02 January 2013
NAJIB DIPAKSA BERUNDUR UNTUK SELAMATKAN UMNO? PELUANG UNTUK MUHYIDDIN
Najib
terpaksa berundur untuk menyelamatkan Umno/BN. Jika Najib tak undur
maka Umno/BN akan berkubur. Itu antara kata-kata yang dihamburkan oleh
seorang penganalis politik tanahair. Inilah sebenarnya masa yang
ditunggu-tunggu oleh Muhyiddin bagi 'menghalau' Najib dari Seri Perdana.
Najib pula sudah tentu
tidak mahu berundur dan perasan bahawa beliaulah yang mempunyai pengaruh
hebat bagi memimpin Umno/BN menang besar pada PRU 13 nanti. Sudah tentu
FLOM yang duduk serumah dengan Najib tidak rela turun takhta dengan
begitu mudah. FLOM belum puas untuk memakai cincin mahal, rantai mahal,
baju mahal dan segala-galanya mahal. FLOM belum muak dan majal untuk
dipuja dan dipuji oleh rakyat. FLOM belum puas menimbun kekayaan dan
kekuasaan. Anak Negarawan ulung negara itu sudah tentu tidak rela
dimalukan di saat beliau masih bernafsu besar dan 'muda'.
Sudah beberapa lama FLOM
tidak seghairah dulu. Mungkin penasihat 'APCO' sudah memberi amaran
supaya FLOM jangan mengada-ngada lebih kuah dari sudu. Malah ramai yang
menyindir FLOM adalah 'Suami' Najib.
Orang Kampung Semua Sudah Tahu
Perdana Menteri keenam
ini dilihat sebagai Ketua Negara yang paling bermasalah dalam sejarah
Malaysia. Terlampau banyak kontroversi dan rekod buruk yang dicatat oleh
bekas Menteri Besar Pahang ini. Cerita-cerita hitam di zaman muda,
dewasa dan tua (sekarang) sudah cukup mencalarkan dirinya dan
menyebabkan Umno/BN dalam gundah gulana. Dari isu menggatal, jenayah dan
sebagainya semuanya dikaitkan dengan beliau. Walaupun beliau tidak
pernah disabitkan dengan kesalahan tetapi ianya tetap meninggalkan bekas
kepada kredibiliti dan imej beliau. 'Orang kampung semua sudah tahu.'
Rakyat sekarang bukannya
bodoh dan dungu tiada maklumat. Segala khabar berita boleh sampai ke
seluruh dunia dalam masa satu saat dan dengan satu klik sahaja. Macamana
Najib dan rakan 'seketidurannya' FLOM hendak sembunyikan semua itu.
'Orang kampung semua sudah tahu'.
Ibarat kata Suara
KeADILan, Najib terkepung dengan pelbagai isu. Kepungan ini sukar
dileraikan, mustahil Najib dapat melepaskan diri dengan mudah. 'Orang
kampung semua sudah tahu.'
Sumber
Harakahdaily diterima dari Umno muncul kembali pada awal tahun 2013,
kali ini dengan menyatakan bahawa parti terbesar Melayu itu kini amat
tertekan dengan dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishan terhadap
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.
“Kami tidak boleh bersuara dalam isu (dakwaan Deepak). Kami diarahkan
tidak boleh berkata apa-apa. Malah semua media pro-kita tidak boleh
melaporkan mengenai dakwaan Deepak. Kami tertekan kerana tahu isu ini
adalah bom C4 buat Umno di PRU13,” kata sumber itu kepada Harakahdaily
hari ini.
Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi Umno berkata, ramai dalam
Umno kini memohon Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk
bertindak menyelamatkan Umno daripada ditenggelamkan oleh Najib dan
isterinya.
“Masalah ada pada wanita tersebut… yang lelaki itu ok, tapi apa nak
buat, mereka suami-isteri. Jadi, kalau nak buang wanita, kena buang yang
laki bersama. Kami dok doa Muhyiddin akan bersuara untuk memanggil
Najib turun takhta demi survival Umno,” kata beliau.
Ditanya samada beliau mempercayai dakwaan Deepak, sumber itu berkata
“ada perkara yang boleh dipercayai” terutamanya mengenai
bahagian-bahagian mengenai Rosmah.
“Tapi
kebenaran dalam isu itu bukan lagi pokok yang dibimbangi oleh ahli-ahli
dan pemimpin-pemimpin Umno. Mereka bimbang isu ini menjadi bom C4 yang
meletup di muka Umno-BN menjelang PRU13 lagi. Sekarang pun dah hangat,
walaupun tak lapor, semua sedang mencari-cari buku yang Deepak
keluarkan,” katanya lagi.
Isnin lepas, buku 'Black Rose 1.0' mula diedarkan kepada umum. Buku setebal 26 muka surat sahaja itu penuh dengan pendedahan.
Namun ketika dihubungi Harakahdaily, Deepak enggan mengesahkan beliau yang menulis dan menerbitkan buku itu.
Sumber Umno itu seterusnya memberitahu, Umno cuba menutup isu Deepak
dengan isu Amanat Haji Hadi yang sedang diperbesarkan dan disensasikan,
supaya orang Melayu lebih tertumpu pada isu yang sudah 31 tahun berlalu
itu mengenai Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada dakwaan
Deepak.
“Isu Amanat Hadi ini sengaja dibesarkan – tapi apabila Haji Hadi minta
jawab secara live semua kalut, tak tahu nak respon – jawapan berterabur.
Tapi mereka akan terus main sehingga Deepak dapat disenyapkan,” kata
beliau.
Ditanya apakah Umno percaya isu Amanat Hadi ini akan membawa undi pada
mereka, sumber itu ketawa – “Ini untuk tutup isu Deepak sahaja, yang
lain mereka tak pernah fikir pun.”
“Sekarang kami berharap Tan Sri Muhyiddin akan mengorak langkah, diharap
beliau mendapat sokongan daripada bekas PM Tun Dr Mahathir. Kalau tak,
Umno dalam bahaya. Tak berbaloi jika Umno jatuh kerana satu wanita
yang…. “ kata sumber itu.
Ditanya apakah sambungan pada ayat tersebut, sumber itu berselorah, “Lu fikirlah sendiri.”
“Ahli-ahli Umno sekarang berharap Muhyiddin yang menerajui Umno ke
PRU13. Masa ada 6 bulan sahaja lagi. Sempat jika Muhyiddin bergerak
sekarang, beliau akan dapat sokongan padu jika beliau berani bersuara.
Rasanya Tun Dr Mahathir pun dah terima siapa liabiliti sebenar buat
Umno-BN masa kini,” tambah sumber itu lagi.
Ditanya
apakah strategi Umno menjelang PRU13, sumber itu berkata, “Apa lagi?
Serang PAS habis-habisan sehingga PAS keluar Pakatan Rakyat. Kemenangan
mutlak Pakatan bergantung sepenuhnya pada PAS. Jika PAS gagal tawan undi
Melayu, Umno kekal menjadi kerajaan. DAP dan PKR bukan lawan Umno
sebenar. Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri kalau PAS
tewas. PKR, DAP boleh menang lawan MCA dan MIC tapi Umno mesti tidak
boleh kalah pada PAS. Jika tewas, BN akan jadi pembangkang.”
Harakahdaily turut cuba mengusik sumber apakah nasihat yang beliau ada untuk PAS.
“Bertahan dan jangan masuk perangkap seperti isu kalimah Allah.
Penjelasan (Ketua Penerangan PAS) Tuan Ibrahim matikan satu senjata Umno
terhadap PAS. Kini isu Amanat Hadi, Haji Hadi bertahan bagus untuk PAS,
kerana dah nampak semua peringkat ahli dan pemimpin PAS kini rally
(bersatu) di belakang presiden mereka untuk melawan Umno. Umno selama
ini harapkan PAS berpecah dengan menggunakan si Jati dan kawan si Jati
yang masih dalam PAS, tapi disebabkan nak tutup isu Deepak, kini mereka
terpaksa guna isu amanat Haji Hadi, yang sebaliknya, telah menyatukan
PAS semula,” katanya.
Ditanya samada beliau mengharapkan Umno akan tewas di PRU13, “Untuk
negara, naluri saya kata ya. Demi diri sendiri, tidak. Sini tempat cari
makan saya,” katanya sebelum beredar.
0 orang berkata:
Post a Comment