Satu hari saya bermimpi, mimpi d siang hari. Saya telah bermimpi berjumpa dengan malaikat. Saya teringat sangat persoalan yang saya pendam dari dulu lagi.
" bilakah US akan menang piala dunia? " 10 tahun dari sekarang kata malaikat tersebut.... saya bertanya lagi.. "bilakah Jepun menang piala dunia?" 20 tahun dari sekarang kata malaikat... lalu saya bertanyakan soalan terakhir. "bilakah Malaysia akan menang piala dunia? lalu malaikat itu termenung seketika dan tiba-tiba menangis....... akhirnya saya tahu jawapannya.... terus saya pun terbangun......Reply · Like · Follow Post · 47 minutes ago - Andi Silahhuddin · Subscribe · Top Commenter · 879 subscribersTak perlu byk cakaplah...BUKTIKAN je esok...hrpn menggunung kini serendah bukit dah...terserah Raja nak biat mcm manalah utk naikkan hrpn tu semula...hehehe...
- Rashy Dy · Subscriberajagobal tkaq... ni nty kalau mng mula la ckp... RAJAGOOBAL TTP SEMUA MLT PENGKRITIK... hak3... kecewa ngan kptsn yg ekpremen yg hang bt... leave it..Reply · Like · Follow Post · 2 hours ago
- Nazmim Sv · Top Commenter · Batu Pahatorg msia mmg x supportif lgsg.. tgk fan indonesia, walau timnas diorg kalah pun ttp ckp garuda di dadaku.. so patriotic..Reply · Like · Follow Post · 55 minutes ago
- apokato (signed in using yahoo)aku dah kata tahun ni baju putih rajagopal dah x dak ong....tukar lain warna la.....Reply · Like · Follow Post · 2 hours ago
- Prince Eustary Zahirulhaq · Subscribe · Top Commenter · Works at TAD AIR ITAM · 148 subscribersSejarah Mungkin Tidak Berulang...
- Ahmad Nasruldin · UiamAmma...appaa...Reply · Like · Follow Post · 54 minutes ago
- Karim Latif · -harap2 rajagopal dpt mengatur strategi mcm AFF yg lepas...klu badrul bahtiar ad kn bagus..
- Tn Hj Mohamad Kamal · Top Commenter · Konsultan Umrah & Haji at UMRAH HAJI CONSULTANTAPA DAH JADI NI, TIBA2 MERUDUM... PEMAIN TAK CUKUP MAKAN KER DENGAN PENDAPATAN DI BAM?
- Razali Ngah · Top Commenterjgn cakap tapi habuk pon tarakkkk.Reply · Like · Follow Post · 35 minutes ago
- Sham Ibid · Top Commenter · Kuala Lumpur, MalaysiaAku nak tengok 1st 11 ini yang main:
Goal Keeper: APEK, Defence:MAHALI JASULI, ZUBIR, AIDIL, FADHLI SHAZ.
buang : Azmi Muslim, Bunyamin.
Midfield: SAFIQ, GARY, BADRUL BAKHTIAR, S.KUNALAN(WAN ZACK/ALEX)- buang AMAR ROHIDAN.
Front: SAFEE/HAZWAN/KHARIL MOHIMIN/NORSHAHRUL/HAZWAN.
Line up ini aku yakin boleh menang...RajaGombal jangan cakap besar, Kim Swee is 100 times better than You.Reply · Like · Follow Post · 51 minutes ago - Jamilullibra Jp · Top CommenterDiminta semua Jurulatih diseluruh Malaya turun bantu Rajagobal......Kesian dia ekspireman x jadi, tonik x mujarab dan rabu ni penentu segalanya.....Reply · Like · Follow Post · 47 minutes ago
- Badrul Yusoh · Attacking Midfielder at BERNAMAAdat pertandingan ada kalah dan ada menang. Bangkit Harimau Malaya. Yang paling penting adalah semangat kesukanan yang tinggi dan menjulang maruah negara.
- Deros AB · Top Commenterbukan mengaummmm takut meowwwwwWWWW mcm kucing kikikiki.
- Ahmad Nordin · Top Commenter · Universiti Kebangsaan MalaysiaPenulis SH kenapa letak foto Raja masa lawan Bangla? update le sikit..Reply · Like · Follow Post · 42 minutes ago
- Nakid Net · Top CommenterSETUJU DENGAN ZAINUDDIN ZBS DAN ABD. AZIZ IBRAHIM.AMIN
- Baharim Mohd Salleh · Top CommenterApa sudah jadi Datuk Rajagobal? apa alasan lagi atas kekalahan ini.Anda kena bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan ini.Ingat... silap langkah pasti kena belasah pulak dengan pasukan Laos! Kalau tewas dan terkeluar dari saingan Piala AFF 2012 ini, bermakna pialapun terlucutlah..silalah dengan hormatnya letakje jawatantu dan serah pada mereka yang betul-betul faham apa itu "bolasepak".
- Lee Man · Top Commentersekurang kurangnye rajagopal dah bwk balik piala sea game dan Aff ke malaysia...yg komen teruk dlm ni...apa sumbangan yg korang pernah beri pada negara...doa dan beri la komen yg membina bkn memperlekehkan org lain...Reply · Like · Follow Post · 27 minutes ago
- Razali Ngah · Top Commenterbuat dulu baru cakap dan sembangggggggggggggmaaaaaa
aaaaaaaaaaaa. Reply · Like · Follow Post · 36 minutes ago - Rufaizira Mohd Rudi · Top Commenter · Works at PPUKMharimau dah jadi teddy bear..
0 orang berkata:
Post a Comment